Thursday, October 17, 2013

Filled Under:

hentak kepala ke dinding!

Assalamualaikum kepada seluruh umat Islam dan salam sayang kepada yang bakal menjadi umat Islam..:) pening sepeningnya dengan masalah manusia zaman sekarang..sekarang isu kalimah Allah pulak? haa sudah..



Dr Maza ada mengupas isu ini dan diriku yang cetek ilmu mengenai isu sebegini menjadi amat tertarik dengan apa yang terjadi. Beliau mengatakan bahawa penggunaan nama Allah dalam agama Kristian telah lama digunakan sebelum zaman Nabi Muhammad saw lagi...malah Baginda sendiri tidak pernah menghalang penggunaan nama kalimah Allah dalam agama Kristian..

manakala mengikut pengalamanku sendiri, selama 20 tahun bergaul dengan kawan2 yang beragama kristian, isu sebegini tidak pernah timbul dalam kalangan kami walaupun aku tahu dalam kitab mereka memang ada tertulis nama Allah. bahkan bibir mereka sering mengucapkan kalimah 'alhamdulillah' 'astaghfirullah' 'Allahuakbar'..its not a big deal for me..sebab mereka sedang memuji Allah sebenarnya tanpa mereka sendiri sedari. dan kita tidak tahu, mungkin puan Hidayah boleh datang menerpa mereka dengan izin Allah..kan???

masalahnya sekarang orang yang sibuk membesarkan isu begini hanya bercakap tanpa mengkaji dengan lebih mendalam..haa nampak? kan dah bergaduh?? sampai ke tahap Sabah Sarawak nak keluar dari Malaysia? oh ok,,tak nak komen part tu..

anyway, kita yakin pada pegangan kita..kita pegang akidah kita..kita kuatkan iman kita,,nescaya isu sebegini takkan muncul..Allah tetap di hatiku..aku yakin Allah itu satu..Allah yang Maha Esa,Maha Kaya, Maha Perkasa...subhanallah!

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi perintahKu; dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran”
-Al Baqarah, 186-



0 comments :

Post a Comment

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .