Wednesday, October 31, 2012

dia kata RINDU itu ANUGERAH..=)

bismillah..assalam wbt..alhamdulillah ya Rabb,masih diberi nikmat dan kekuatan untuk bernafas secara normal, berjalan dengan sempurna dan menaip dengan bahagia! =D dan yang PALING penting, masih diberi nikmat IMAN dan ISLAM  yang luar biasa hebatnya.=)

pejam celik pejam celik, dah sebulan lebih si sahabat tersayang mengembara ke United Kingdom, meninggalkan diri ini di bumi Malaysia.;( ok jangan sadis2! sebab si sahabat bilang rindu itu satu anugerah! hohoho...ia boleh menjadi anugerah kerana kita dapat merasakan nikmatnya saling merindui,mungkin agak menyakitkan namun semuanya ujian Allah terhadap hamba-hambaNya yang bersabar ( noor erma, 2012). hihihi..




tapi diri ini perlu sentiasa beringat, rindu terhadap si sahabat jangan sesekali melebihi rindu pada Allah dan RasulNya. yup! mulut cakap memang senang kak, tapi hati manusia ni lemah,kadang2 cinta dan rindu pada manusia seringkali melebihi segala-galanya.=(  pernah sekali saudari Yani (sahabatku di Tapah) berbincang mengenai perkara ni denganku..agak terkesan dengan perbincangan tersebut sebab kadang2 kita lupa siapa yang terbitkan rasa rindu itu pada kita. Allah! yes, Allah! 

ok back to the topic.hee..wahai sahabat yang jauh di mata,tapi sentiasaaaaaaaa dekat di hati. percayalah,perpisahan kali adalah satu ujian dari Allah buat kita. mungkin orang di luar sana memandang perkara seperti ini adalah biasa.yela, kawan nak sambung belajar je pun,bukan ny nak berperang dekat medan Palestin or Syria.buat apa nak sedih macam nak mati? eh? hmmm...


bagi diri ini, perpisahan kali ini memerlukan kepercayaan sepenuhnya.sebelum ni,kita texting,calling,chatting, 24 jam! haha..sekecik2 benda pn nak heboh..tp perkara sprti inilah yang memantapkan ukhwah kita.kan sahabat?? hee.. tp sekarang,semuanya agak susah.kalau dapat berhubung sekalipun, semuanya kerana KEBETULAN! oh sadis..huahuahua..itulah ujian,Allah ingin lihat sejauh mana kesabaran kita dalam bersahabat,kelak pasti Allah berikan balasan yang lebih baik..insyaAllah..=)


wahai si sahabat, ketahuilah bahwa namamu tak pernah lekang dari doaku setiap hari..pelihara imanmu di sana.diri ini sentiasa berdoa agar Allah bukakan rezeki untuk kita berjuang bersama2 semula seperti di zaman persekolahan! aaaa serunuk! hihi...


hei sahabat! rindu itu memang satu anugerah..=) i love u sahabat! uhibbuka fillah abadan abada..=D






sahabat tersayang si sahabat,
-noor erma juperi-


Sunday, October 21, 2012

i wanna be like him!!

Bismillah.....Assalam wbt..alhamdulillah! setelah sekian lama x update, akhirnya hari ini Allah beri kekuatan dan kerajinan kepada diriku untuk update n memuntahkan segala isi hati! =)


Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq maksudnya : “Konstantinopel (Instanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Hadis riwayat Imam Ahmad. 

.yes! acap kali ku dengar mengenai hadis ni..telinga sering mendengar perkataan Konstantinopel dan Muhammad al Fateh. yup, diri ini amat mengagumi kehebatan beliau kerana berjaya menakluk kota yang menjadi idaman semua orang ketika masih berumur 21 tahun! HEBAT! jujur, itu yang sebenarnya membuatkan aku kagum suatu masa dahulu apabila mendengar nama sultan yang hebat ini......tetapi,masih samar2, bagaimana beliau boleh menjadi sehebat ini? konstantinopel ni dkt mna? tahun bila penaklukannya? ok sumpah blur! =/


ALHAMDULILLAH! segalanya terjawab pada 6 oktober yang lepas. Allah aturkan satu seminar mengenai sultan yang hebat ni di Universiti Teknologi Petronas..Laila yang sampaikan berita mengenai seminar ni padaku,tp agak dilema sebab final exam hari isnin,seminar hari sabtu, dpt study satu hari je? nak cover all the chapters in a day? T_T

astaghfirullah, huhu..hebatnya syaitan memujukku untuk lebih memikirkan exam berbanding ilmu agama yang lebih penting untuk menunjukkan kehebatan Islam! erma! kau selalu pesan dekat orang lain, luangkan masa untuk Allah, nescaya Allah akan beri masa yang lebih banyak pada diri kau! SENTAP!

alhamdulillah, ak nekad untuk luangkan masa seharian untuk seminar yang ak sendiri xpasti akan tahap keboringannya nanti..tp erma pergi jugak? drive jauh2 pulak tu?aishh..Allah pilih diriku, asma, yani n laila untuk merantau jauh ke Tronoh semata-mata ingin mendengar kehebatan Sultan Mehmet ni..

Nak dipendekkan cerita, sepanjang seminar fikiranku, hatiku, telingaku dan seluruh anggota badanku sentiasa fokus dengan apa yang disampaikan oleh Ustaz Shaari di hadapan! MasyaAllah, hebatnya Al Fateh! semangatnya kuat! keinginannya keras! konstatinopel sentiasa di hatinya! 

KEINGINAN YANG KERAS! yes! itu sikap sultan ni yang membuatkan diri ini sangat bersemangat! ak ingin menjadi sepertinya,lakukan segala2nya untuk mencapai apa yang diingini. setiap langkah dan keputusan disandarkan kepada redha Allah! untuk berjaya, memang pelbagai kegagalan dan dugaan yang Allah beri. jika nak dibandingkan diri ini dengan semangat sultan tersebut, bagai planet pluto n marikh! ak terlalu mudah lemah jika ditimpa ujian Allah, terlalu cepat down, terlalu cepat underestimate diri sendiri! tp,semangat yang dtunjukkan oleh sultan ni membuatkan semangat ku membuak2! fuhhh...

ak akui, hari ini ak masih belum berpuas hati dengan diriku, tp ak tetap bersyukur kepada Allah! kerna ak percaya, Allah ingin ak lakukan sesuatu walaupun agak berliku jalannya! erma, ap sngatlah yang kau perlu lalui jika nak dibandingkan dengan Sultan Muhammad ni?! tp sikap dan semangatnya lah yang akan ku contohi untuk mengejar redha Allah.

solat 5 waktu nya tidak pernah ditinggalkan, solat sunat rawatibnya sentiasa dijaga, solat sunat tahajjud nya tidak pernah diabaikan! hubungannya dengan Allah sentiasa terpelihara..tp diri ini?? 

perbaiki diri! usah hiraukan keangkuhan dan kejayaan orang yang bongkak! contohi kejayaan orang yang berakhlak mulia, nescaya dirimu akan berjaya!



" jangan biarkan manusia mengagung2 kan dirimu yang telah berjaya menperoleh kejayaan padahal Allah masih murka terhadap dirimu. itu lebih hina berbanding orang yang sentiasa gagal dan dpandang rendah oleh manusia tetapi sentiasa diredhai Allah! "

insyaAllah, moga diri ini mampu untuk mencontohi semngat juang Sultan Muhammad al Fateh. jatuh hari ini, bukan bererti jatuh selama-lamanya.. wallahualam.


contohi Al fateh,
-noor erma juperi-

Tuesday, May 15, 2012

Kau SUPERWOMAN!

assalamualaikum warrahmatullah..bismillahirrahmanirrahim.. salam dan selawat kita hadiahkan kepada junjungan besar kita,nabi Muhammad saw.=) tidak lupa,ucapkan alhamdulillah pada Allah kerna masih memberi kita kesempatan untuk bernafas dalam nikmat IMAN dan ISLAM. syukur ya Rabb. =D


entry kali ni lain agak berlainan daripada entry2 sy yg sebelum ini.=) sy nk cite sikit tentang SUPERWOMAN yg sentiasa di sisi saya baik dalam senang dan susah. yeaa superwoman? haha.ni super duper wow! SUPERWOMAN  sy ni tak lain tak bukan adalah mak saya sendiri. hehe makkkkkkk!! mak sy lah..yg cantik menarik kau memang da bomb gitu! haha..orang ramai cakap mak sy mcm wajah sy.( eh? bukan sy mcm wajah mak? haha) hmm tp sy selalu mengDenykan sbb mak putih.hihi. anak ny kurang putih..kelabu2 sikit,haha..


Nabi pun pernah cakap, dengan melihat sahaja 4 perkara ni,kite memang dah comfirm dapat pahala. Antaranya ialah :
1. Melihat Kaabah
2. Melihat wajah Ibu
3. Melihat kitab suci Al Quran
4. Melihat Laut (Antara kekuasaan Allah SWT)



ok sy nak highlight MELIHAT WAJAH IBU ni. yes! ni lah kerja sy malam2. sebab mak selalu tertido kat depan tv.( tv yg tengok dy, bkn dy yang tengok tv.hihi ) so,sy ambil la kesempatan untuk tatap wajah mak yg letih tu puas2. benar kata orang,mak mungkin dapat sembunyikan keletihan dy dari anak2, tp ketika mereka tidur, kita dapat dengan jelas betapa letihnya mereka memerah keringat untuk kita. subhanallah! baiknya mak! =')


seterusnya aktiviti yang sy rasa sy seorang je yg buat dalam kalangan adik beradik. kalau mak nak masuk tidur, sy pun akan menyelinap masuk ke bilikny untuk baring di sebelahnya.=) mak cakap dy nak tido, tp sy tetap ganggu sebab nak 'lepak' dengan mak.hihi. mak tetap layan sy. subhanallah baikny mak! =D bila mak dah ngantuk, sy akan salam tangan mak sebagai tanda minta maaf. mak pernah cakap, sy seorang je yg selalu buat mcm ni.hehe.( muka tersengih )


Tapi, waktu Hari Ibu 13 May yg lepas, mak pun cakap sy seorang je anak yg tak buat ap yg adik beradik lain buat. sy tahu bahawa hukum menyambut hari ibu tu haram. jadi sy bercadang untuk tak meraikkannya. tp, waktu breakfast pagi tu, mak cakap. "era (adik bongsu) pagi2 lagi dah send sms kat mak, ucap hppy mother's day". hmm sy diamkan diri je n terus tukar topik. tak lama lepas tu hp mak berbunyi agy. ad msej masuk! arggh ni mesti abg yg send sms pulak! yeaa jangkaan sy betul sama sekali. abg sulung pulak yg wish happy mother's day. ok sy sabar.hihi.mungkin mak pelik kot sbb selalunya sy yg beria2 nk ucap benda2 cmni. waktu tengah syok tengok tv dengan mak, tetiba abg second pulak yg call. aihh mampus ak! haha.. hmm dy pun wish kat mak. then adik pun call pulak, ( sms je xcukup ) nk wish jugak. hmmm ok sy diam! haha. petang tu tetiba mak cakap, " semua anak mak dah wish mak.tp anak mak yg sorang kat rumah ni je yang tak wish. kenapakah??" hahah..sy terus jawab, " sy tak sambut hari ibu sebab sy sambut hari ibu tiap2 hari.jadi tak yahla wish." lpas tu mak jwb pulak, " ala wish je.bukannya kite nk sambut bagai." ok sentappp! huhuhu. sy buat mak kecil ati ke?=( sy pun pike,haah la..kite bukannya sambut pun. mungkin mak cuma nk wish dari ktorng supaya dy tahu ktorg care pasal dy.hmm jadi sy pun atur strategi camne nak ambil semula hati mak. jeng jeng jeng....hihi


usai solat maghrib berjemaah dengan mak n ayah, macam biasala. sesi bersalaman sebagai tanda kasih dan maaf. sy cium tangan mak, n slowly whispering to her ears, "selamat hari ibu mak.sy org paling last wish.hihi" terus je mak cium pipi sy. yes! hehe..lega terus hati lepas tu. alhamdulillah.=)


sy juga tak nafikan, semenjak memasuki alam universiti, sy akan pastikan sy mesej and call mak tiap2 hari. yep! sy memang call mak sy setiap hari. biarlah orang nk cakap sy anak mak, tp sy rasa itu adlah tnggungjawab sy terhadap mak sy. sebagai tanda sy sentiasa ambil berat psal mak walaupun  kadang2 tak tau nak borak pasal ap sebab dah takde topik.hihi..sehari tak dengar suara mak, sy rasa hari sy tak lengkap.=')


“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Q.S Al Ahqaaf, 46:15)



“Dan menjadi kosonglah hati ibu Musa. Sesungguhnya hampir saja ia menyatakan rahasia tentang Musa, seandainya tidak Kami teguhkan hati-nya, supaya ia termasuk orang-orang yang percaya (kepada janji Allah)”. (Q.S Al Qashash, 28:10)
“Maka kami kembalikan Musa kepada ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita dan supaya ia mengetahui bahwa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”. (Q.S Al Qashash, 28:13)

ok,itulah je lah cerita tentang SUPERWOMAN sy kali ini. semoga kehidupan mak n ayah sentiasa dilindungi Allah.sy syg mak n ayah! muah2! moga kita menjadi keluarga yg bahagia di dunia dan di jannah kelak.amin..=D

sy anak mak,
-noor erma juperi-

Friday, May 11, 2012

Jari Menjadi Juri!




Bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum warrahmatullah.. salam dan selawat kepada junjungan besar kita, nabi Muhammad saw. alhamdulillah, syukur pada Allah kerna kita masih diberi nikmat yg HOT lagi CUN ini iaitu IMAN dan ISLAM. syukur ya Rabb. =D



Jari menjadi juri! yeaa..selalu je dengar artis2 kat luar sana guna ayat ni..nak meraih undi la, nk menang pertandingan la,ap sume bagaila..hmm,tapi entry kali ni bukan ny nk cakap pasal artis ke ap. rasanya tu semua kerja media kot. saya bukan wartawan ye.harap maklum.=)



wokeh! entry kali ni nk sentuh sdikit pasal status yg acap kali kita coretkan di dinding2 FACEBOOK dan TWITTER kita. haa,setakat ne 2 acc ni je la yg famous amous slaen dari skype n sgala bagai laman sosial yg lain. tp entry kali ni hanya akan fokus pada fb n twitter je. fuhhh,sakit rasanya mata dan hati membaca dan melihat status2 umat Islam di dlm 2 laman sosial tersebut. mak oiii, memang la laman sosial bukan milik abah sapa2 sampai nk post benda2 sencored la, mencarutla, mengutuk , mengaib dan segala men..ehh makcik, pakcik, ingat malaikat kat bahu kite ne xreti ke bace ap yg kite dok tulis kat fb n twitter tu? kalau ap yg kite tulis tu benda baik, pasti lenguh tangan malaikat di bahu kanan kita ni mencatatkan kebaikkan yg telah kita lakukan. masyaAllah! tetapi, kalau asyik nak post pasal gf bf, kata2 lucah, mengaib orang lain, malah ada yang kutuk mak dan ayah secara depan2 dalam fb and twitter! fuhh! sampai habis ink pena malaikat bahu sebelah kiri kite ni mencatatkan keburukkan yang telah kita lakukan! nauzubillah..=(

pada minggu lepas, pelbagai status yg telah sy jumpa di fb. ok kes pertama, sorang anak yg xpuas dengan mak ny sebab mak dy ni larang percintaan dy dgn gf dy..then free2 dy kutuk mak dy kat status fb..diri ini pulak yg sebak membaca status tersebut.=( betapa mulia nya darjat ibu kita, tetapi anak sendiri telah membuka aib ibunya di hadapan masyarakat.='( hanya kerana seorang perempuan yg tidak halal bagi dirimu, engkau telah memaki dan mencaci satu2nya pintu syurgamu..nauzubillah..moga Allah membuka pintu hati hamba2 Nya untuk bertaubat..

seterusny, ternampak pulak gambar sahabat lama yang dengan bangganya mengupload gambar dirinya sedang dicumbu dan dipeluk oleh c boyfie..astaghfirullah! xsanggup melihat gambar tersebut! huhuhu. mengapa perlu ditambah lagi dosa dengan menayangkannya kepada masyarakat. hmm mungkin bangga kot yg dirasai.

beberapa hari selepas tu, terbaca pulak di laman twitter, seorang sahabat tanpa perasaan bersalah telah mengumumkan kepada masyarakat bahwa dy sangat benci kepada darah dagingnya sendiri iaitu ayah kandungnya! huhuhu.='( ap sudah jadi pada dunia?? ya mungkin sy langsung tidak mengetahui masalah keluarganya, tp tindakannya yang menghina ayahnya sdemikian rupa amatlah menyakitkan hati dan mata yg membaca! sekali lagi, moga Allah membuka dan melembutk
an hati2 mereka ini untuk bertaubat.=(

1..2..3!!
Dan setiap orang memperoleh tingkatan sesuai dengan apa yg telah mereka kerjakan, dan agar Allah mencukupkan balasan perbuatan mereka, dan mereka tidak dirugikan.
                                                                                                                   surah al-ahqaf, ayt 19

niat di hati ni bukan nk membuka aib mana2 pihak. sekadar ingin mengingatkan, takut kita tidak sempat untuk memohon keampunan pada Allah SWT. sy akui, sy bknlah manusia yg begitu sempurna sehingga ingin mengkritik umat Islam yg lain. tidak terlintas langsung d hati untuk mengaibkan! apalah salah sekiranya fb dan twitter tersebut dijadikan sebagai medium untuk berdakwah. mungkin kita tidak petah berkata2, tp cukupla sekadar menyampaikan perkara yg baik2 sahaja. bukan kah lebih molek jika begitu?? saudara Sham kamikaze juga sering mengingatkan saudara2 Islam di twitter supaya menjaga perkara yg ingin di tweet. kerana Allah juga membaca ap yg kite tweet. eyy bukan kite je yg reti tweet2 ni, Allah lagi hebat tweetNya taw!


Dan Dia-lah memperlihatkan tanda-tanda ( kebesaran-Nya ) kepadamu. Lalu tanda-tanda ( kebesaran ) Allah yg mana yg kamu ingkari?
                                                                                                                         surah Ghafir, ayt 81


okilah,tu je lah pesanan2 penaja untuk entry kali ini. mintak maaf jika ad yg terasa dengan entry kali ini. sekali lgi, bukan niat untuk mengaibkan orang lain, tpi sekdar memberi peringatan bersama sebagai saudara muslim. wassalam.




TAK NAK MASUK SYURGA SORANG2,
-noor erma juperi-

Sunday, April 22, 2012

Panggilan di Akhirat

assalamualaikum wbt. alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw. =D para sahabat baginda, keluarga baginda dan yg sama waktu dengannya..alhamdulillah sekali lagi, diri ini masih diberi nikmat IMAN dan ISLAM yg sememangnya merupakan nikmat yg extravaganza bagi mereka yg bergelar muslim. yeah! =)


PANGGILAN DI AKHIRAT. hmm,entry kali ni sebenarnya nak cite sikit pasal panggilan baik and buruk. seperti yang kita sedia maklum, sekiranya kita dipanggil dengan sesuatu gelaran sebanyak 40 kali, maka Allah akan memanggil kita dengan paggilan tersebut di akhirat kelak.Wallahualam. tetapi, masalahny sekarang kak, kenpa masih ramai yg memanggil saudaranya dengan penggilan yg buruk ehh? musykil sungguh beta! /hihi


sebenarnya semalam tersinggah sebentar kat wall seorang sahabat ni,saja nak wish 'gembira lahir hari (happy birthday.haha..silly ) tetiba terpandang satu komen ni, selamat hari lahir k****. uih??? sahabat tu manusia, ad sepasang mata,satu hidung, satu mulut, hah! memang sah2 manusia kot. tapi boleh pulak disamakan dengan binatang???? masyaAllah!

kita kena sedar, kata2 tu satu doa. kalau gelaran yg kita pnggil itu elok dan molek, maka semolek itu jugalah pandangan Allah pada kita, tetapi sekiranya panggilan itu kurang enak berkrim,hmm maka begitulah sebaliknya.nauzubillah!

teringat ketika di zaman sekolah dahulu, ramai yg menggelarkan diri saya BAKONG( pengakuan ikhlas) sampai ad yg hantar mms gambar bawang besar.haha.. yes,zaman itu memamg fun. extremely fun weh! kita anggap gelaran2 ni sekadar menghibur hati. tetapi sedarlah, nanti effect kat akhirat weh! huhuhu..

selain bakong, antara gelaran2 yg agak famous waktu di sekolah dulu( gelaran kwn2 sy lah) KUDA(haha), PAU, GONJENG, KATAK, PINGU, GALAH, GHOST RIDER, MANOK, TAMBI, PENYU, dan macam2 lagi! nauzubillah..huhu.betapa jahil ny diri ini pada saat itu. maafkan hamba ya Allah.=(

oleh itu,ingin ku susun sepuluh jari pada sahabat2 yg pernah ku gelar sedemikian rupa. sy hanya insan biasa, sntiasa melakukan kesilapan dan ingin memperbaiki kesilapan untuk menikmati air sungai yg mengalir indah di taman syurga dan bukannya menikmati air yg mendidih panas di neraka jahannam! ={
sooo sorry pren!

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olok), dan janganlah pula perempuan-perempuan (mengolok-olok) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada perempuan (yang memgolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) sesudah beriman. Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Hujurat: 11)


ingat ni...

insyaAllah, entry kali ini bukanlah untuk menunding jari pada sesiapa pn. saja, sekadar peringatan bersama., adios! WASSALAM...

buang jauh2 gelaran buruk!
-noor erma binti juperi-

Friday, April 20, 2012

apa khabar saudaraku di sana???

assalamualaikum wbt. alhamdulillah,selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad saw,keluarga baginda,para sahabat,dan yang sama waktu dengannya.insyaAllah.. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas dalam nikmat yang FUYOO dan OSEM ini iaitu IMAN dan ISLAM. alhamdulillah..=D

allrite! apa kabar saudaraku di sana? siapa2???? orang kampung kah? cowok banglaku kah?(haha) siapa2 kah? kah kah? haha..

ok,(serius mode) hmm,entry kali ni adalah berkisar tentang saudara2 islam kita yang tengah menderita jiwa,raga,mental,fizikal,iman,takwa dan segala bagai nun di SYRIA, PALESTIN, AFGHANISTAN, dan...di mana saja mereka berada yg kini diseksa oleh musuh Islam! masyaAllah, setiap hari kita mendengar dan menyaksikan penderitaan saudara kita di sana! huhuuhuh...gambar2 bayi yang meninggal, ibu2, orang2 tua, sheikh2 dan pelbagai lapisan masyarakat Islam yg telah SYAHID di sana! bom meletup di sana sini! tiada lagi ruang untuk bergembira seperti sebelum ini.



kesian..=(













cuba bayangkan masyarakat kita, dok suka sangat minum kedai kopi,ha melepak then buat aktiviti entah pape, then... KABOOOOMMMMM!! meletup kedai mamak..kesian...itulah yg dialami oleh rakyat Islam di sana sekarang.huhuhu.. bukan mcm kita, sedap je baring atas katil empuk, dengar lagu kpop kuat2( entah pape, menyampah) pastu facebook lagi,twitter bagai, updte sttus yg merapu, tp bukannya nak mengenang saudara kita kat sana. yup alhamdulillah, skrg Allah bagi kita nikmat itu, tp tugas kita adalah turut berjuang bersama mereka! caranya bagaimana??

huhu..kejam!


teringat kepada tazkirah ustaz zarir sewaktu di kampus, ustaz cakap wajib bagi kita umat Islam berjuang bersama rakyat Islam di palestin( yg sewaktu dengannya.) sana! err mula2 garu kepala juga dengar ustaz cakap macam tu. nk berjuang cmne ustaz? tambang ke pekan pun xmmpu nk bayar,ap lagi nak naik flight ke sana?? haha. jap,tadi ustaz ckp WAJIB kan? so mksudnya kalau xbuat dosa la kan?? adus ustaz.cmne?

ustaz cakap, bagi kita yang xmmpu untuk ke medan perang bersama2 dengan mereka, kita BERDOA untuk kesejahteraan mereka. maksudnya kita mintak agar Allah sentiasa melindungi umat2 Islam di sana.huhu.. sebak rasanya bila mengenangkan mereka di sana.=(

YA ALLAH. SELAMATKAN MEREKA!

Sabda Nabi, 'barangsiapa tidak mengambil kira urusan umat Islam, maka dia bukanlah dari kalangan mereka.'

Dalam satu riwayat daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).
 
Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
oh ya! lagi satu, antara caranya ialah kita boikot segala macam barangan atau produk israel! contohnya McD kan? yla sy tau ramai bbno yg gemar mkn burger kat situ,tapi tegar kah kita menyumbang even sebutir peluru kepada israel untuk membnuh saudara kita di sana??!! fikir! jangan ingat nak kenyangkan perut je, ikut nafsu, ye mmg makanan kat situ sedap! sedap jugak la nyawa saudara kita di sana melayang cik kak!
insyaAllah, marilah sama2 kita doakan kesejahteraan saudara2 Islam kita di sana. jangan ambil remeh mengenai perkara ini. kelak di akhirat Allah akan tanya kepada kita, ap yg telah kta lakukan untuk menyelamatkan saudara Islam kita yang tengah menderita seksa di syria,palestin dan seupamanya. InsyaAllah doa2 kita lah yg mampu membela kita kelak. wallahualam. Beruntungnya saudara kita di sana, kerana Allah telah memilih mereka untuk gugur syahid! masyaAllah! entah bagaimana pula nasib kita kelak? bagaimana keadaannya ketika kita mati? nauzubillah..semoga sentisa dilindungi Allah..amin ya Rabb..
insyaAllah setakat ini shaja entry untuk kali ini, sekadar ingin mengingatkan, dan beta mohon ampun sekiranya ad yg terasa hati membaca wasiat beta ini..hoho...wassalam...
hamba Allah,
-noor erma juperi-
 

Monday, March 19, 2012

OSEMNYA BERSAHABAT KERANA ALLAH!! =D

ini kami.. <3

Assalamualaikum wbt. alhamdulillah, selawat dan salam kita hadiahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw. syukur ya Rabb,kerana diri ini masih diberi kesempatan untuk menulis entry kali ini tika diri masih punyai nikmat yang SYOK dan WOW iaitu IMAN dan ISLAM.. alhamdulillah...

oki,tajuk kita kali ini adalah tentang sahabat. sahabat?? apa kebende tu? hehe.. sahabat dunia akhirat? sahabat sejati? sahabat sehidup semati? sahabat merempit? sahabat makan keropok lekor? atau sahabat surau? hahaha. masing2 ada pendapat mereka tersendiri mengenai nilai persahabatan..

jom kita lihat pula bagaimana persahabtan itu bermula.

situasi 1:
-masuk kelas baru, tengah cari nak duduk dengan siapa. hmm datang la seorang hamba Allah yang baik hati lagi bijak dalam bidang ilmu mempelawa kita untuk duduk bersamanya. di situla persahabatan kerana Allah bermula!!


situasi 2:
- telah ditakdirkan Allah untuk kita tinggal sebilik dengannya semasa proses menuntut ilmu di sekolah.bertahun2 tinggal bersama,masing2 dh tau perangai rakan sebilik,dan akhirnya jadilah rakan sejati. di situlah bermulanya persahabatan kerana Allah!!  
cik rung, jom la study sekali..
situasi 3:
- pagi2, selalu ajak kawan pergi solat subuh berjemaah bersama2, then prgi breakfast sama2, then pergila nyanyi lagu Negaraku sama2. hehehe. then pergilah kelas sama2. belajar pun sama2. sampai MP3 pn nak sama,semua benda nak sama.last2 dapatlah hidayah sama2. hehehe..itulah persahabtan kerana Allah!=D

kalau diberi kesempatan untuk bagi situasi,terlalu panjang berjela2 kang.hehehe. cukuplah bberapa contoh yang diberikan ni ye.

so sekarang,pehe dok?? hahaha. sahabat yang soleh dan solehah sentiasa menyerikan kehidupan seharian kita. selain family, dialah yang sentiasa menjadi tulang belakang kita. dialah pemberi semangat, dialah pendengar terbaik, dialah pencetus kemarahan, dialah pengubat kemarahan dan dialah segalanya! haa indahnya persahabatan kerana Allah!!! subhanallah!!
haa satu lagi, ni pendapat sayala. bila ada sahabat yang sejati ni,(sama jantina ok??) kita rasa ada tempat untuk berkasih sayang..errr maksudny bermanja?? errr bermesra?? haha. ok lets see. kita berkasih syg,bermanja dan bermesra dengan sahabat semuanya niat kerana Allah. betul bukan? but then kalau kita brkasih syg,bermesra n bermnja dengan 'sahabat' yang bukan muhrim a.k.a boyfie kite, tak ke free2 Allah kasi dosa? yeh!! padan muka. hahaha. so, segalanya halal bila bersahabat. tetapi bukan nya atas dorongan hawa nafsu semata mata, ttpi kerana Allah..


Ayat Al Quran Berkenaan Persahabatan: Orang Zalim Yang Menggigit Jari"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)



Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)



sekian je la entry yang saya nk cakap mengenai persahabatan kerana Allah hari ni ye. moga kita mendapat sahabat yang sejati di dunia dan di akhirat. kalau dah jumpa, peluk dia erat2, jangan kasi lepas!! hahaha


yang bahagia kerana mempunyai seorang sahabat yang solehah,
-noor erma binti juperi-

Wednesday, February 29, 2012

exam dah datang !!! LARI !!!

bismillahirrahmanirrahim.. salam dan selawat ke atas junjugan besar nabi Muhammad saw. syukur pada Allah kerana masih diberi nikmat pada hari ini. Nikmat apa? semestinya IMAN dan ISLAM. alhamdulillah..

yeh! pak cik exam dah mai dah.. haiyaaa... ingatkan lepas spm dh xyah exam da..hehe.. bajet je lebih..
wokeh! kawan2 sekalian,exam datng,kita jemput la dengan baik yee.. jangan nak lari sangat la. bukannya dapat sembunyi pon an? hehe.. rasanya normal kot kalau bila exam je,mulalah perbanyakkan doa, solat hajat , solat dhuha, n segala bagaila. hmm bukan nak cakap tak elok, tapi janganlah gara2 next week exam, minggu ni baru pulun nak mintak tolong dari Allah kan? (untuk nasihat diri sendiri jgak) Nampak sangat kita ni terlalu mengejar dunia, padahal semua amalan tu boleh dilakukan bila2 masa pun. jangan pulak habis je exam, maka tamat lah tempoh untuk kita banyak beribadat kepada Allah swt.. gitu ke caranya?? 

Kita niatkan hati kita ni, nak duduk exam LILLAHITAALA..insyaAllah ana jamin semua bereh la! hehe.. yang susah jadi senang,yang senang jadi makin senang..aminn..  janganlah stress2 bila xdapat jawab exam tu, insyaAllah berkat doa kita, mana tau lecturer tu asalnya nak bagi 5 markah je,tetiba terletak 15 markah ke? haa..Allah kan cakap, KUNFAYAKUN! kalau Dia nak sesuatu benda tu terjadi, maka benda tu tetap akan jadi! walaupun di mata manusia, benda tu nampak sangat mustahil. subhanallah..

insyaAllah entry untuk kali ni tak nak membebel lebih la.hehe. semoga berjaya untuk sahabat2 yang akan menduduki exam kat luar tu..caiyok2!! 



wassalam..
-erma juperi-

Thursday, February 16, 2012

Dunia Ladang Akhirat

assalam wbt.. alhamdulillah, diri ini masih bernafas dalam iman  dan takwa di kala mencoret blog untuk kali ini. salam dan selawat kepada junjungan besar nabi Muhammad saw. tajuk hari ni selalu kte dengar dari ceramah2 agama yg kte hadiri. kalau x pun, terbaca kat buku ke,terdengar ceramah ustaz Azhar Idrus ke, kat mane2 la.( ada ku kisah?? haha.) 

dunia ladang akhirat. melalui pemerhatian sy smpai saat jari jemari ni bermain di atas keyboard hitam ni, ramai manusia skrg yg sntiasaaaaaa nak buat sumethng tp mgharpkan org lain. mcm susah je nk explain kn? hmm ramai yg kalau nk pergi tandas pn,berteman.. u get me? ataupun bila nk pergi kelas ke, pergi berdiri kat luar bilik ke, and even nk bukak buku untuk sutdy pun nk tunggu org. pehe dok?? haha.. semuanye nk tggu org. alasan yg salu kte dgr? " ala seganla nk pergi." "ala takut,huhu..dh malam,ad hantuuuu." "cptla teman,xreti la nk prgi sorg." aik? nk pergi tandas pn xreti ke bang? haha..

kita hidup kat dunia ni sebab nk beribadat n buat sumua benda kerana Allah saudara saudari. Allah tggu je nk bagi pahala free2 kat kte,tp kte boleh pulak nk tggu org lain. kalau org lain tu xnk buat? kte pn xnk buat ke? kan dah melepas pahala free2 tu? nauzubillah..sama gak kalau nk menuntut ilmu,kita siap pkul 7.55 pagi.tp kwn sehidup semati kte tu 7.55 baru bangkit dari tisur. kite pn ckap, "xpela,ko cpt mndi.ak tggu ko.xsmpai ati nk biar ko jalan sorg" ooooo baik ny,padahal dy yg segan sbb tkut org mengata dy xd kwn bile jalan sorg2..aiyy menyampah beta! hahah.

satu lagi perangai anak muda sekarang. nak berjalan ke sesuatu tempat pon lambat. org selalu cakap 'TERHEGEH-HEGEH'. haa.. sedangkan Nabi saw pn tidak berjalan terlalu perlahan. seperti juga nasihat Luqman kepada anakny:




