Wednesday, October 31, 2012

Filled Under:

dia kata RINDU itu ANUGERAH..=)

bismillah..assalam wbt..alhamdulillah ya Rabb,masih diberi nikmat dan kekuatan untuk bernafas secara normal, berjalan dengan sempurna dan menaip dengan bahagia! =D dan yang PALING penting, masih diberi nikmat IMAN dan ISLAM  yang luar biasa hebatnya.=)

pejam celik pejam celik, dah sebulan lebih si sahabat tersayang mengembara ke United Kingdom, meninggalkan diri ini di bumi Malaysia.;( ok jangan sadis2! sebab si sahabat bilang rindu itu satu anugerah! hohoho...ia boleh menjadi anugerah kerana kita dapat merasakan nikmatnya saling merindui,mungkin agak menyakitkan namun semuanya ujian Allah terhadap hamba-hambaNya yang bersabar ( noor erma, 2012). hihihi..




tapi diri ini perlu sentiasa beringat, rindu terhadap si sahabat jangan sesekali melebihi rindu pada Allah dan RasulNya. yup! mulut cakap memang senang kak, tapi hati manusia ni lemah,kadang2 cinta dan rindu pada manusia seringkali melebihi segala-galanya.=(  pernah sekali saudari Yani (sahabatku di Tapah) berbincang mengenai perkara ni denganku..agak terkesan dengan perbincangan tersebut sebab kadang2 kita lupa siapa yang terbitkan rasa rindu itu pada kita. Allah! yes, Allah! 

ok back to the topic.hee..wahai sahabat yang jauh di mata,tapi sentiasaaaaaaaa dekat di hati. percayalah,perpisahan kali adalah satu ujian dari Allah buat kita. mungkin orang di luar sana memandang perkara seperti ini adalah biasa.yela, kawan nak sambung belajar je pun,bukan ny nak berperang dekat medan Palestin or Syria.buat apa nak sedih macam nak mati? eh? hmmm...


bagi diri ini, perpisahan kali ini memerlukan kepercayaan sepenuhnya.sebelum ni,kita texting,calling,chatting, 24 jam! haha..sekecik2 benda pn nak heboh..tp perkara sprti inilah yang memantapkan ukhwah kita.kan sahabat?? hee.. tp sekarang,semuanya agak susah.kalau dapat berhubung sekalipun, semuanya kerana KEBETULAN! oh sadis..huahuahua..itulah ujian,Allah ingin lihat sejauh mana kesabaran kita dalam bersahabat,kelak pasti Allah berikan balasan yang lebih baik..insyaAllah..=)


wahai si sahabat, ketahuilah bahwa namamu tak pernah lekang dari doaku setiap hari..pelihara imanmu di sana.diri ini sentiasa berdoa agar Allah bukakan rezeki untuk kita berjuang bersama2 semula seperti di zaman persekolahan! aaaa serunuk! hihi...


hei sahabat! rindu itu memang satu anugerah..=) i love u sahabat! uhibbuka fillah abadan abada..=D






sahabat tersayang si sahabat,
-noor erma juperi-


0 comments :

Post a Comment

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .