Sunday, April 7, 2013

ISLAM TAK AJAR MENYUSAHKAN ORANG! =)


Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum wbt...=)

Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah! diri ini masih bernafas dalam nikmat yang luar biasa hebatnya dan hanya bisa dimiliki oleh seorang yang bergelar muslim, iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.. Subhanallah!

"ISLAM TAK AJARLAH MENYUSAHKAN ORANG!" Yes, memang Islam xpernah ajar kita untuk menyusahkan orang kan? =) sebab Islam tu mudah, indah, cantik, hensem, cun, dan Islam adalah segala2nya..oh, ana teringat dengan satu trademark usrah suatu masa dahulu, "Islam is the way of life yo!" :) Nampak tak betapa hebatnya Islam di situ? hebat2..OSEM CANGAT!



tapi........ramai manusia dan makhluk2 bumi pada masa sekarang yang menyalahkan Islam dek kerana kelakuan rakus umat Islam. chop! kalau nak nilai Islam, jgn nilai pada orangnya,tapi nilailah pada agama itu sendiri. kalau nak sangat lihat betapa indahnya Islam itu pada penganutnya,kita lihat sahaja pada Nabi Muhammad saw. He`s the great great great and awesome idol of Islam! Baginda manusia yang syumul..Baginda manusia yang mulia..indahnya perlakuan Baginda sehingga keindahan bulan purnama pun tak mampu nak menandinginya..

jadi.....sebagai seorang Muslim yang ingin menjaga nama Islam,kita seharusnya memelihara diri kita dengan manusia dan Allah..andai manusia lain melakukan kesilapan, janganlah ditengking sesuka hati sehingga melabelnya dengan perkataan2 yang tak sedap telinga ni mendengar..andai si pesalah bertudung labuh, berpurdah, berpakaian longgar, hah senang cerita mengikut syariat Islam, janganlah disalahkan Islam kerana si pesalah melakukan kesalahan. tegurlah kesalahan si pesalah disebabkan kelakuan dan kesalahannya sahaja. jangan dibangkitkan isu " KALAU MENYUSAHKAN ORANG, BAIK XPAYAH NAK PAKAI MENGIKUT SYARIAT BEGINI! EYYY ISLAM PUN TAK AJARLAH PAKAI MACAM NI..KONON PAKAI IKUT SYARIAT ISLAM!"  oppsssss sentap!! =/  jangalah marah2..=(


الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ



"Yaitu orang2 yang menginfakkan hartanya ketika lapang dan sempit dan menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (QS. Ali ‘Imraan, 3:134)

wahai makhluk bumi, jangan sesekali kita letakkan Islam atas kelemahan Muslim itu sendiri. KAMI TAK SEMPURNA! tp kami ingin jadi sempurna..=) kita sama2 muhasabah diri balik, lihat balik diri kita. diri ana dan diri antum semua..semuanya ingin menjadi penghuni syurga..SYURGA ITU MAHAL. jadi kita kena banyaklah bersabar menghadapi masalah-masalah dunia ni..huhuhu..

lagi indah dan meriah hidup ini andai kita saling memaafkan kesilapan manusia lain. hebat mana pun manusia itu, namun dia takkan pernah lari dari kesilapan dan kesalahan. Firman Allah:

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)


ana muslim,
-noor erma juperi-

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .