Friday, May 16, 2014

Filled Under:

inspirasi Ahmad Ammar

bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah, allahumma solli a'la sayyidina muhammad!

Syukur syukur syukur! Allah masih memberi kekuatan untuk menulis dan menaip dalam keadaan iman dan islam.

pada hari pertama kematian Ahmad Ammar ini, hati telah tergerak untuk mengetahui setiap detik perjalanan hidup arwah..alhamdulillah, tersentap, tertampar dan tersepak rasa diri ini apabila membaca semangat jihad yang dibawa arwah..semenjak itu, hati ini sentiasa beringat bahawa jiwa dan raga ini hanyalah untuk Allah dan jalanNya..insyaAllah!

namun, apabila diri mula sibuk seperti semut di alam universiti, kisah arwah mula hilang dan aku lupakan..balik bilik, penat terbongkang! bangun pagi, andai sempat bertahajjud alhamdulillah..kalau tak, hmmm..fikirlah sendiri..segalanya perlukan kekuatan di sini! hari demi hari, semangat Ammar yg dulunya membara, mula hilang ditelan kesibukkan..pheww..

tiba2 suatu masa si sayang mengesyorkan untuk membaca buku Ahmad Ammar..pada mulanya diri menolak kerana bukunya agak tebal..tp entah mcm mana hati ini gatal jugak membeli di PWTC tempoh hari..nak dipendekkan cerita, hati ini hidup semula dengan semangat arwah..insyaAllah moga kekal hendaknya! al kisah, khatam sahaja buku tu, ibu dan ayah Ammar datang ke universiti kami untuk berkongsi cerita arwah..nampak caturan Allah di situ? :)

sepanjang perkongsian, sungguh aku kagumi akhlak dan jiwa kedua-dua ibu bapa arwah..membuatkn diri terfikir dan berazam untuk melakukan perkara yang sama kepada bakal zuriat nanti..hehe..:)

alhamdulillah juga, Allah beri kesempatan kepada diri untuk bersalam dengan ibu Ammar dan bergambar dengan beliau. walaupun pada mulanya sudah pasrah dan tawakkal kerna manusia begitu teruja mengerumuni Puan Azliana..namun rezeki Allah kpda diri, siap dpt request nak bergambar lagi.heheh..

semoga hati aku dan kalian sentiasa hidup dengan jihad Islam!! hati ini untuk Allah, badan ini untuk Allah, dan jiwa ini untuk Allah! insyaAllah! Allah yusahillakum! assalamualaikummm..

0 comments :

Post a Comment

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .