Monday, October 14, 2013

Filled Under:

indahnya pertemuan, sakitnya perpisahan..

assalamualaikum..subhanallah,alhamdulillah,Allahuakbar! syukur Ya Allah, kerana kini aku masih setia bersamaMu dalam iman tatkala mereka di luar sana semakin jauh dari rahmatmu..astaghfirullah..

setelah berhempas pulas selama 2 tahun setengah, alhamdulillah kini aku berjaya menamatkan diploma Sains Aktuari dengan jayanya *poyo..hekhek..dan mudahan perjuangan dalam menuntut ilmu itu Allah kira sebagai satu ibadah sebelum aku meneruskan ibadah mengejar ilmuNya pada peringkat yang lebih tinggi..amin insyaAllah..^_^


aku masih ingat saat pertama kali kaki ini melangkah ke Uitm Tapah..masih ku ingat wajah Atin dan Wasi yang sedang bertungkus lumus mengemas barang dalam bilik..masih jelas dalam ingatan sewaktu MDS, cik Asma dan Ieka berkunjung ke bilik sebab nak pinjam iron..tidak lupa, cik Intan yang kecil molek duduk di hadapan ku di dalam bas ketika hendak ke SI...Hafa, aku jumpa di Pusat Islam sewaktu hendak mengambil wudhuk.. Nad, pertama kali ku jumpa di auditorium kerana dia sangat murah dengan senyumannya yang tak saling tumpah macam arnab..haha..*jahat..Syira, aku nampak dari jauh kerana dia sering berkepit dengan Nad and Hafa..M, aku kenali secara tak sengaja ketika sedang lepak di dalam Pusat Islam..Pipah, satu semester aku ushar dari jauh sahaja kerana wajahnya iras wajah sahabat lamaku..boleh tersenyum sendiri kerana kesemua mereka langsung tidak ku tegur mahupun sapa kerana saat itu, kesemua mereka aku pandang sebelah mata sahaja. bagiku mereka hanyalah orang baru yang langsung tidak aku kenali..Allah, tak ku sangka mereka ini semua akan menyebabkan hati ini terpaut dan jatuh cinta!! *fuh ayat..


indahnya pertemuan..subhanallah hebatnya ukhwah! hari-hari tanpa mereka terasa tidak sempurna..rindu untuk bergurau, bergaduh, bergelak ketawa, bermanja, berpelukan, dan segala BERRRRRR! huhuhu Allahu sampaikan kasih dan rinduku kepada mereka yang mengasihiku keranaMU..=,( aku berharap, Allah panjangkan jodoh kami sehingga ke syurga Illahi..kerana persahabatan itu sangat indah apabila disulami dengan Cinta dan Kasih Sayang..=)


sahabat itu saling menguatkan..sekali dah peluk, jangan lepaskan!

2 comments :

  1. erma, perpisahan mmg mnyakitkan :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..sangat mnyakitkn smpai nak guling2 atas jalan raya. :(

      Delete

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .