Assalamualaikum..alhamdulillah,
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Syukur Ya Allah
kerana hingga ke saat ini, diri ini masih diberi kesempatan untuk merasai
nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam..syukur!
Entry kali ni
sebenanrnya bertujuan untuk share satu benda yang mega penting dengan antum
semua. Yup, mega penting! Penting sebab ianya melibatkan tanggungjawab dan
peranan kita sebagai seorang Islam..ana nak antum turut cakna dengan isu besar
ni..subhanallah sangat besar..seriyes!
Baik, pagi Jumaat lepas
ana dan sahabat2 berkesempatan untuk mendengar ceramah Ramadhan oleh ustaz
Affuan di auditorium. Pada asalnya, mind ni dah set yg ceramah kali ni mesti
tentang Ramadhan, tarawih, puasa blablabla…tapi! Semuanya berubah dan
membuatkan hati ini sungguh bersalah terhadap saudara seIslam sendiri apabila
isu yang diceramahkan (err ayat xbetul) adalah mengenai saudara Rohingya kita..ana
jamin 100% ada dalam kalangan kita yang selalu dengar perkataan Rohingya ni,
tapi masih blur2 lagi sebenarnya benda alah apa Rohingya ni…=(
insyaAllah ana akan
share sedaya upaya dengan antum semua isu saudara Rohingya kita ni..Rohingya ni
adalah gelaran bagi umat Islam yang tinggal di Arakan,Myanmar..kenapa digelar
Rohingya? Ana pun kurang pasti..di Arakan, terdapat pelbagai bangsa yang
beragama Islam..orang Arab, Bangla, Melayu Kedah, ramai lagi laaa..ada sejarah
nya kenapa mereka ni dikumpul dalam satu tempat sehingga digelar Rohingya..bak
kata Ustaz Affuan, xhairan la kalau ada yang fasih berbahasa Melayu di tanah
Arakan tersebut..
nak dipendekkan cerita,
umat Islam Rohingya ni telah ditindas dengan teruknya oleh orang Myanmar a.k.a
Buddhist..semenjak tahun 1992, kerajaan Myanmar dan pihak Buddhist telah
berkomplot untuk membersihkan umat Islam di Arakan secara total kerana mereka
benci kepada umat Islam gara2 fitnah yang berlaku antara Mr Abdul Razak (
wallahualam betul ke tak nama ) dan presiden Myanmar suatu masa dulu. Kerajaan Myanmar
menjangkakan pada tahun 2012, umat Islam di Arakan akan hilang dari tempat
tersebut..macam nak hilangkan?? Bunuh, bakar, rogol then bunuh and segala macam
cara yang tak berperikemanusian! Dan pada tahun 2012 jugak, umat Islam di
Arakan ni telah ditipu oleh pihak Myanmar yang mengatakan bahawa pihak Malaysia
dan Thailand telah menyediakan tempat untuk mereka setelah mereka diusir dari
Arakan..hah! mereka ni pun percaya bulat-bulat dan dihantar naik dengan 4 biji
kapal. Ok otw nak ke Malaysia and Thailand, mereka akan berhenti di satu
checkpoint. Dekat checkpoint tu, tentera akan keluarkan semua umat Islam dari
kapal2 tersebut and dipaksa untuk masuk ke dalam satu kapal sahaja..err paham
tak? Dari 4 biji kapal, semua umat Islam kena bersempit2 dalam sebuah kapal
sahaja…Allahu L
tentera tersebut dah siap acu pistol dekat sesiapa sahaja yang berdiri dalam
kapal..Ya Allah..tak dapat bayangkan saudara kita ni terpaksa bergelut,
bersempit sesama sendiri untuk menyelamatkan nyawa. Ustaz Afwan bagitahu, ada
yang sampai duduk bercangkung selama 12 hari ( sebab nak sampai Malaysia guna
jalan laut ambil masa 12 hari ) and bila sampai je Malaysia, yang duduk
mencangkung tu dah tak boleh berdiri..masyaAllah! rosak kakinya wahai sahabatku
sekalian! L
ramai juga yang mati keras kerana lapar di atas kapal..astaghfirullah
astaghfirullah astaghfirullah!
Tak cukup dengan
penyeksaan sedemikian, pihak polis Myanmar juga membenarkan Buddhist masuk ke kampong
orang Islam di sana and membunuh semua umat Islam sesuka hati..nak bunuh orang
islam?? Dipersilakan..tapi kalau orang Islam yang angkat senjata,
nauzubillah..memang xd chance nak tengok dunia lagi..rumah2 mereka, sekarang
semua nya hanya tinggal bekas..sebab kerajaan Myanmar dah bersihkan secara
total peninggalan2 umat Islam di sana..hatta masjid sekalipun dikelilingi
anjing2 dan menjadi tempat melepak tentera2 Myanmar! Aahhh kejam! Ustaz Affuan
tambah lagi, kalau nak masuk ke Arakan, make sure diaorang xleh detect yang
kita ni Islam. Ustaz bgtau dia dan sahabat2 terpaksa cukur janggut masing2
supaya tak mendatangkan sebarang curiga..Ya Allah, hebatnya saudara kita di
Myanmar dikecam tahun lepas..kita? sedap je duduk bawah kipas, tergelak2, tapi
masih merungut itu and ini..Allahu..:(
Kita nampak isu Syria,
kita nampak isu Mesir, kita nampak isu Palestin, tapi how come kita tak nampak isu
saudara kita yang sangat dekat ni? Selang satu negara sahaja..dan orang Rohingya ni ramai je
dekat Malaysia terutamanya kawasan Cheras sebab dorang melarikan diri ke
Malaysia..jadi sangat besar kemungkinan bangla2 yang kita nampak merata di
Malaysia ni adalah perlarian Rohingya yang memerlukan bantuan kita…
Dan di akhir ceramah
tersebut, ustaz Affuan telah berjaya menyentap hati ana sehingga menyebabkan
diri ini rasa terlalu hina dek kelalaian dan kelekaan terhadap saudara di sana.
Ustaz bacakan sebuah hadis yang lebih kurang bunyinya macam ni.
"orang yang muflis itu adalah orang yang banyak
melakukan kebaikan tetapi tidak menjaga orang yang dizalimi, dipukul, dihina
dan juga melihat orang Muslim yang lain di bunuh maka pada hari akhirat kelak
orang yg dizalimi itu akan meminta kepada orang yang melihat tadi kebaikan yang
sepatutnya dia dapat sehinggalah habis kebaikan orang yang melihat tadi. maka
pada waktu itu hanya tinggal dosa sahaja pada orang yang melihat tadi. maka
pada waktu itu orang yang melihat tadi akan di campakkan ke neraka jahanam bersama-sama
dosanya serta dosa orang yang telah melihat orang yang dizalimi tersebut.”
Secara
ringkasnya, orang yang muflis ni, memang rajin beribadah..memang jaga hubungan
dengan Allah..tapi, langsung xjaga hubungan dengan manusia..manusia dalam
kesusahan, tapi kita sentiasa sibuk dengan study, facebook, twitter, instagram,
blog blablabla..tak terkata ‘busy’ nya kita semua ni kan? Huhu..astaghfirullah..jngan
sampai tahap kesemua pahala yang telah kita kumpul di dunia ni, dituntut oleh
saudara kita di akhirat kelak gara2 kelalaian dan kesibukkan kita dengan urusan
sendiri..cakna! ambil tahu! Perjuangkan nasib mereka!
Ayuh sahabat2ku
semua..kita bangkit! Keluar dari zon selesa kita..study tu memang satu ibadah
utama bagi kita sebagai student, tapi amanah kita sebagai khalifah jauh lebih
besar dari segala2nya..satu sahaja ana minta, kita ambil tahu nasib
mereka..memang pada tahap kita sekarang, kita takkan mampu untuk turut turun
berperang bersama..tapi kita ada senjata yang mega power..DOA! doa untuk
mereka..jangan hanya doakan diri sendiri dan keluarga..mereka juga perlukan doa
kita..ayuh sahabat!
Wallahualam..andai
ana terkasar bahasa atau mengguris hati sesiapa, 10 jari ana
hulurkan..asiff..semoga Allah satukan hati umat Islam untuk bangkit semula!
insyaAllah!
-noor
erma juperi-
0 comments :
Post a Comment