'Luqman menasihati anaknya agar bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat sehingga menampakkan diri lemah konon-kononnya ingin dikatakaan 'zuhud'. Tidak terlalu laju sehingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada suasana sekeliling.Oleh itu sikap sederhana dan sekata di antara lambat dan laju merupakan tanda / lambang seseorang itu tenang,beraqal dan diri yang cergas dan sihat.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan besederhanalah dalam berjalan"
adek ni lagi laju berjalan dari korang.hehe


hmm.tu la antara nasihat ana kepada antum di luar sana. nasihat ni pun untuk diri sendiri jugak. terlalu ramai kekhilafan dalam diri mnusia,tp kte sbgai hamba Allah hendaklah berusaha untuk menjadi yg terbaik. amin Ya Rabb. =)
~wassalam.

budak keboringan,
-noor erma juperi.- 

Wednesday, January 25, 2012

hanya Allah yang tahu..Allahuakbar!

assalam wbt..selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad saw..=) alhamdulillah,kita msih hidup dalam iman dan islam hingga saat ini..syukra..:))

k,bercakap mengenai tajuk di ats,hal ny berlaku pada cuti CNY yg lepas. tggal 21.1.2012. huhu.. kejadian yg agak mndatangkan trauma pada diriku n sahabatku,ummi zulaikha.(skema mi,sorry.hehe) pagi tu ktorg kluar g TS n Jlan Tar. nk beli keperluan aku la..ummi dok teman je.tp dy dapat habuan gak.hee.. seronok ny wktu shopping tu.mmg sronok la an? duit pon seronok kuar.haha. 

hhmm mcm ne,kteorg smpai seksyen 15 shah alam dlm pkul 9.30 mlm. kluar dri rumah pgi tu,pkul 11. hmm balik tu,ingat nk try sume baju2 yg bru dibeli.smpai je dpn umah,ak pon tegur la asal pintu gate umah ni x bkunci. ummi mati2 ckap dy dh kunci. pastu ak dh cuak gle.Allah je tw.huhu. tgok pntu ad kesan kena kopek! batang screw driver yg patah ad kat bawah pintu.ak dh takut gle. ap yg ad dlm otak ak,ak takut org tu masih ad kat dlam n buat sumthing yg luar biasa hebat kat kteorg 2..uuuuu cuak bin takut gle la time tu. ttbe ummi masuk,dy ckp lappy dh hilang..hah! rse tersentap skjap. tp kejap je la.haha. pastu g bukak lmpu,ak bukak bilik ummi,sudaaaaa.. bju2 sume dh dslongkar ( bengong punye pncuri,buknny pndai nk kemas balik. huh! ) pncil case ak pn dy slongkar.ntah pape..ak dh nmpak dh ummi ngis2 call mak dy. n ak xleh pike ap2! yg ak tau,kteorg xslmat saat tu..

pstu ummi g la kol akak usrah dy,nk dpendekkan cte,kgkwn akak usrah dy yg dtg n bwak ktorg tdo kat pjabat IKRAM.. uu sdeh mlm tu.haha.. before tido,smpat lagi mngenang nsib n keadaan ktorg sbgai prntau.haha. pagi tu balik umah,ktorg hadang belakang pintu dgn peti sjuk bagai.haha . cuak kott.. mne tw ttbe org tu dtg agi ke,nk angkut washing machine n sinki pulak ke..ahaha..

mlm first kteorg tdo dlm blik. ak dpt tdur dgn lenanya.tp ummi x..ksian delo..tp mlm tu ktorg xla cuak sgt. siap buat keje bodo mcm kat spa lagi,,haha. tp tu untk meghilangkan rsa tkut sbnarnya. mlm esok ny tu saat yg pling mncemaskan sbb mmg dgr bnyi mcm2. ya Allah,hati mmg xtenang. mcm2 yg bmain kat fikiran.huhu.. ktorg tdo kat luar,mlm tu ak pulak yg xlena,tp ummi sdap btol tdo..haish.. mmg hebat la an,anak gadis brani tgal sorg2 kat tmpat yg dh dceroboh msuk. ak pn xsgke.hehe.. tp nsib ummi ad,kalo x,mmg thap unsecured tu pling maksima la jwbny! huhu...

anyway,sume yg ktorg lalui ni pasti ada hikmah nya. kene ingat, Allah akan uji hamba2Nya yg beriman dan bertakwa. syukur alhamdulillah Allah pilih ak n ummi. bagi ak,tu tndany Allah syg kat kteorg n nk kteorg sntisa ingt akan Dia. Allah Maha Besar.=) 

*to ummi,riya ko tyak nk,knk ko msti lalui bnda tk ngn ak? ak mmpu padah Allah dh pilih ko untuk lalui bnda tk ngn ak. ap yg kita dh lalui tk polah ak mkin syg bangat tahap gaban la kat ko.hehe..(pngakuan yg pling mahal) ingt,ak xmok msuk syurga sorg2,biarla kita msuk sma2. mybe dugaan tk can be a ticket for both of us to slidely,glidely n happily enter the JANNAH. :)*

tu je la kot yg ak nk kgsi untk coretan kali ni.semoga bertemu kembali..=)

yg kehilangan laptop HP kesayangan(haha)'
-noor erma juperi-

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .