Thursday, March 27, 2014

Filled Under:

aku yang minta diuji

bismillah..assalamualaikum warga bumi..alhamdulillah, Jumaat penuh barakah. penghulu segala hari, hari yang mulia bagi umat Islam..syukran Ya Allah..:)

kiranya sudah hampir sebulan diri ini berjuang di bumi Shah Alam untuk meneruskan jihad menuntut ilmu..sekali lagi membawa diri jauh dari keluarga dan tanah Sarawak tercinta. tempoh sebulan banyak mentarbiyah diri dengan kekuasaan Allah..andai diri rapuh, pasti sudah lama tenggelam!
PENAT. itu yang dirasai setiap hari di kampus ini..penat sehingga mengalahkan perdana menteri.haha..

dan dalam masa yang sama,Malaysia sedang diuji hebat oleh Allah..bermula dengan isu air, seterusnya jerebu, disusuli kehilangan pesawat MH370, seterusnya? Allahu..hebatnya kuasa Allah! sementara di Mesir, saudara Islamku dibunuh sesuka hati! namun itu berita gembira bagi mereka kerna mereka tidak sabar untuk bertemu Allah! subhanallah terpancar senyuman kegembiraan di wajah mereka saat hukuman ingin dijatuhkan! mampukah aku menamatkan usia sebegitu rupa?? dengan amalan yang sekecil semut. ilmu cetek, belum ditambah dengan leka dan lalai! Allahu...



hati tersentap saat menonton sebuah video ceramah seorang ustaz..katanya, pihak saintis telah membuat satu kajian dan mendapati pada tahun 2015, matahari akan terbit dari arah barat..bagi saintis barat, kejadian ini merupakan satu fenomena..namun bagi umat Islam?? ia suatu yang sangat besar!! sudah bersediakah kita? :(
video tersebut berjaya membuatkan hati luluh, lantas memohon agar diri ini lebih diuji olehNya agar iman mampu disental dan diberus lebih kuat! seperti firmanNya dalam surah al-ankabut, ayat 2,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? "
ternyata
ternyata Allah Maha Mendengar dan bertalu-talu ujian yang menimpa diri..Allahu..hebatnya Allah..di situ iman teruji..semoga aku,kau dan kalian mampu kembali sepenuhnya kepada Allah..bersihkan hati, gandakan taubat kita! ayuh! wallahualam..

0 comments :

Post a Comment

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .