Friday, February 22, 2013

penuh KESEDERHANAAN!

assalamualaikum..alhamdulillah, sudah sekian lama tangan ni xmenaip di blog kesayangan. walaupun agak lama x melawat blog yang dah berhabuk dan bersawang ni, ana tetap bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Yang Maha Berkuasa, Maha Agung dan Maha Hebat dua nikmat yang xkan bisa dimiliki oleh orang yang bukan Islam iaitu nikmat IMAN dan ISLAM..alhamdulillah...=)

Cuti baru-baru ni, ana balik bercuti ke rumah seorang sahabat di Dungun, Terengganu. subhanallah satu pengalaman yang xkan ana lupa sampai bila-bila. suasana dan persekitarannya memberi banyak impak kepada diri ana yang kerdil macam lidi.huhu..ana masih ingat ketika sahabat ana ceritakan mengenai sepupunya yang kini menuntut ilmu di Syria. sepupunya belajar ke sana dengan wang keluarga sendiri dan bukannya ditanggung oleh mana-mana badan sosial atau kerajaan ( cth: MARA, JPA, etc ). jadi, expectation ana, sepupunya itu mesti dari keluarga yang berada dan senang.

masih segar di ingatan sewaktu majlis perkahwinan abang sahabat ana, sepupu dan ibu saudara si sahabat datang bertandang ke majlis tersebut. agak impress sebab sepupu dan mak dy berpurdah. menutup aurat dengan sempurna..subhanallah! dalam hati ana, "oh, ni la keluarga yang kaya tu.hantar anak pergi Syria guna duit sendiri. waa hebat!" sebelah petang pulak, sahabat ajak ana hantar ibu saudara dan sepupunya tadi balik ke rumah. yela, ana excited la nak tengok rumah diaorang. mesti GEMPAK! 

Rasulullah bersabda lebih kurang maksudnya, “Jika kamu hendak dikasihi Allah, maka hendaklah kamu zuhud dengan dunia”. 


ternyata sangkaan ana terhadap keluarga tersebut salah sama sekali. rumah yang ana sangkakan mewah, rupanya hanyalah rumah yang berdinding kayu, beratap zink dan tidak bercat. MashaAllah, ana salah! ana melangkah masuk ke dalam rumah, semuanya serba kekurangan. hanya perabot2 yang perlu sahaja ada di dalam rumah. langsung tiada TV, DVD PLAYER, atau mana2 hiburan di dalam rumah. ana salah sekali lagi! masuk ke bilik untuk menumpang solat, ana hanya lihat sebuah tilam terbentang di lantai tanpa katil. dan satu kipas untuk memberi keselesaan semasa tidur. sekali lagi ana salah! 

subhanallah. masyaAllah. betapa hebatnya keluarga itu Ya Allah. sangat bersederhana. sangat merendah diri. melebihkan kekayaan di akhirat berbanding kekeyaan di dunia. walaupun mereka sekeluarga hidup serba sederhana, namun ddidkan agama yang sempurna telah berjaya membimbing hati anak-anak mereka kepada Allah. kesemua anak-anak perempuannya berpurdah.ada yang berjaya ke Syria untuk menuntut ilmu Allah. anak-anak lelaki pula ada yang mencari wang lebih dengan menjahit sendiri sejadah. hebat mereka ya Allah!
walaupun hidup penuh kekurangan, namun Allah bantu mereka sehinggakan mereka mampu untuk menghantar salah seorang anak ke Syria. Syria juga turut merupakan bumi yang dirahmati Allah dan terdapat ramai ulama2 hebat di sana. ana xpernah henti kagum dengan pengajaran yang Allah tunjukkan kepada ana melalui kehidupan keluarga ini. hebat kuasa Mu Ya Allah!!




pengajarannya, jangan sekali kita bagi tanggapan yang hebat atau teruk berdasarkan luaran sahaja. kerana sesungguhnya kita tidak tahu sejauh mana letaknya zuhud di hati setiap insan. insyaAllah, moga kita semua mendapat manfaat. sama-sama kita berubah menjadi yang lebih baik! Allahuakbar!

ana nak masuk syurga,
-noor erma juperi-


























Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .