Wednesday, October 30, 2013

Filled Under:

Dia budak sekolah agama..aku???

Bismillah..assalamualaikum kepada saudara seislamku dan salam sejahtera kepada saudaraku yang bakal memeluk Islam..alhamdulilllah, setelah sekian lama mencari ilham dan idea serta berkongsi pendapat dengan sahabat2, akhirnya saat ini Allah kuatkan jari-jemari untuk menari di atas keyboard dan memuntahkan segala isi hati..acewahh!

aku memang bukan budak sekolah agama..yup, memang bukan..aku hanya budak sekolah berasrama penuh yang sentiasa terdedah dengan pelbagai adegan dan aksi dunia yang agak..hmm boleh dikatakan agak melaghakan minda dan hati..( kalau tak reti control diri ). baik, sebelum diri melangkah jauh, di sini ingin ku kongsikan beberapa pendapat daripda sahabat mengenai perkara ni.

"study:dari zaman tadika, sek sampai la ke uni, if you not willing to learn, no body can help you. conth: yani pernh sek agama form 1 sampai form 3 and sek biasa form 4 sampai form 5. dua2 sek ada pelajar conth. skrang ni dua2 pelajar conth ni study oversea. sorang uk (banking), sorang mesir (medic). my point is both have different school background but it did not stop them reaching what they want. kalu pon dyorg dh masuk uni tp still have the drive to do well, then can do it. sek, uni, cuma step2 yg kita ambil untk further study. as long as you have the motivation; places, ages does matter anymore.

social:kalu bdk sek agama dh msuk uni, there will be two scenario. first, they will still practice and apply what their learn in school at university. still jga pergaulan.second, university culture will 'break' them. what i mean when i said uni will break them is they get shock, lost, and start doing something that Allah forbid. not drastic change but slowly towards kemurkaan Allah. kalu bdk sek biasa dh masuk uni pon ada two scenario. first, they remain the same in social aspect. second, they change whether it good change or bad change it up to them. sek xmemainkn peranan sgt bila dh masuk uni. ok, maybe a little bit. hehe. tp kwn yg penting."  

-(cik Alyani, 2013) haa gitu..hee






ohh yeah! itu pendapat sahabat..bagi diri ini pula, actually secara nyatanya ada advantages yang sangat besar kepada budak sekolah agama ni..mungkin mereka tak nampak atau buat2 tak nampak, tapi bagi diri ini mereka sangat beruntung! sebab sudah semestinya dari mereka form 1 sampai form 5, aktiviti harian akan mendedahkan mereka kepada suasana islam. pada usia yang muda sudah punya ilmu yang hebat tentang islam. terdedah dengan bahasa-bahasa agama dan bahasa syurga. terdedah dengan cara pemakaian yang sempurna dalam islam. kamu semua ada kelebihan di situ berbanding kami..percayalah! subhanallah sungguh aku cemburu sebenarnya pada kalian..ok mungkin mereka yang pernah bersekolah agama akan kata, 'alaa..kau tak rasa apa kitaorg rasa..ceh,macamlah semua ktorg baik..lebih kurang je kita weh.' pedulikan segala tomahan, tapi percayalah, dirimu sungguh beruntung sayang. anda ada apa yang kami tiada! fuh..

sahabatku, cabaran di universiti sangat dasyat..maha bebas, maha mencabar, dan maha sosial! jangan kejutkan beruk2 di hutan ( baca: terkejut beruk ) apabila dirimu melangkah ke alam ini. kekalkan imej mu sebagai bekas pelajar sekolah agama..kerana percayalah, apabila imej itu tercalar dek kelakuanmu yang kurang menyenangkan, diri ini selaku manusia Allah yang hina akan mudah meletakkan persepsi negatif kepada sekolah agama.. ok contoh : " eh,budak sekolah agama pun macam ni? budak sekolah agama kot." haa ok nampak??

Daripada Mu'awiyah r.a.,katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan." 

(Muttafaq 'alaih) 


baik, entry kali ini bukan bertujuaan nak mengSTRESSkan anda2 lepasan sekolah agama..hee maaf yaa..walaubagaimanapun, tidak kisahlah engkau dari sekolah atau madrasah mana..yang penting,jaga iman dan jaga hati walau di mana kita berada..kerana hatimu, Allah yang pegang..hidayah itu milik Dia. Dia bisa membuka jalan kepda sesiapa sahaja..sesiapa sahaja mampu untuk berubah..kerana syurga itu milik kita semua..kita rebut bersama keindahan syurga..moga bertemu kalian di sana..amin insyaAllah..wassalam..=)

0 comments :

Post a Comment

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .