Sunday, April 13, 2014

Filled Under:

geleng-geleng kepala

bismillah..assalamualaikum kepada sahabat-sahabat seislamku dan yang bakal islam..:) allahumma solli 'ala sayyidina muhammad..subhanallah,alhamdulillah,lailahaillallah,Allahuakabar..syukur, kalian sudah berselawat serta berzikir memuji Allah dan Rasulullah saw..ahaa dapat pahala free!

geleng geleng kepala. geleng geleng kepala. geleng geleng kepala..tidak mampu rasanya untuk mengangguk kepala melihat keadaan yang berlaku pada agama Islam di tempat sendiri...masing-masing nak menjadi tok imam, tok mufti, tok ulama, tok janggut dan segala tok-tok..tok tok tokkkkk...uish pening!



kira-kira 2 bulan yang lalu, taman permainan kita digemparkan dengan isu kalimah ehem...Allahu..kalimah ehem..kalian faham? mohon faham..diri ini pelik,pening dan musykil melihat golongan yang terlampau marah dan bengang dengan isu ini..katanya, kalimah 'itu' hak mereka..jadi golongan yang lain ini tidak berhak untuk menggunakannya..aik???? Allahuakbar..mari kita belek tafsir Quran sebentar..tengok ayat ni..baca, hadam, ingat sampai Izrael datang menjemput!

 1. Firman Allah s.w.t dari Surah al-Ankabut,29:61 (teks asal ayat, sila rujuk al-Quran)
maksudnya; "Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?". Sudah tentu mereka akan menjawab; "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)?".


2. Firman Allah s.w.t dari Surah Luqman,31:25
maksudnya; "Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu; "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?". Sudah tentu mereka akan menjawab; " Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).


baik baik..saya sememangnya bukanlah seorang yang begitu hebat untuk mentafsirkan ayat ini..tapi bagi saya, secara peribadinya saya amat gummbiiraaa sekiranya nama Allah Yang Maha Hebat ini digunakan oleh mereka yang bukan muslim..masalah? my answer is no..sekurang2nya, mereka yang bukan Islam ini turut didedahkan dengan nama Allah..mereka tidak menghina.mereka tidak memperlekehkan. tidak sama sekali..bahkan mereka menganggap Allah Taala ini adalah pencipta! haa ni la masalah manusia yang tidak mahu mengkaji dan meyelidik terlebih dahulu..issh2..'my shoes lost!'

lagi satu, di sarawak khususnya, terdapat banyak gereja and setiap gereja menggunakan bahasa yang berlainan ketika mereka beribadat..contoh, gereja orang iban akan menggunakan kalimah Allah Taala yang bermaksud pencipta bagi mereka..dan jika gereja tersebut menggunakan medium bahasa Inggeris, maka perkataan 'God" lah yang akan digunakan..mereka yang tidak berpuas hati ini seharusnya letakkan diri kalian di tempat saya atau kami yang hidup dengan yang bukan muslim..kami faham agama mereka bagaimana..kepercyaan mereka bagaimana..kalian risau anak2 akan menjadi keliru sekiranya kalimah Allah ini diguna oleh pihak lain? Allah..kami di sini hampir setiap hari terdedah dengan lagu2 sembahyang mereka.tiap hari dengar mereka dok sebut 'in the name of father blablabla'..itu tanggungjawab ibu bapa itu sendiri dalam mendidik..andai iman kukuh, akidah takkan goyang..insyaAllah,,:)

hangpa dok bising2 depan mahkamah..loklak sana sini sebab isu ni.tapi bila mat jenin dan mat tikar terbang datang bersama buah kelapa di airport, hangpa semua senyap! ohhh pengsan.........
isu ni sungguh maha memalukan..satu dunia mentertawakan taman permainan kita..ok to be specific, mentertawakan negara kita..Allahu..malu dehh..mana pihak berkuasa? mana mufti? mana? mana????? sekali lagi nak pengsan.

tepuk dada, tanya iman..itu masalah umat sekarang..sibuk mencanang sana sini, tetapi perkara yang sudah jelas merosakkan akidah orang islam sendiri dipandang sebelah mata..sedihla macam ni sayang oii...semoga Allah sentiasa pelihara diri ini dan kalian..moga Allah bimbing hati kita..moga kita sendiri sentiasa usaha untuk capai mardhotillah..insyaAllah..prayforMh370,prayforummah,prayforeveryone..wassalamualaikum..peace! :) 

0 comments :

Post a Comment

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .