Wednesday, July 17, 2013

Kanser dalam persahabatan

Assalamualaikum sahabatku semua..alhamdulillah, hari ini sudah 9 Ramadhan, bermakna maghrib nanti sudah 10 Ramadhan..subhanallah sekejap sahaja rasanya kita sudah masuk ke fasa baru pada bulan Ramadhan ni..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..syukur syukur syukur! Kerana sampai ke saat ini kita masih hidup dalam nikmat iman dan islam. :D

Persahabatan..perkataan yang memberi nilai yang amat berharga dalam hidup semua manusia..selepas keluarga, mereka yang bergelar sahabat inilah yang menjadi tulang belakang dalam kehidupan kita semua. Ana juga punya sahabat, antum pun begitu, malahan semua orang di bumi ni punya sahabat masing2..namun persoalan nya sekarang, bagaimana kita mendefinasikan maksud persahabatan itu?


Indahnya ukhwah andai segalanya kita sandarkan pada Allah..namun syaitan, memang licik sejak dari azali lagi..bisikan syaitan itu sudah cukup untuk menimbulkan perasaan iri hati dan dengki dalam diri setiap anak Adam! Perasaan cemburu pada sahabat ini bukan satu amalan yang sihat dan boleh menyebabkan virus-virus dan sel-sel mazmumah tersebar dengan riangnya! Cemburu kenapa? Kerana sahabat kita rapat dengan orang lain..Allahu….bukankah lebih indah andai skala ukhwah itu kita perluaskan lagi? Labih manis dan lemak berkrim la rasanya! =D

Hati memainkan peranan yang penting dalam masalah sebegini..andai hati marah, geram, sakit hati dan menyampah dengan persahabatan orang lain, haaa recheck balik iman! Kita seolah2 mengongkong sahabat untuk bersahabat dengan orang lain…buang perasaan itu sejauh yang mungkin sayang…tak kesian ke dekat sahabat tu? Hurrmm..:(

insyaAllah, apa yang ana sampaikan ini hanyalah untuk perkongsian bersama..andai terkena batang hidung sesiapa, ana mohon seribu kemaafaan..diri ini hanyalah insan kerdil yang sentiasa inginkan syurga Illahi..wallahualam…

“ jadikanlah penjual minyak wangi sebagai sahabatmu, nescaya dirimu akan mendapat bau wanginya.. lets start finding the one who cares about ur akhirah..”

Seorang sahabat,

-noor erma juperi-

Saturday, July 13, 2013

Rohingya iktibar untuk umat!

Assalamualaikum..alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Syukur Ya Allah kerana hingga ke saat ini, diri ini masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam..syukur!

Entry kali ni sebenanrnya bertujuan untuk share satu benda yang mega penting dengan antum semua. Yup, mega penting! Penting sebab ianya melibatkan tanggungjawab dan peranan kita sebagai seorang Islam..ana nak antum turut cakna dengan isu besar ni..subhanallah sangat besar..seriyes!
Baik, pagi Jumaat lepas ana dan sahabat2 berkesempatan untuk mendengar ceramah Ramadhan oleh ustaz Affuan di auditorium. Pada asalnya, mind ni dah set yg ceramah kali ni mesti tentang Ramadhan, tarawih, puasa blablabla…tapi! Semuanya berubah dan membuatkan hati ini sungguh bersalah terhadap saudara seIslam sendiri apabila isu yang diceramahkan (err ayat xbetul) adalah mengenai saudara Rohingya kita..ana jamin 100% ada dalam kalangan kita yang selalu dengar perkataan Rohingya ni, tapi masih blur2 lagi sebenarnya benda alah apa Rohingya ni…=(



insyaAllah ana akan share sedaya upaya dengan antum semua isu saudara Rohingya kita ni..Rohingya ni adalah gelaran bagi umat Islam yang tinggal di Arakan,Myanmar..kenapa digelar Rohingya? Ana pun kurang pasti..di Arakan, terdapat pelbagai bangsa yang beragama Islam..orang Arab, Bangla, Melayu Kedah, ramai lagi laaa..ada sejarah nya kenapa mereka ni dikumpul dalam satu tempat sehingga digelar Rohingya..bak kata Ustaz Affuan, xhairan la kalau ada yang fasih berbahasa Melayu di tanah Arakan tersebut..
nak dipendekkan cerita, umat Islam Rohingya ni telah ditindas dengan teruknya oleh orang Myanmar a.k.a Buddhist..semenjak tahun 1992, kerajaan Myanmar dan pihak Buddhist telah berkomplot untuk membersihkan umat Islam di Arakan secara total kerana mereka benci kepada umat Islam gara2 fitnah yang berlaku antara Mr Abdul Razak ( wallahualam betul ke tak nama ) dan presiden Myanmar suatu masa dulu. Kerajaan Myanmar menjangkakan pada tahun 2012, umat Islam di Arakan akan hilang dari tempat tersebut..macam nak hilangkan?? Bunuh, bakar, rogol then bunuh and segala macam cara yang tak berperikemanusian! Dan pada tahun 2012 jugak, umat Islam di Arakan ni telah ditipu oleh pihak Myanmar yang mengatakan bahawa pihak Malaysia dan Thailand telah menyediakan tempat untuk mereka setelah mereka diusir dari Arakan..hah! mereka ni pun percaya bulat-bulat dan dihantar naik dengan 4 biji kapal. Ok otw nak ke Malaysia and Thailand, mereka akan berhenti di satu checkpoint. Dekat checkpoint tu, tentera akan keluarkan semua umat Islam dari kapal2 tersebut and dipaksa untuk masuk ke dalam satu kapal sahaja..err paham tak? Dari 4 biji kapal, semua umat Islam kena bersempit2 dalam sebuah kapal sahaja…Allahu L tentera tersebut dah siap acu pistol dekat sesiapa sahaja yang berdiri dalam kapal..Ya Allah..tak dapat bayangkan saudara kita ni terpaksa bergelut, bersempit sesama sendiri untuk menyelamatkan nyawa. Ustaz Afwan bagitahu, ada yang sampai duduk bercangkung selama 12 hari ( sebab nak sampai Malaysia guna jalan laut ambil masa 12 hari ) and bila sampai je Malaysia, yang duduk mencangkung tu dah tak boleh berdiri..masyaAllah! rosak kakinya wahai sahabatku sekalian! L ramai juga yang mati keras kerana lapar di atas kapal..astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah!

Tak cukup dengan penyeksaan sedemikian, pihak polis Myanmar juga membenarkan Buddhist masuk ke kampong orang Islam di sana and membunuh semua umat Islam sesuka hati..nak bunuh orang islam?? Dipersilakan..tapi kalau orang Islam yang angkat senjata, nauzubillah..memang xd chance nak tengok dunia lagi..rumah2 mereka, sekarang semua nya hanya tinggal bekas..sebab kerajaan Myanmar dah bersihkan secara total peninggalan2 umat Islam di sana..hatta masjid sekalipun dikelilingi anjing2 dan menjadi tempat melepak tentera2 Myanmar! Aahhh kejam! Ustaz Affuan tambah lagi, kalau nak masuk ke Arakan, make sure diaorang xleh detect yang kita ni Islam. Ustaz bgtau dia dan sahabat2 terpaksa cukur janggut masing2 supaya tak mendatangkan sebarang curiga..Ya Allah, hebatnya saudara kita di Myanmar dikecam tahun lepas..kita? sedap je duduk bawah kipas, tergelak2, tapi masih merungut itu and ini..Allahu..:(
Kita nampak isu Syria, kita nampak isu Mesir, kita nampak isu Palestin, tapi how come kita tak nampak isu saudara kita yang sangat dekat ni? Selang satu  negara sahaja..dan orang Rohingya ni ramai je dekat Malaysia terutamanya kawasan Cheras sebab dorang melarikan diri ke Malaysia..jadi sangat besar kemungkinan bangla2 yang kita nampak merata di Malaysia ni adalah perlarian Rohingya yang memerlukan bantuan kita…

Dan di akhir ceramah tersebut, ustaz Affuan telah berjaya menyentap hati ana sehingga menyebabkan diri ini rasa terlalu hina dek kelalaian dan kelekaan terhadap saudara di sana. Ustaz bacakan sebuah hadis yang lebih kurang bunyinya macam ni.

"orang yang muflis itu adalah orang yang banyak melakukan kebaikan tetapi tidak menjaga orang yang dizalimi, dipukul, dihina dan juga melihat orang Muslim yang lain di bunuh maka pada hari akhirat kelak orang yg dizalimi itu akan meminta kepada orang yang melihat tadi kebaikan yang sepatutnya dia dapat sehinggalah habis kebaikan orang yang melihat tadi. maka pada waktu itu hanya tinggal dosa sahaja pada orang yang melihat tadi. maka pada waktu itu orang yang melihat tadi akan di campakkan ke neraka jahanam bersama-sama dosanya serta dosa orang yang telah melihat orang yang dizalimi tersebut.

Secara ringkasnya, orang yang muflis ni, memang rajin beribadah..memang jaga hubungan dengan Allah..tapi, langsung xjaga hubungan dengan manusia..manusia dalam kesusahan, tapi kita sentiasa sibuk dengan study, facebook, twitter, instagram, blog blablabla..tak terkata ‘busy’ nya kita semua ni kan? Huhu..astaghfirullah..jngan sampai tahap kesemua pahala yang telah kita kumpul di dunia ni, dituntut oleh saudara kita di akhirat kelak gara2 kelalaian dan kesibukkan kita dengan urusan sendiri..cakna! ambil tahu! Perjuangkan nasib mereka!

Ayuh sahabat2ku semua..kita bangkit! Keluar dari zon selesa kita..study tu memang satu ibadah utama bagi kita sebagai student, tapi amanah kita sebagai khalifah jauh lebih besar dari segala2nya..satu sahaja ana minta, kita ambil tahu nasib mereka..memang pada tahap kita sekarang, kita takkan mampu untuk turut turun berperang bersama..tapi kita ada senjata yang mega power..DOA! doa untuk mereka..jangan hanya doakan diri sendiri dan keluarga..mereka juga perlukan doa kita..ayuh sahabat!
Wallahualam..andai ana terkasar bahasa atau mengguris hati sesiapa, 10 jari ana hulurkan..asiff..semoga Allah satukan hati umat Islam untuk bangkit semula! insyaAllah!


-noor erma juperi-

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .