Tuesday, May 27, 2014

Detik Bahagia

Bismillah..assalamualaikum kepada seluruh warga bumi! ( excited ) salam dan selawat atas junjungan besar, Rasulullah saw..allahumma solli a'la muhammad!

bahagia bahagia bahagia! :) anugerah dan nikmat yang Allah pinjamkan buat seketika kepada diri beberapa hari yang lepas. terima kasih kepada yang Maha Membahagiakan...terima kasih Allah :) dan terima kasih yang membahagiakan hati ini..semakin bahagia, semakin sayang! semoga Allah memelihara diri dia yang membahagiakan :) (ayat belit2)

semoga kewangian ros sentiasa mekar dalam hati  :)

mode* terlebih bahagia

Friday, May 16, 2014

inspirasi Ahmad Ammar

bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah, allahumma solli a'la sayyidina muhammad!

Syukur syukur syukur! Allah masih memberi kekuatan untuk menulis dan menaip dalam keadaan iman dan islam.

pada hari pertama kematian Ahmad Ammar ini, hati telah tergerak untuk mengetahui setiap detik perjalanan hidup arwah..alhamdulillah, tersentap, tertampar dan tersepak rasa diri ini apabila membaca semangat jihad yang dibawa arwah..semenjak itu, hati ini sentiasa beringat bahawa jiwa dan raga ini hanyalah untuk Allah dan jalanNya..insyaAllah!

namun, apabila diri mula sibuk seperti semut di alam universiti, kisah arwah mula hilang dan aku lupakan..balik bilik, penat terbongkang! bangun pagi, andai sempat bertahajjud alhamdulillah..kalau tak, hmmm..fikirlah sendiri..segalanya perlukan kekuatan di sini! hari demi hari, semangat Ammar yg dulunya membara, mula hilang ditelan kesibukkan..pheww..

tiba2 suatu masa si sayang mengesyorkan untuk membaca buku Ahmad Ammar..pada mulanya diri menolak kerana bukunya agak tebal..tp entah mcm mana hati ini gatal jugak membeli di PWTC tempoh hari..nak dipendekkan cerita, hati ini hidup semula dengan semangat arwah..insyaAllah moga kekal hendaknya! al kisah, khatam sahaja buku tu, ibu dan ayah Ammar datang ke universiti kami untuk berkongsi cerita arwah..nampak caturan Allah di situ? :)

sepanjang perkongsian, sungguh aku kagumi akhlak dan jiwa kedua-dua ibu bapa arwah..membuatkn diri terfikir dan berazam untuk melakukan perkara yang sama kepada bakal zuriat nanti..hehe..:)

alhamdulillah juga, Allah beri kesempatan kepada diri untuk bersalam dengan ibu Ammar dan bergambar dengan beliau. walaupun pada mulanya sudah pasrah dan tawakkal kerna manusia begitu teruja mengerumuni Puan Azliana..namun rezeki Allah kpda diri, siap dpt request nak bergambar lagi.heheh..

semoga hati aku dan kalian sentiasa hidup dengan jihad Islam!! hati ini untuk Allah, badan ini untuk Allah, dan jiwa ini untuk Allah! insyaAllah! Allah yusahillakum! assalamualaikummm..

Friday, April 18, 2014

beratnya Ya Allah!

beratnya untuk melafazkan padamu..namun aku masih lemah,tidak cukup kuat untuk lakukannya..tidak sanggup merasai ketiadaanmu di sisi..maafkan aku sahabat..maafkan aku...sungguh,maafkan aku..erma selfish.teruk!

Thursday, April 17, 2014

for you..

Another day without your smile
Another day just passes by
But now I know how much it means
For you to stay right here with me
The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurt so bad, I can't take it any longer
I wanna grow old with you
I wanna die lyin' in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be lookin' in your eyes
I wanna be there for you
Sharin' in everything you do
I wanna grow old with you
A thousand miles between us now
It causes me to wonder how
Our love tonight
(Our love tonight)
Remains so strong
(Remains so strong)
It makes our risk right all along
(It makes our risk)
The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurt so bad, I can't take it any longer
I wanna grow old with you
I wanna die lyin' in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be lookin' in your eyes
I wanna be there for you
Sharin' in everything you do
I wanna grow old with you
Things can come and go, I know
(Things can come and go)
But baby I believe
Something's burnin' strong between us
It makes it clear to me
I wanna grow old with you
I wanna die lyin' in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be lookin' in your eyes
I wanna be there for you
Sharin' in everything you do
I wanna grow old with you
I wanna die lyin' in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be lookin' in your eyes
I wanna be there for you
Sharin' in everything you do
I wanna grow old with you




well basically, and to be honest i just copy and paste the lyric above..hee im not that puitis to write any such loving and sweet quote..anyway, this is for u..yes u..that someone special in my heart..:)

Sunday, April 13, 2014

geleng-geleng kepala

bismillah..assalamualaikum kepada sahabat-sahabat seislamku dan yang bakal islam..:) allahumma solli 'ala sayyidina muhammad..subhanallah,alhamdulillah,lailahaillallah,Allahuakabar..syukur, kalian sudah berselawat serta berzikir memuji Allah dan Rasulullah saw..ahaa dapat pahala free!

geleng geleng kepala. geleng geleng kepala. geleng geleng kepala..tidak mampu rasanya untuk mengangguk kepala melihat keadaan yang berlaku pada agama Islam di tempat sendiri...masing-masing nak menjadi tok imam, tok mufti, tok ulama, tok janggut dan segala tok-tok..tok tok tokkkkk...uish pening!



kira-kira 2 bulan yang lalu, taman permainan kita digemparkan dengan isu kalimah ehem...Allahu..kalimah ehem..kalian faham? mohon faham..diri ini pelik,pening dan musykil melihat golongan yang terlampau marah dan bengang dengan isu ini..katanya, kalimah 'itu' hak mereka..jadi golongan yang lain ini tidak berhak untuk menggunakannya..aik???? Allahuakbar..mari kita belek tafsir Quran sebentar..tengok ayat ni..baca, hadam, ingat sampai Izrael datang menjemput!

 1. Firman Allah s.w.t dari Surah al-Ankabut,29:61 (teks asal ayat, sila rujuk al-Quran)
maksudnya; "Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?". Sudah tentu mereka akan menjawab; "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)?".


2. Firman Allah s.w.t dari Surah Luqman,31:25
maksudnya; "Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu; "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?". Sudah tentu mereka akan menjawab; " Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).


baik baik..saya sememangnya bukanlah seorang yang begitu hebat untuk mentafsirkan ayat ini..tapi bagi saya, secara peribadinya saya amat gummbiiraaa sekiranya nama Allah Yang Maha Hebat ini digunakan oleh mereka yang bukan muslim..masalah? my answer is no..sekurang2nya, mereka yang bukan Islam ini turut didedahkan dengan nama Allah..mereka tidak menghina.mereka tidak memperlekehkan. tidak sama sekali..bahkan mereka menganggap Allah Taala ini adalah pencipta! haa ni la masalah manusia yang tidak mahu mengkaji dan meyelidik terlebih dahulu..issh2..'my shoes lost!'

lagi satu, di sarawak khususnya, terdapat banyak gereja and setiap gereja menggunakan bahasa yang berlainan ketika mereka beribadat..contoh, gereja orang iban akan menggunakan kalimah Allah Taala yang bermaksud pencipta bagi mereka..dan jika gereja tersebut menggunakan medium bahasa Inggeris, maka perkataan 'God" lah yang akan digunakan..mereka yang tidak berpuas hati ini seharusnya letakkan diri kalian di tempat saya atau kami yang hidup dengan yang bukan muslim..kami faham agama mereka bagaimana..kepercyaan mereka bagaimana..kalian risau anak2 akan menjadi keliru sekiranya kalimah Allah ini diguna oleh pihak lain? Allah..kami di sini hampir setiap hari terdedah dengan lagu2 sembahyang mereka.tiap hari dengar mereka dok sebut 'in the name of father blablabla'..itu tanggungjawab ibu bapa itu sendiri dalam mendidik..andai iman kukuh, akidah takkan goyang..insyaAllah,,:)

hangpa dok bising2 depan mahkamah..loklak sana sini sebab isu ni.tapi bila mat jenin dan mat tikar terbang datang bersama buah kelapa di airport, hangpa semua senyap! ohhh pengsan.........
isu ni sungguh maha memalukan..satu dunia mentertawakan taman permainan kita..ok to be specific, mentertawakan negara kita..Allahu..malu dehh..mana pihak berkuasa? mana mufti? mana? mana????? sekali lagi nak pengsan.

tepuk dada, tanya iman..itu masalah umat sekarang..sibuk mencanang sana sini, tetapi perkara yang sudah jelas merosakkan akidah orang islam sendiri dipandang sebelah mata..sedihla macam ni sayang oii...semoga Allah sentiasa pelihara diri ini dan kalian..moga Allah bimbing hati kita..moga kita sendiri sentiasa usaha untuk capai mardhotillah..insyaAllah..prayforMh370,prayforummah,prayforeveryone..wassalamualaikum..peace! :) 

Thursday, March 27, 2014

aku yang minta diuji

bismillah..assalamualaikum warga bumi..alhamdulillah, Jumaat penuh barakah. penghulu segala hari, hari yang mulia bagi umat Islam..syukran Ya Allah..:)

kiranya sudah hampir sebulan diri ini berjuang di bumi Shah Alam untuk meneruskan jihad menuntut ilmu..sekali lagi membawa diri jauh dari keluarga dan tanah Sarawak tercinta. tempoh sebulan banyak mentarbiyah diri dengan kekuasaan Allah..andai diri rapuh, pasti sudah lama tenggelam!
PENAT. itu yang dirasai setiap hari di kampus ini..penat sehingga mengalahkan perdana menteri.haha..

dan dalam masa yang sama,Malaysia sedang diuji hebat oleh Allah..bermula dengan isu air, seterusnya jerebu, disusuli kehilangan pesawat MH370, seterusnya? Allahu..hebatnya kuasa Allah! sementara di Mesir, saudara Islamku dibunuh sesuka hati! namun itu berita gembira bagi mereka kerna mereka tidak sabar untuk bertemu Allah! subhanallah terpancar senyuman kegembiraan di wajah mereka saat hukuman ingin dijatuhkan! mampukah aku menamatkan usia sebegitu rupa?? dengan amalan yang sekecil semut. ilmu cetek, belum ditambah dengan leka dan lalai! Allahu...



hati tersentap saat menonton sebuah video ceramah seorang ustaz..katanya, pihak saintis telah membuat satu kajian dan mendapati pada tahun 2015, matahari akan terbit dari arah barat..bagi saintis barat, kejadian ini merupakan satu fenomena..namun bagi umat Islam?? ia suatu yang sangat besar!! sudah bersediakah kita? :(
video tersebut berjaya membuatkan hati luluh, lantas memohon agar diri ini lebih diuji olehNya agar iman mampu disental dan diberus lebih kuat! seperti firmanNya dalam surah al-ankabut, ayat 2,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? "
ternyata
ternyata Allah Maha Mendengar dan bertalu-talu ujian yang menimpa diri..Allahu..hebatnya Allah..di situ iman teruji..semoga aku,kau dan kalian mampu kembali sepenuhnya kepada Allah..bersihkan hati, gandakan taubat kita! ayuh! wallahualam..

Monday, February 3, 2014

alahai HATI

Bismillah..assalamualaikum wbt..selawat dan salam kepada kekasih Allah, Rasulullah saw..syukur Ya Rabb, diri ini masih diberi kudrat dan kekuatan untuk terus beribadah dan berkhidmat di bumiMu demi mencapai redhaMu..

sukarnya menjaga hati..sememangnya payah,susah,rimas,lemas! benar, hati ini Allah yang pegang.setiap perasaan yang terbit dalam hati adalah anugerah daripada Allah.tugas kita manusia adalah untuk mengawal dan memelihara sebaik mungkin setiap perasaan yang wujud dan timbul dalam lubuk hati kita yang lemah..

hebatnya ya Allah ujian Mu buat diri yang lemah dan lalai..andai diri tersilap langkah, andai diri terlalu mengikut kata hati, dan andai diri terlalu ghairah mengikut kehendak hati, pasti diri akan tersungkur jatuh ke perangkap sang Iblis jahanam! astaghfirullah..moga diri sentiasa mujahaddah dalam memelihara hati demi menggapai redha Illahi..=)

Monday, December 30, 2013

Memoir-memoir 2013

BIsmillah..assalamualaikum wbt..alhamdulillah, selawat dan salam atas junjungan besar kita, Rasulullah saw..:) salam sayang buat kalian saudara islam dan bakal islam..moga di bawah lindungan Allah..amin



2013 mula melabuhkan tirai..sekejap nya masa berlalu! 2014 sudah mari, 2013 kian mengundur diri..terdetik di hati untuk mengukir kenangan2 manis pahit sepanjang 2013 di blog kesayangan..agar di tahun2 mendatang dapat mengimbau semula kenangan 2013! baik, cuba untuk meng'refresh' kembali kenangan dari Jan-disember..andai ada yang tertinggal, itu kelemahan daku selaku hamba Allah. andai mampu mengingat, sungguh itu atas izin Allah!

- menjadi orang pertama dalam keluarga yang dapat naik kereta abang! hee kereta bau cina, so adik tersayang dia tolong rasmikan on 1st Jan 2013..:)

- berpeluang melawat Terengganu kite! ziarah ke rumah cik Wasi selama 9 hari, berat naik mendadak sebab orang Terengganu sumbat dengan macam2 makanan! ^^

- 1st time naik bas selama 8 jam waktu malam tanpa family..sampai tapah jam 5 pagi, bertiga dengan cik wasi dan shafiq kauzi pagi2 buta depan gereja sebab tunggu pakcik Hamid ambik..(ok ini scary, nasib baik ada sorang lelaki)

-Allah hantar seorang insan istimewa di hati..awalnya pandang sebelah mata, sekarang tak cukup mata nak tengok da.hehe..ok ini sahabat ok? bukan org lain..=) ( gara2 nak buat video & poster tour de ilmi punya pasal )

-kena hentam & herdik oleh seorang pakcik depan orang ramai..ok ini sangat tak boleh lupa! ;( anyway, saya maafkan pakcik..semoga berubah ye..hekhek

- Allahuakbar! jumpa Mufti Menk live! subhanallah bercahaya dan tenang wajahnya..hanya berkesempatan mendengar setengah jam ceramah beliau, namun subhanallah! sangat terkesan di hati! ohoi!

-berpeluang ziarah ke rumah Pipah..alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mengenali keluarga dia..jalan2 di Ipoh then balik Tapah jam 11 malam..ish3..

-ahaa..semester 4, beli tiket flight 3 sekaligus..bajet anak menteri sekejap.hihi..ini kali pertama merasa kena tinggal flight! sakit tak terkata rasanya..tapi xpe, senyum tak perlu kata apa2..

-terpaksa dikuarantin di rumah Asma seminggu sebab kena tinggal flight,,hikhik

-sesat sepanjang malam di kota Kuala Lumpur gara2 nak pergi Malam Berselawat di dataran merdeka..last2 tak pergi & perkena char kuey tiaw dgn hati yg lara..

-kereta sewa rosak & tersadai di perhentian mana entah..kena tunggu tepi jalan dalam gelap sampai isya! ini sumpah scary..

-alhamdulillah, berkesempatan berjumpa dan mendengar sendiri ceramah Habib Ali..antara kata2 beliau yang masih tersemat indah dalam kotak minda, "orang yang zalim adalah orang yang menjadikan hari ini lebih teruk dari hari semalam."

-berpeluang menjadi krew TeenAce 2013! dapat berkenalan dengan ikon2 hebat..masyaAllah..Hilal Asyraf, Ameen Misran, Qawiem, AfhodulRahman, Aisyah Shakirah, Anwar Hadi, Amin Idris, Fetih Seferagic, aa ramai lagi!

-untuk pertama kalinya, pakai sedondon dengan cik ummi tersayang setiap kali keluar..hehe dah rasa macam loving couple gituu..hehe

-bermalam semalaman di hospital Pantai sebab mak Athirah masuk icu..:( and berkenalan dengan ayah dy..Allah baik sgt ayah dy! comeii sgt.haha

- kehilangan ibu saudara..alhamdulillah, sempat menzirahi almarhumah seminggu sebelum balik ke kampus..mati tidak mununggu kita..

-melalui fasa yang agak 'mencabar' dalam persahabatan..ok ni xnak cakap lebih2.

-berjaya tamatkan alam diploma dengan jayanya..syukur alhamdulillah..:)

-berpeluang menghantar si dia ke airport sebelum fly..balik2, karok bersama sahabat dalam kereta..ini sumpah manis lagi indah! :)

-diberi kudrat dan ilham oleh Allah untuk menerbit dan mengarah sebuah video pendek, 'Anugerah Illahi'. mencabar baq ang!

-ahaa! ni pertama kali merasa kena saman AES..jalan rm300...kuikuikui..

- ini seronok. dapat cousin baru! baby girl..welcome newbie! :)

-berkesempatan ziarah rumah Intan & Syira..:)

* ini sahaja yang mampu diingat..Allah, tak mampu nak ingat yang lain..namun setiap kenangan, pasti terselit hikmah yang patut kita syukuri setiap masa..jangan pernah mengeluh untuk setiap ujian kerana itu tanda Dia menyayangi diri kita..wallahualam..



Wednesday, December 25, 2013

engkau beruntung, berbahagialah!

assalamualaikum wbt..bismillah, salam dan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah saw..salam sayang kepada sahabat Islam dan yang belum Islam..moga kita sentiasa dalam lindunganNya..amin insyaAllah..

hari ini hati bersyukur dan puas kerana mampu mendekatkan 2 hati yang tidak saling mengenali. namun hakikatnya kedua-dua hati itu sentiasa dekat di hati ini..ku pertemukan 2 hati tersebut dengan harapan yang di sana mampu membantu yang di sini, :)

ku amati setiap bait perbualan 2 insan ini..sengaja ku biarkan pada asalnya,kerana tidak ingin mengganggu perbualan mereka..(tp perangai nakal ni memang xleh nak buang,ganggu jgk! hehe) namun, makin ku amati perbualan mereka, makin tersentap dan terdiam diri ini..sebak menyelubungi diri! air mata menunggu untuk jatuh membasahi pipi..terlalu perit untuk membaca bait2 perbualan tersebut, tak mampu ku bayangkan sakit yang kau rasai sahabat! =( bahkan tika ini juga air mata menunggu masa untuk jatuh..

syg, akak minta maaf sebab selalu paksa syg makan..akak marah syg kalau xhabis makan..maaf sgt sgt sgt sgt syg..akak tak tau apa yang syg rasa..demi Allah syg! akak terlalu leka sampai tak pernah cakna tentang keadaanmu..maaf syg..maafff..:(

mengalir laju.................................

syg, kuatlah menempuh ujian Allah ini..sungguh aku cemburu padamu,sungguh kasih Allah padamu..tiap saat dosa mu terampun dek kesakitan yang ditanggung..usah kau gusar sayang, aku akan menjagamu,walaupun pada hakikatnya kita jauh..doa yang menjadi senjata ku untukmu..beruntungnya engkau! :)

nikmat Allah itu luas, manfaatkan sebaik mungkin~

Monday, December 23, 2013

merinduimu..sungguh!

bismillah..assalamualaikum kepada semua saudara muslim dan saudara yang bakal menjadi muslim. selawat dan salam ke atas Nabi saw..moga aku dan kalian sentiasa dalam lindunganNya..

ya Allah..hebat penangan rindu ini!
merindui dirimu..sungguh aku rindu padanya..si sahabat yang tidak pernah jemu dan bosan dengan setiap telatah dan sikapku..kali ini lain pula ujian dan dugaan rindu yang terpaksa ditanggung..walau kami berjauhan beribu-ribu batu, namun tak pernah kami berenggang walau sehari, (paling lama 2 hari). teknologi sentiasa ada untuk menghubungkan kami..namun buat masa sekarang, sudah masuk hari kelima aku tidak bertanya khabar mahupun menerima khabar darinya..oh ini bukan kerana kami berantakan..tapi si dia sedang berjihad di jalan Allah..memerah keringat untuk ummah bagi memperoleh barakah Illahi..murni sungguh pengorbananmu sahabat..namun aku di sini tetap merindui! =(

rindu Ya Allah..sangat.amat.sungguh! hanya Dia Yang Maha Mengetahui..hanya doa yang mampu mengubat rindu di hati ini..ummi, ketahuilah bahawa sesungguhnya hati ini tengah menderita rindukanmu..ohoi!

 Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, “Tidaklah (sempurna) iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”



Thursday, November 28, 2013

L.I.D.A.H

bismillah....assamualaikum....

bila ku coret dan muhasabah kembali apa yang dilakukan semalam, perasaan berdosa datang berduyun-duyun! tak memberi aku ruang walau sedikit untuk berseronok dek teringat akan dosa yang datang dari lidah ku yang tajam! Allahu..benarlah kata Imam Ghazali, benda yang paling tajam adalah lidah manusia!

kerana mulut badan binasa, dan aku tak ingin lemas dalam lautan api neraka. sahabat, maafkan aku kerana menarik dirimu sekali ke lembah hina semalam. maafkan aku! aku leka! maaf sahabat! rasa bersalah padamu membuak-buak..aku bertekad dan berjanji untuk tidak lagi berbicara mengenai perkara sebegitu denganmu..sekali lagi maafkan aku sayang..=(

lumrah alam dan hukum Allah, dosa kepada manusia,kamu mohon kemaafan dari manusia. walaupun aku memang kurang mengenalinya, tapi aku berusaha untuk meraih kemaafannya. maafkan aku,takkan ku ulangi kesilapan ini.insyaAllah..moga Allah lindungi kita semua..pelihara lidah, pelihara iman. astaghfirullah...wassalam..


Wednesday, November 20, 2013

Bingkisan buat kalian..

Bismillah..assalamualaikum kepada kalian yang sentiasa ku kasihi kerana Allah..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..baik, entry ini ditujukan khas buat adik2 yang ku kasihi dan rindu nun jauh di seberang, di Uitm Tapah. :') oleh kerana entry ini buat adik2, lebih sopan kiranya ku bahasakan diri sebagai 'akak'..

jiwa pasti meronta2 sekarang, kerana Uitm Tapah kata mari, rumah kata pergi. haha..akak juga pernah merasai dan melalui saat tersebut..lagi2 tinggal jauh di seberang, dipisahkan oleh Laut China Selatan, perasaan ENGGAN pulang ke Tapah amatlah membuak-buak. namun itu dulu, ketika akak masih jahil dan kurang kenal erti ukhwah,perjuangan dan semangat dalam mengejar ilmu Allah.

adik2 yang akak kasihi kerana Allah,
lakukan anjakan paradigma dalam diri kalian! jangan jadikan kehadiran adik2 di uitm tapah hanya sekadar ingin menghabiskan sisa2 semester. jadikan ia sebagai perjuangan! perjuangan dalam mengejar redhaNya! buat adik2, jagalah agama kalian. jangan terlalu mudah terjebak dalam perkara yang dilarang Allah. sedarlah dik, dunia kita sudah tua, kiamat semakin menghampiri! perbaiki cara penampilan kalian, hatta ingin ke DM untuk membeli makanan sekalipun,janganlah sekadar sarung apa yang ada, hingga memperlecehkan aurat masing2. aurat tetap aurat walau di mana kalian berada! selangkah kakimu keluar dari bilik masing2, peliharalah aurat sebaik mungkin! percayalah, mata harimau, mata keranji, mata serigala dan segala mata sangat tajam memerhati kalian dari blok Siswa di seberang! fuhhh....

adik2ku,
dalam kalian sibuk mengejar ilmu dunia, sibukkanlah juga diri dengan ilmu Allah. buka hati kalian sepenuhnya untuk ilmu Allah di Uitm Tapah. akak selalu pesan kepada sahabat2, "andai ada test sekalipun esok, kalau malam ini ada aktiviti yang melibatkan ilmu Allah,kita kena datang! " alhamdulillah, urusan kami Allah permudahkan..subhanallah hebatkan Allah? :) USRAH, jangan dipandang ringan. SOLAT BERJEMAAH, jangan sesekali kalian perlecehkan.imarahkan surau siswi yang comel itu..terlalu banyak jasa surau tersebut kepada akak dan sahabat2 akak. jangan jadikan alasan BILIK JAUH, BUSY, MALAS (ini pantang sekali dengar), QUIZ, TEST, ETC, untuk tidak hadir berjemaah di surau. kuatnya ikatan ukhwah kami kerana jemaah. cintanya akak pada sahabat2 akak kerana jemaah. itu yang menguatkan kita semua adik2 ku sayang. andai tiada yang mengimarahkan surau comel itu, kalian nantikan sahaja soalan dari Yang Esa di padang masyar kelak. (nauzubillah, termasuk akak sekali). surau siswi itu tanggungjawab siswi, andai tiada yang menghidupkannya, maka akan disoal setiap seorang daripada kalian. maka oleh itu, ayuh jadi generasi cintakan rumah-rumah Allah! ^^

adik2 yang comel lagi anggun,
perbaiki akhlak kalian..perbaiki percakapan kalian. perbaiki hubungan kalian dengan Allah dan manusia! ini yang paling penting. jaga hubungan. andai tengah sibuk menelaah pelajaran dan azan berkumandang, tinggalkan sebentar buku2 tersebut dan segeralah berwudhu dan ke rumah Allah. andai masih leka menelaah, itu petanda syaitan tengah riang gembira menghasut adik2! selain itu, jaga hubungan dengan sahabat2 kalian. jangan lah terlalu mudah terasa hati dengan sikap mereka. berlapang dadalah adik2. bukankah peringkat paling rendah dalam ukhwah adalah berlapang dada? berusahala untuk menjaga hati setiap mereka yang bergelar sahabat. sayangi mereka, cintai mereka, kasihi mereka. sentiasa bersangka baik! sikap suka berkecil hati dan memfitnah sahabat ini adalah sikap abang-abang monyet di hutan. eh? hehe..sorry..=P

dan yang terakhir adik2ku,
tanamkan semangat mnuntut ilmu yang tinggi dalam diri kalian! jangan asyik sebut perkataan "aku lemah. aku tak pandai. aku tak reti. susahlah.susahlah.susahla! " sampai bila takkan berjaya. jadi muslim yang cemerlang dunia dan akhirat! sebelum kaki melangkah ke kelas, niatkan kerana Allah dan Rasulullah! bukannya niat nak tunjuk jubah/baju kurung/tudung baru dekat budak kelas! eh? study,study,study! study kerana Allah. kerana redha Allah! kalau susah,pergi bertanya pada yang tahu.jangan dok diam macam tunggul! nak berjaya kena rajin dik! islam amat menggalakkan kita untuk cemerlang! tunjukkan islam itu cemerlang! bukan sekadar hebat di medan dakwah, tapi juga di medan akademik! fuhh..tolong dik, tolong buang segala kanser mazmumah dalam diri. jangan malas! jangan merungut! kalau asyik complain tentang tempat adik2 mununtut ilmu, macam ilmu nak berkat?? itu tak cukup, ini tak cukup, oh please stop! ok adik2 sayang?? =)

adik2..percayalah kalian amat beruntung untuk berada di uitm Tapah. gunakan masa yang ada untuk menghargai mereka yang berada di sekeliling kalian. anggaplah entry ini sebagai pesanan dan sharing daripada seorang sahabat kepada sahabat2 yang dirinduinya nun jauh di sana..segala pesanan dan teguran adalah untuk diri akak juga. moga kalian sentiasa kuat dan cemerlang dalam ibadah,ilmu dan kehidupan di dunia dan akhirat! wassalam...

moga bertemu di syurgaNya..:)



Friday, November 1, 2013

im a fan of vampire..any problem??

Bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum kepada semua saudara seislamku dan salam sejahtera kepada mereka yang bakal kembali kepada Islam. =) baik entry kali ni mungkin agak ganas bunyinya..hehe..tp ada maksud yang tersirat di sebalik nya..

yup, im a hard fan of vampire..to be specific, im a loyal fan of The Vampire Diaries and The Original..any with problem with that? if yes, go hang urself on the ceiling..opss? hehek gurau ajaa..baik, sebenarnya ingin berkongsi kelebihan2 'epic' yang ada pada diri vampire ni. dan kalau diizinkan Allah,(walaupun agak mengarut) diri ini ingin menggunakan kelebihan-kelabihan vampires ni untuk Islam! ohoho cool!

1. Vampire suka hisap darah orang..kalau yang terlalu lapar darah tu, boleh mati manusia tu! (due to blood drained )
-baik kalau nak aplikasikan kelebihan yang pertama ni, sebolehnya2 diri ni nak suruh vampires pergi ke negara2 Islam yang dalam kesusahan. pergi hisap darah tentera rejim Basyar! dengan darah Basyar tu sekali hisap ha! biar depa sedar skit! ( sabar2..) takpun, pergi hisap darah orang2 Syiah yang maha menyesatkan tu! arghh! (ok baik sabar erma.......)

2.  Vampire sangat hebat dalam memukau fikiran manusia. (pukau)
-aha, kalau la diri ini boleh gunakan kelebihan vampire ni untuk membawa semula sahabat2 di luar sana untuk kembali kepada fitrah Islam, pasti semuanya akan menjadi indah..mashaAllah..=) tapi....x elok jugak sebab ni kaedah pukau..hehe..so maksudnya kita kena sentuh hati mereka sekali..so vampires?? sentuh hati mereka dengan iman! eh?

3. Vampire boleh terbang dan bergerak pantas macam kilat!
- ini yang paling disukai! andai bisa aku terbang ke bumi anbiya dan membantu saudara2ku yang sedang menderita di sana..=( bantu mereka, selamatkan mereka, bebaskan mereka. Allahuakbar! hanya doa yang mampu ku hulurkan..huhu..juga! kan best kalau dapat terbang ke Mekah? buat umarah n haji? subhanallah serunuk aiy! jom vampire, kita gi haji? hehehe

4. Vampire boleh hapuskan segala memori silam mereka..
- mashaAllah ini sangat seronok kalau diaplikasi dalam kehidupan manusia. kenapa? sebab saat kita bertaubat, kita harus berazam untuk tidak mengulangi lagi dosa2 silam kita. jadi, apabila kita mampu untuk melupakan dosa2 silam setelah bertaubat, insyaAllah diri yang kerdil lagi hina ini tidak akan teringin untuk mengenang mahupun mengulangi dosa tersebut. kesakitan masa lalu juga dapat dihindari..erase my bad memories, and let me live like a boss! wahaha..(gelak vampire)

hehe scary tak? ini Klaus namanya..:)

alhamdulillah, bukan niat untuk menjadi seorang vampire..hee sekadar imaginasi dan fantasi semata-mata..aku tetap aku..bersyukur menjadi hambaNya dan sentiasa berusaha untuk menjadi the best kebabomm di sisiNya..=) fuhh! moga Allah redha..fihifzillah..=)

assalamualaikum..peace!

*tahniah kepada sahabat2 yang dapat result hari ini..segala2nya datang dari Allah..usah persoalkan resultmu,bersyukurlah..tetiba teringat satu quote yang pernah bermain di bibir suatu ketika dahulu..ISLAM IS THE WAY OF LIFE YOO! =)

Wednesday, October 30, 2013

Dia budak sekolah agama..aku???

Bismillah..assalamualaikum kepada saudara seislamku dan salam sejahtera kepada saudaraku yang bakal memeluk Islam..alhamdulilllah, setelah sekian lama mencari ilham dan idea serta berkongsi pendapat dengan sahabat2, akhirnya saat ini Allah kuatkan jari-jemari untuk menari di atas keyboard dan memuntahkan segala isi hati..acewahh!

aku memang bukan budak sekolah agama..yup, memang bukan..aku hanya budak sekolah berasrama penuh yang sentiasa terdedah dengan pelbagai adegan dan aksi dunia yang agak..hmm boleh dikatakan agak melaghakan minda dan hati..( kalau tak reti control diri ). baik, sebelum diri melangkah jauh, di sini ingin ku kongsikan beberapa pendapat daripda sahabat mengenai perkara ni.

"study:dari zaman tadika, sek sampai la ke uni, if you not willing to learn, no body can help you. conth: yani pernh sek agama form 1 sampai form 3 and sek biasa form 4 sampai form 5. dua2 sek ada pelajar conth. skrang ni dua2 pelajar conth ni study oversea. sorang uk (banking), sorang mesir (medic). my point is both have different school background but it did not stop them reaching what they want. kalu pon dyorg dh masuk uni tp still have the drive to do well, then can do it. sek, uni, cuma step2 yg kita ambil untk further study. as long as you have the motivation; places, ages does matter anymore.

social:kalu bdk sek agama dh msuk uni, there will be two scenario. first, they will still practice and apply what their learn in school at university. still jga pergaulan.second, university culture will 'break' them. what i mean when i said uni will break them is they get shock, lost, and start doing something that Allah forbid. not drastic change but slowly towards kemurkaan Allah. kalu bdk sek biasa dh masuk uni pon ada two scenario. first, they remain the same in social aspect. second, they change whether it good change or bad change it up to them. sek xmemainkn peranan sgt bila dh masuk uni. ok, maybe a little bit. hehe. tp kwn yg penting."  

-(cik Alyani, 2013) haa gitu..hee






ohh yeah! itu pendapat sahabat..bagi diri ini pula, actually secara nyatanya ada advantages yang sangat besar kepada budak sekolah agama ni..mungkin mereka tak nampak atau buat2 tak nampak, tapi bagi diri ini mereka sangat beruntung! sebab sudah semestinya dari mereka form 1 sampai form 5, aktiviti harian akan mendedahkan mereka kepada suasana islam. pada usia yang muda sudah punya ilmu yang hebat tentang islam. terdedah dengan bahasa-bahasa agama dan bahasa syurga. terdedah dengan cara pemakaian yang sempurna dalam islam. kamu semua ada kelebihan di situ berbanding kami..percayalah! subhanallah sungguh aku cemburu sebenarnya pada kalian..ok mungkin mereka yang pernah bersekolah agama akan kata, 'alaa..kau tak rasa apa kitaorg rasa..ceh,macamlah semua ktorg baik..lebih kurang je kita weh.' pedulikan segala tomahan, tapi percayalah, dirimu sungguh beruntung sayang. anda ada apa yang kami tiada! fuh..

sahabatku, cabaran di universiti sangat dasyat..maha bebas, maha mencabar, dan maha sosial! jangan kejutkan beruk2 di hutan ( baca: terkejut beruk ) apabila dirimu melangkah ke alam ini. kekalkan imej mu sebagai bekas pelajar sekolah agama..kerana percayalah, apabila imej itu tercalar dek kelakuanmu yang kurang menyenangkan, diri ini selaku manusia Allah yang hina akan mudah meletakkan persepsi negatif kepada sekolah agama.. ok contoh : " eh,budak sekolah agama pun macam ni? budak sekolah agama kot." haa ok nampak??

Daripada Mu'awiyah r.a.,katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan." 

(Muttafaq 'alaih) 


baik, entry kali ini bukan bertujuaan nak mengSTRESSkan anda2 lepasan sekolah agama..hee maaf yaa..walaubagaimanapun, tidak kisahlah engkau dari sekolah atau madrasah mana..yang penting,jaga iman dan jaga hati walau di mana kita berada..kerana hatimu, Allah yang pegang..hidayah itu milik Dia. Dia bisa membuka jalan kepda sesiapa sahaja..sesiapa sahaja mampu untuk berubah..kerana syurga itu milik kita semua..kita rebut bersama keindahan syurga..moga bertemu kalian di sana..amin insyaAllah..wassalam..=)

Thursday, October 17, 2013

hentak kepala ke dinding!

Assalamualaikum kepada seluruh umat Islam dan salam sayang kepada yang bakal menjadi umat Islam..:) pening sepeningnya dengan masalah manusia zaman sekarang..sekarang isu kalimah Allah pulak? haa sudah..



Dr Maza ada mengupas isu ini dan diriku yang cetek ilmu mengenai isu sebegini menjadi amat tertarik dengan apa yang terjadi. Beliau mengatakan bahawa penggunaan nama Allah dalam agama Kristian telah lama digunakan sebelum zaman Nabi Muhammad saw lagi...malah Baginda sendiri tidak pernah menghalang penggunaan nama kalimah Allah dalam agama Kristian..

manakala mengikut pengalamanku sendiri, selama 20 tahun bergaul dengan kawan2 yang beragama kristian, isu sebegini tidak pernah timbul dalam kalangan kami walaupun aku tahu dalam kitab mereka memang ada tertulis nama Allah. bahkan bibir mereka sering mengucapkan kalimah 'alhamdulillah' 'astaghfirullah' 'Allahuakbar'..its not a big deal for me..sebab mereka sedang memuji Allah sebenarnya tanpa mereka sendiri sedari. dan kita tidak tahu, mungkin puan Hidayah boleh datang menerpa mereka dengan izin Allah..kan???

masalahnya sekarang orang yang sibuk membesarkan isu begini hanya bercakap tanpa mengkaji dengan lebih mendalam..haa nampak? kan dah bergaduh?? sampai ke tahap Sabah Sarawak nak keluar dari Malaysia? oh ok,,tak nak komen part tu..

anyway, kita yakin pada pegangan kita..kita pegang akidah kita..kita kuatkan iman kita,,nescaya isu sebegini takkan muncul..Allah tetap di hatiku..aku yakin Allah itu satu..Allah yang Maha Esa,Maha Kaya, Maha Perkasa...subhanallah!

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi perintahKu; dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran”
-Al Baqarah, 186-



Wednesday, October 16, 2013

mencari Mr and Mrs Perfect ;)

Assalamualaikum buat saudara muslimku dan salam sejahtera buat yang bakal menjadi muslim..:) sudah beberapa hari bercuti, moga iman di hati tetap kental melawan nafsu syaitan dan nafsu dunia!

hati terdetik untuk mengupas isu ini kerana diri ini sering diasak dengan soalan2 yang berkaitan dengan hati dan perasaan oleh sahabat2 yang ku kasihi dan rindui nun jauh di sana. :) cinta, perasaan, hati. elemen-elemen yang amat sinonim dengan jiwa pemuda yang sentiasa impikan mahligai cinta yang indah dan keluarga yang sakinah..amboi! (ayat kemain..=P) and of course, ini topik yang paling hangat dan disukai oleh sahabat2 serta adik2 setiap kali tazkirah..

baik, bagi pendapat diri ku yang kerdil, semestinya sebelum nak berangan lebih2 untuk memiliki seseorang yang soleh/solehah, cinta dan rindu pada Allah dan Rasulullah perlu kita utamakan dan semai di dalam hati masing2. tak salah nak day dreaming and thinking of having a prince charming by ur side. yes, tak salah! tapi akan jadi salah apabila semua itu menyebabkan diri kita jauh daripada Allah! itu salah!! kalau nak tengok macam mana bakal zauj/zaujah ( husband/wife ) kita, lihat pada diri sendiri terlebih dahulu..a good man is for a good woman, and of course, a good woman is for a good man..walaweh!

Lihat kembali bagaimana kita mengawal ikhtilat kita dalam kehidupan seharian..SMS, CALL, WeChat. Whassap. Line, blablabla...adakah inbox kita dipenuhi dengan nama2 kaum Adam? yang mesejnya penuh dengan kata2 manis? mesej yang berunsur perkara2 lagha? mesej yang boleh mengusik hati kecil kaum hawa? ok check balik, check balik..adakah berbual kosong dengan kaum Adam itu sudah menjadi kebiasaan bagi dirimu sayang2 ku sekalian? jika iya, buka mata buka hati. Allah sedang melihat, jangan sampai Dia murka pada kelakuanmu juga kelakuan aku. astaghfirullah!

sebenarnya, pemuda sekarang memandang remeh perkara2 seperti ini..bermesej itu perkara normal bagi kita semua..as long as tak pegang2 dan yang sama waktu dengannya, then its ok..( hentak kepala ke dinding ) oh tak pegang2 ye dik? tapi dia dah berjaya pegang hati kamu. apabila si dia dah berjaya pegang, encik syaitan dan kuli2 nya pun akan mula menyibuk nak pegang sekali..

oh yea memang seghonok waktu bercinta cintun ni kan..rasa macam terbang di langit yang tinggi sampai tak ingat dunia ni nak kiamat..air kosong seluas lautan sanggup ku minum, tasik hijau di Tapah sanggup ku renangi, eh eh eh..macam2 pengorbanan sanggup kita lakukan! *terharu, ada baldi? :p

sahabat2 ku, semua makhluk di muka bumi ini inginkan pasangan yang sempurna..sempurna ilmu, agama dan akhlaknya..jangan terpedaya dengan keindahan dunia. manfaatkan zaman mudamu sebaik mungkin..elakkan sebarang perkara yang mampu menimbulkan FITNAH dan ZINA! pelihara hati. pelihara hati. pelihara hati. jangan terlalu risau siapa jodohmu..perbaiki diri mu, kerana si dia juga tengah bertungkus lumus memperbaiki diri untuk mengejar syurga illahi bersama-sama mu..insyaAllah..

peace no war! assalamualaikum..;)


barakallah..:)

Monday, October 14, 2013

indahnya pertemuan, sakitnya perpisahan..

assalamualaikum..subhanallah,alhamdulillah,Allahuakbar! syukur Ya Allah, kerana kini aku masih setia bersamaMu dalam iman tatkala mereka di luar sana semakin jauh dari rahmatmu..astaghfirullah..

setelah berhempas pulas selama 2 tahun setengah, alhamdulillah kini aku berjaya menamatkan diploma Sains Aktuari dengan jayanya *poyo..hekhek..dan mudahan perjuangan dalam menuntut ilmu itu Allah kira sebagai satu ibadah sebelum aku meneruskan ibadah mengejar ilmuNya pada peringkat yang lebih tinggi..amin insyaAllah..^_^


aku masih ingat saat pertama kali kaki ini melangkah ke Uitm Tapah..masih ku ingat wajah Atin dan Wasi yang sedang bertungkus lumus mengemas barang dalam bilik..masih jelas dalam ingatan sewaktu MDS, cik Asma dan Ieka berkunjung ke bilik sebab nak pinjam iron..tidak lupa, cik Intan yang kecil molek duduk di hadapan ku di dalam bas ketika hendak ke SI...Hafa, aku jumpa di Pusat Islam sewaktu hendak mengambil wudhuk.. Nad, pertama kali ku jumpa di auditorium kerana dia sangat murah dengan senyumannya yang tak saling tumpah macam arnab..haha..*jahat..Syira, aku nampak dari jauh kerana dia sering berkepit dengan Nad and Hafa..M, aku kenali secara tak sengaja ketika sedang lepak di dalam Pusat Islam..Pipah, satu semester aku ushar dari jauh sahaja kerana wajahnya iras wajah sahabat lamaku..boleh tersenyum sendiri kerana kesemua mereka langsung tidak ku tegur mahupun sapa kerana saat itu, kesemua mereka aku pandang sebelah mata sahaja. bagiku mereka hanyalah orang baru yang langsung tidak aku kenali..Allah, tak ku sangka mereka ini semua akan menyebabkan hati ini terpaut dan jatuh cinta!! *fuh ayat..


indahnya pertemuan..subhanallah hebatnya ukhwah! hari-hari tanpa mereka terasa tidak sempurna..rindu untuk bergurau, bergaduh, bergelak ketawa, bermanja, berpelukan, dan segala BERRRRRR! huhuhu Allahu sampaikan kasih dan rinduku kepada mereka yang mengasihiku keranaMU..=,( aku berharap, Allah panjangkan jodoh kami sehingga ke syurga Illahi..kerana persahabatan itu sangat indah apabila disulami dengan Cinta dan Kasih Sayang..=)


sahabat itu saling menguatkan..sekali dah peluk, jangan lepaskan!

Wednesday, July 17, 2013

Kanser dalam persahabatan

Assalamualaikum sahabatku semua..alhamdulillah, hari ini sudah 9 Ramadhan, bermakna maghrib nanti sudah 10 Ramadhan..subhanallah sekejap sahaja rasanya kita sudah masuk ke fasa baru pada bulan Ramadhan ni..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..syukur syukur syukur! Kerana sampai ke saat ini kita masih hidup dalam nikmat iman dan islam. :D

Persahabatan..perkataan yang memberi nilai yang amat berharga dalam hidup semua manusia..selepas keluarga, mereka yang bergelar sahabat inilah yang menjadi tulang belakang dalam kehidupan kita semua. Ana juga punya sahabat, antum pun begitu, malahan semua orang di bumi ni punya sahabat masing2..namun persoalan nya sekarang, bagaimana kita mendefinasikan maksud persahabatan itu?


Indahnya ukhwah andai segalanya kita sandarkan pada Allah..namun syaitan, memang licik sejak dari azali lagi..bisikan syaitan itu sudah cukup untuk menimbulkan perasaan iri hati dan dengki dalam diri setiap anak Adam! Perasaan cemburu pada sahabat ini bukan satu amalan yang sihat dan boleh menyebabkan virus-virus dan sel-sel mazmumah tersebar dengan riangnya! Cemburu kenapa? Kerana sahabat kita rapat dengan orang lain..Allahu….bukankah lebih indah andai skala ukhwah itu kita perluaskan lagi? Labih manis dan lemak berkrim la rasanya! =D

Hati memainkan peranan yang penting dalam masalah sebegini..andai hati marah, geram, sakit hati dan menyampah dengan persahabatan orang lain, haaa recheck balik iman! Kita seolah2 mengongkong sahabat untuk bersahabat dengan orang lain…buang perasaan itu sejauh yang mungkin sayang…tak kesian ke dekat sahabat tu? Hurrmm..:(

insyaAllah, apa yang ana sampaikan ini hanyalah untuk perkongsian bersama..andai terkena batang hidung sesiapa, ana mohon seribu kemaafaan..diri ini hanyalah insan kerdil yang sentiasa inginkan syurga Illahi..wallahualam…

“ jadikanlah penjual minyak wangi sebagai sahabatmu, nescaya dirimu akan mendapat bau wanginya.. lets start finding the one who cares about ur akhirah..”

Seorang sahabat,

-noor erma juperi-

Saturday, July 13, 2013

Rohingya iktibar untuk umat!

Assalamualaikum..alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Syukur Ya Allah kerana hingga ke saat ini, diri ini masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam..syukur!

Entry kali ni sebenanrnya bertujuan untuk share satu benda yang mega penting dengan antum semua. Yup, mega penting! Penting sebab ianya melibatkan tanggungjawab dan peranan kita sebagai seorang Islam..ana nak antum turut cakna dengan isu besar ni..subhanallah sangat besar..seriyes!
Baik, pagi Jumaat lepas ana dan sahabat2 berkesempatan untuk mendengar ceramah Ramadhan oleh ustaz Affuan di auditorium. Pada asalnya, mind ni dah set yg ceramah kali ni mesti tentang Ramadhan, tarawih, puasa blablabla…tapi! Semuanya berubah dan membuatkan hati ini sungguh bersalah terhadap saudara seIslam sendiri apabila isu yang diceramahkan (err ayat xbetul) adalah mengenai saudara Rohingya kita..ana jamin 100% ada dalam kalangan kita yang selalu dengar perkataan Rohingya ni, tapi masih blur2 lagi sebenarnya benda alah apa Rohingya ni…=(



insyaAllah ana akan share sedaya upaya dengan antum semua isu saudara Rohingya kita ni..Rohingya ni adalah gelaran bagi umat Islam yang tinggal di Arakan,Myanmar..kenapa digelar Rohingya? Ana pun kurang pasti..di Arakan, terdapat pelbagai bangsa yang beragama Islam..orang Arab, Bangla, Melayu Kedah, ramai lagi laaa..ada sejarah nya kenapa mereka ni dikumpul dalam satu tempat sehingga digelar Rohingya..bak kata Ustaz Affuan, xhairan la kalau ada yang fasih berbahasa Melayu di tanah Arakan tersebut..
nak dipendekkan cerita, umat Islam Rohingya ni telah ditindas dengan teruknya oleh orang Myanmar a.k.a Buddhist..semenjak tahun 1992, kerajaan Myanmar dan pihak Buddhist telah berkomplot untuk membersihkan umat Islam di Arakan secara total kerana mereka benci kepada umat Islam gara2 fitnah yang berlaku antara Mr Abdul Razak ( wallahualam betul ke tak nama ) dan presiden Myanmar suatu masa dulu. Kerajaan Myanmar menjangkakan pada tahun 2012, umat Islam di Arakan akan hilang dari tempat tersebut..macam nak hilangkan?? Bunuh, bakar, rogol then bunuh and segala macam cara yang tak berperikemanusian! Dan pada tahun 2012 jugak, umat Islam di Arakan ni telah ditipu oleh pihak Myanmar yang mengatakan bahawa pihak Malaysia dan Thailand telah menyediakan tempat untuk mereka setelah mereka diusir dari Arakan..hah! mereka ni pun percaya bulat-bulat dan dihantar naik dengan 4 biji kapal. Ok otw nak ke Malaysia and Thailand, mereka akan berhenti di satu checkpoint. Dekat checkpoint tu, tentera akan keluarkan semua umat Islam dari kapal2 tersebut and dipaksa untuk masuk ke dalam satu kapal sahaja..err paham tak? Dari 4 biji kapal, semua umat Islam kena bersempit2 dalam sebuah kapal sahaja…Allahu L tentera tersebut dah siap acu pistol dekat sesiapa sahaja yang berdiri dalam kapal..Ya Allah..tak dapat bayangkan saudara kita ni terpaksa bergelut, bersempit sesama sendiri untuk menyelamatkan nyawa. Ustaz Afwan bagitahu, ada yang sampai duduk bercangkung selama 12 hari ( sebab nak sampai Malaysia guna jalan laut ambil masa 12 hari ) and bila sampai je Malaysia, yang duduk mencangkung tu dah tak boleh berdiri..masyaAllah! rosak kakinya wahai sahabatku sekalian! L ramai juga yang mati keras kerana lapar di atas kapal..astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah!

Tak cukup dengan penyeksaan sedemikian, pihak polis Myanmar juga membenarkan Buddhist masuk ke kampong orang Islam di sana and membunuh semua umat Islam sesuka hati..nak bunuh orang islam?? Dipersilakan..tapi kalau orang Islam yang angkat senjata, nauzubillah..memang xd chance nak tengok dunia lagi..rumah2 mereka, sekarang semua nya hanya tinggal bekas..sebab kerajaan Myanmar dah bersihkan secara total peninggalan2 umat Islam di sana..hatta masjid sekalipun dikelilingi anjing2 dan menjadi tempat melepak tentera2 Myanmar! Aahhh kejam! Ustaz Affuan tambah lagi, kalau nak masuk ke Arakan, make sure diaorang xleh detect yang kita ni Islam. Ustaz bgtau dia dan sahabat2 terpaksa cukur janggut masing2 supaya tak mendatangkan sebarang curiga..Ya Allah, hebatnya saudara kita di Myanmar dikecam tahun lepas..kita? sedap je duduk bawah kipas, tergelak2, tapi masih merungut itu and ini..Allahu..:(
Kita nampak isu Syria, kita nampak isu Mesir, kita nampak isu Palestin, tapi how come kita tak nampak isu saudara kita yang sangat dekat ni? Selang satu  negara sahaja..dan orang Rohingya ni ramai je dekat Malaysia terutamanya kawasan Cheras sebab dorang melarikan diri ke Malaysia..jadi sangat besar kemungkinan bangla2 yang kita nampak merata di Malaysia ni adalah perlarian Rohingya yang memerlukan bantuan kita…

Dan di akhir ceramah tersebut, ustaz Affuan telah berjaya menyentap hati ana sehingga menyebabkan diri ini rasa terlalu hina dek kelalaian dan kelekaan terhadap saudara di sana. Ustaz bacakan sebuah hadis yang lebih kurang bunyinya macam ni.

"orang yang muflis itu adalah orang yang banyak melakukan kebaikan tetapi tidak menjaga orang yang dizalimi, dipukul, dihina dan juga melihat orang Muslim yang lain di bunuh maka pada hari akhirat kelak orang yg dizalimi itu akan meminta kepada orang yang melihat tadi kebaikan yang sepatutnya dia dapat sehinggalah habis kebaikan orang yang melihat tadi. maka pada waktu itu hanya tinggal dosa sahaja pada orang yang melihat tadi. maka pada waktu itu orang yang melihat tadi akan di campakkan ke neraka jahanam bersama-sama dosanya serta dosa orang yang telah melihat orang yang dizalimi tersebut.”

Secara ringkasnya, orang yang muflis ni, memang rajin beribadah..memang jaga hubungan dengan Allah..tapi, langsung xjaga hubungan dengan manusia..manusia dalam kesusahan, tapi kita sentiasa sibuk dengan study, facebook, twitter, instagram, blog blablabla..tak terkata ‘busy’ nya kita semua ni kan? Huhu..astaghfirullah..jngan sampai tahap kesemua pahala yang telah kita kumpul di dunia ni, dituntut oleh saudara kita di akhirat kelak gara2 kelalaian dan kesibukkan kita dengan urusan sendiri..cakna! ambil tahu! Perjuangkan nasib mereka!

Ayuh sahabat2ku semua..kita bangkit! Keluar dari zon selesa kita..study tu memang satu ibadah utama bagi kita sebagai student, tapi amanah kita sebagai khalifah jauh lebih besar dari segala2nya..satu sahaja ana minta, kita ambil tahu nasib mereka..memang pada tahap kita sekarang, kita takkan mampu untuk turut turun berperang bersama..tapi kita ada senjata yang mega power..DOA! doa untuk mereka..jangan hanya doakan diri sendiri dan keluarga..mereka juga perlukan doa kita..ayuh sahabat!
Wallahualam..andai ana terkasar bahasa atau mengguris hati sesiapa, 10 jari ana hulurkan..asiff..semoga Allah satukan hati umat Islam untuk bangkit semula! insyaAllah!


-noor erma juperi-

Tuesday, May 28, 2013

Manusia berubah

Bismilahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum kepada sahabat ku semua. jom! jom berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..alhamdulillah syukur Ya Allah kerana diri ini masih mampu untuk menghirup udara dengan nikmat Iman dan Islam..=D


“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" 
(Riwayat Abu Daud)

Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin." 
[Riwayat Abu Daud)

selagi mana makhluk itu bernama manusia, maka dia mampu untuk berubah. tak kisah la dari jahat ke baik, atau baik ke jahat..semuanya bergantung pada iman masing2..tapi. lagi pilu rasanya andai manusia berubah dalam sesebuah ikatan ukhwah..ukhwah itu satu ikatan yang sangat manis. indah sekali..subhanallah..tapi, apabila ada hati yang sudah semakin jemu dan bosan dengan ikatan ukhwah, semuanya menjadi pedih, sakit. perit! Allahuakbar! =(  tiada siapa yang tahu betapa peritnya hati kecil seorang insan apabila nilai ukhwahnya semakin tercalar..mungkin lebih pedih andai calar tersebut berpunca daripada acuh tak acuh dalam berukhwah. sakit! =( ana sayangkan semua sahabat ana..tetapi andai ada yang semakin menjauhkan diri, hati ini bagai dihiris sembilu.( perghh ayat Awie ) hati ini, Allah yang pegang..semoga Allah kuatkan hati ini untuk sentiasa bersabar dalam mempertahankan sebuah ukhwah yang sudah lama terjalin..wallahualamm..

ana emosianal sebentar,
-noor erma juperi-

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .