Wednesday, October 16, 2013

Filled Under:

mencari Mr and Mrs Perfect ;)

Assalamualaikum buat saudara muslimku dan salam sejahtera buat yang bakal menjadi muslim..:) sudah beberapa hari bercuti, moga iman di hati tetap kental melawan nafsu syaitan dan nafsu dunia!

hati terdetik untuk mengupas isu ini kerana diri ini sering diasak dengan soalan2 yang berkaitan dengan hati dan perasaan oleh sahabat2 yang ku kasihi dan rindui nun jauh di sana. :) cinta, perasaan, hati. elemen-elemen yang amat sinonim dengan jiwa pemuda yang sentiasa impikan mahligai cinta yang indah dan keluarga yang sakinah..amboi! (ayat kemain..=P) and of course, ini topik yang paling hangat dan disukai oleh sahabat2 serta adik2 setiap kali tazkirah..

baik, bagi pendapat diri ku yang kerdil, semestinya sebelum nak berangan lebih2 untuk memiliki seseorang yang soleh/solehah, cinta dan rindu pada Allah dan Rasulullah perlu kita utamakan dan semai di dalam hati masing2. tak salah nak day dreaming and thinking of having a prince charming by ur side. yes, tak salah! tapi akan jadi salah apabila semua itu menyebabkan diri kita jauh daripada Allah! itu salah!! kalau nak tengok macam mana bakal zauj/zaujah ( husband/wife ) kita, lihat pada diri sendiri terlebih dahulu..a good man is for a good woman, and of course, a good woman is for a good man..walaweh!

Lihat kembali bagaimana kita mengawal ikhtilat kita dalam kehidupan seharian..SMS, CALL, WeChat. Whassap. Line, blablabla...adakah inbox kita dipenuhi dengan nama2 kaum Adam? yang mesejnya penuh dengan kata2 manis? mesej yang berunsur perkara2 lagha? mesej yang boleh mengusik hati kecil kaum hawa? ok check balik, check balik..adakah berbual kosong dengan kaum Adam itu sudah menjadi kebiasaan bagi dirimu sayang2 ku sekalian? jika iya, buka mata buka hati. Allah sedang melihat, jangan sampai Dia murka pada kelakuanmu juga kelakuan aku. astaghfirullah!

sebenarnya, pemuda sekarang memandang remeh perkara2 seperti ini..bermesej itu perkara normal bagi kita semua..as long as tak pegang2 dan yang sama waktu dengannya, then its ok..( hentak kepala ke dinding ) oh tak pegang2 ye dik? tapi dia dah berjaya pegang hati kamu. apabila si dia dah berjaya pegang, encik syaitan dan kuli2 nya pun akan mula menyibuk nak pegang sekali..

oh yea memang seghonok waktu bercinta cintun ni kan..rasa macam terbang di langit yang tinggi sampai tak ingat dunia ni nak kiamat..air kosong seluas lautan sanggup ku minum, tasik hijau di Tapah sanggup ku renangi, eh eh eh..macam2 pengorbanan sanggup kita lakukan! *terharu, ada baldi? :p

sahabat2 ku, semua makhluk di muka bumi ini inginkan pasangan yang sempurna..sempurna ilmu, agama dan akhlaknya..jangan terpedaya dengan keindahan dunia. manfaatkan zaman mudamu sebaik mungkin..elakkan sebarang perkara yang mampu menimbulkan FITNAH dan ZINA! pelihara hati. pelihara hati. pelihara hati. jangan terlalu risau siapa jodohmu..perbaiki diri mu, kerana si dia juga tengah bertungkus lumus memperbaiki diri untuk mengejar syurga illahi bersama-sama mu..insyaAllah..

peace no war! assalamualaikum..;)


barakallah..:)

0 comments :

Post a Comment

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .