Monday, March 19, 2012

OSEMNYA BERSAHABAT KERANA ALLAH!! =D

ini kami.. <3

Assalamualaikum wbt. alhamdulillah, selawat dan salam kita hadiahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw. syukur ya Rabb,kerana diri ini masih diberi kesempatan untuk menulis entry kali ini tika diri masih punyai nikmat yang SYOK dan WOW iaitu IMAN dan ISLAM.. alhamdulillah...

oki,tajuk kita kali ini adalah tentang sahabat. sahabat?? apa kebende tu? hehe.. sahabat dunia akhirat? sahabat sejati? sahabat sehidup semati? sahabat merempit? sahabat makan keropok lekor? atau sahabat surau? hahaha. masing2 ada pendapat mereka tersendiri mengenai nilai persahabatan..

jom kita lihat pula bagaimana persahabtan itu bermula.

situasi 1:
-masuk kelas baru, tengah cari nak duduk dengan siapa. hmm datang la seorang hamba Allah yang baik hati lagi bijak dalam bidang ilmu mempelawa kita untuk duduk bersamanya. di situla persahabatan kerana Allah bermula!!


situasi 2:
- telah ditakdirkan Allah untuk kita tinggal sebilik dengannya semasa proses menuntut ilmu di sekolah.bertahun2 tinggal bersama,masing2 dh tau perangai rakan sebilik,dan akhirnya jadilah rakan sejati. di situlah bermulanya persahabatan kerana Allah!!  
cik rung, jom la study sekali..
situasi 3:
- pagi2, selalu ajak kawan pergi solat subuh berjemaah bersama2, then prgi breakfast sama2, then pergila nyanyi lagu Negaraku sama2. hehehe. then pergilah kelas sama2. belajar pun sama2. sampai MP3 pn nak sama,semua benda nak sama.last2 dapatlah hidayah sama2. hehehe..itulah persahabtan kerana Allah!=D

kalau diberi kesempatan untuk bagi situasi,terlalu panjang berjela2 kang.hehehe. cukuplah bberapa contoh yang diberikan ni ye.

so sekarang,pehe dok?? hahaha. sahabat yang soleh dan solehah sentiasa menyerikan kehidupan seharian kita. selain family, dialah yang sentiasa menjadi tulang belakang kita. dialah pemberi semangat, dialah pendengar terbaik, dialah pencetus kemarahan, dialah pengubat kemarahan dan dialah segalanya! haa indahnya persahabatan kerana Allah!!! subhanallah!!
haa satu lagi, ni pendapat sayala. bila ada sahabat yang sejati ni,(sama jantina ok??) kita rasa ada tempat untuk berkasih sayang..errr maksudny bermanja?? errr bermesra?? haha. ok lets see. kita berkasih syg,bermanja dan bermesra dengan sahabat semuanya niat kerana Allah. betul bukan? but then kalau kita brkasih syg,bermesra n bermnja dengan 'sahabat' yang bukan muhrim a.k.a boyfie kite, tak ke free2 Allah kasi dosa? yeh!! padan muka. hahaha. so, segalanya halal bila bersahabat. tetapi bukan nya atas dorongan hawa nafsu semata mata, ttpi kerana Allah..


Ayat Al Quran Berkenaan Persahabatan: Orang Zalim Yang Menggigit Jari"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)



Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)



sekian je la entry yang saya nk cakap mengenai persahabatan kerana Allah hari ni ye. moga kita mendapat sahabat yang sejati di dunia dan di akhirat. kalau dah jumpa, peluk dia erat2, jangan kasi lepas!! hahaha


yang bahagia kerana mempunyai seorang sahabat yang solehah,
-noor erma binti juperi-

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .