Wednesday, October 31, 2012

dia kata RINDU itu ANUGERAH..=)

bismillah..assalam wbt..alhamdulillah ya Rabb,masih diberi nikmat dan kekuatan untuk bernafas secara normal, berjalan dengan sempurna dan menaip dengan bahagia! =D dan yang PALING penting, masih diberi nikmat IMAN dan ISLAM  yang luar biasa hebatnya.=)

pejam celik pejam celik, dah sebulan lebih si sahabat tersayang mengembara ke United Kingdom, meninggalkan diri ini di bumi Malaysia.;( ok jangan sadis2! sebab si sahabat bilang rindu itu satu anugerah! hohoho...ia boleh menjadi anugerah kerana kita dapat merasakan nikmatnya saling merindui,mungkin agak menyakitkan namun semuanya ujian Allah terhadap hamba-hambaNya yang bersabar ( noor erma, 2012). hihihi..




tapi diri ini perlu sentiasa beringat, rindu terhadap si sahabat jangan sesekali melebihi rindu pada Allah dan RasulNya. yup! mulut cakap memang senang kak, tapi hati manusia ni lemah,kadang2 cinta dan rindu pada manusia seringkali melebihi segala-galanya.=(  pernah sekali saudari Yani (sahabatku di Tapah) berbincang mengenai perkara ni denganku..agak terkesan dengan perbincangan tersebut sebab kadang2 kita lupa siapa yang terbitkan rasa rindu itu pada kita. Allah! yes, Allah! 

ok back to the topic.hee..wahai sahabat yang jauh di mata,tapi sentiasaaaaaaaa dekat di hati. percayalah,perpisahan kali adalah satu ujian dari Allah buat kita. mungkin orang di luar sana memandang perkara seperti ini adalah biasa.yela, kawan nak sambung belajar je pun,bukan ny nak berperang dekat medan Palestin or Syria.buat apa nak sedih macam nak mati? eh? hmmm...


bagi diri ini, perpisahan kali ini memerlukan kepercayaan sepenuhnya.sebelum ni,kita texting,calling,chatting, 24 jam! haha..sekecik2 benda pn nak heboh..tp perkara sprti inilah yang memantapkan ukhwah kita.kan sahabat?? hee.. tp sekarang,semuanya agak susah.kalau dapat berhubung sekalipun, semuanya kerana KEBETULAN! oh sadis..huahuahua..itulah ujian,Allah ingin lihat sejauh mana kesabaran kita dalam bersahabat,kelak pasti Allah berikan balasan yang lebih baik..insyaAllah..=)


wahai si sahabat, ketahuilah bahwa namamu tak pernah lekang dari doaku setiap hari..pelihara imanmu di sana.diri ini sentiasa berdoa agar Allah bukakan rezeki untuk kita berjuang bersama2 semula seperti di zaman persekolahan! aaaa serunuk! hihi...


hei sahabat! rindu itu memang satu anugerah..=) i love u sahabat! uhibbuka fillah abadan abada..=D






sahabat tersayang si sahabat,
-noor erma juperi-


Sunday, October 21, 2012

i wanna be like him!!

Bismillah.....Assalam wbt..alhamdulillah! setelah sekian lama x update, akhirnya hari ini Allah beri kekuatan dan kerajinan kepada diriku untuk update n memuntahkan segala isi hati! =)


Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq maksudnya : “Konstantinopel (Instanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Hadis riwayat Imam Ahmad. 

.yes! acap kali ku dengar mengenai hadis ni..telinga sering mendengar perkataan Konstantinopel dan Muhammad al Fateh. yup, diri ini amat mengagumi kehebatan beliau kerana berjaya menakluk kota yang menjadi idaman semua orang ketika masih berumur 21 tahun! HEBAT! jujur, itu yang sebenarnya membuatkan aku kagum suatu masa dahulu apabila mendengar nama sultan yang hebat ini......tetapi,masih samar2, bagaimana beliau boleh menjadi sehebat ini? konstantinopel ni dkt mna? tahun bila penaklukannya? ok sumpah blur! =/


ALHAMDULILLAH! segalanya terjawab pada 6 oktober yang lepas. Allah aturkan satu seminar mengenai sultan yang hebat ni di Universiti Teknologi Petronas..Laila yang sampaikan berita mengenai seminar ni padaku,tp agak dilema sebab final exam hari isnin,seminar hari sabtu, dpt study satu hari je? nak cover all the chapters in a day? T_T

astaghfirullah, huhu..hebatnya syaitan memujukku untuk lebih memikirkan exam berbanding ilmu agama yang lebih penting untuk menunjukkan kehebatan Islam! erma! kau selalu pesan dekat orang lain, luangkan masa untuk Allah, nescaya Allah akan beri masa yang lebih banyak pada diri kau! SENTAP!

alhamdulillah, ak nekad untuk luangkan masa seharian untuk seminar yang ak sendiri xpasti akan tahap keboringannya nanti..tp erma pergi jugak? drive jauh2 pulak tu?aishh..Allah pilih diriku, asma, yani n laila untuk merantau jauh ke Tronoh semata-mata ingin mendengar kehebatan Sultan Mehmet ni..

Nak dipendekkan cerita, sepanjang seminar fikiranku, hatiku, telingaku dan seluruh anggota badanku sentiasa fokus dengan apa yang disampaikan oleh Ustaz Shaari di hadapan! MasyaAllah, hebatnya Al Fateh! semangatnya kuat! keinginannya keras! konstatinopel sentiasa di hatinya! 

KEINGINAN YANG KERAS! yes! itu sikap sultan ni yang membuatkan diri ini sangat bersemangat! ak ingin menjadi sepertinya,lakukan segala2nya untuk mencapai apa yang diingini. setiap langkah dan keputusan disandarkan kepada redha Allah! untuk berjaya, memang pelbagai kegagalan dan dugaan yang Allah beri. jika nak dibandingkan diri ini dengan semangat sultan tersebut, bagai planet pluto n marikh! ak terlalu mudah lemah jika ditimpa ujian Allah, terlalu cepat down, terlalu cepat underestimate diri sendiri! tp,semangat yang dtunjukkan oleh sultan ni membuatkan semangat ku membuak2! fuhhh...

ak akui, hari ini ak masih belum berpuas hati dengan diriku, tp ak tetap bersyukur kepada Allah! kerna ak percaya, Allah ingin ak lakukan sesuatu walaupun agak berliku jalannya! erma, ap sngatlah yang kau perlu lalui jika nak dibandingkan dengan Sultan Muhammad ni?! tp sikap dan semangatnya lah yang akan ku contohi untuk mengejar redha Allah.

solat 5 waktu nya tidak pernah ditinggalkan, solat sunat rawatibnya sentiasa dijaga, solat sunat tahajjud nya tidak pernah diabaikan! hubungannya dengan Allah sentiasa terpelihara..tp diri ini?? 

perbaiki diri! usah hiraukan keangkuhan dan kejayaan orang yang bongkak! contohi kejayaan orang yang berakhlak mulia, nescaya dirimu akan berjaya!



" jangan biarkan manusia mengagung2 kan dirimu yang telah berjaya menperoleh kejayaan padahal Allah masih murka terhadap dirimu. itu lebih hina berbanding orang yang sentiasa gagal dan dpandang rendah oleh manusia tetapi sentiasa diredhai Allah! "

insyaAllah, moga diri ini mampu untuk mencontohi semngat juang Sultan Muhammad al Fateh. jatuh hari ini, bukan bererti jatuh selama-lamanya.. wallahualam.


contohi Al fateh,
-noor erma juperi-

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .