< 1 >
Read!
In the Name of ALLAH, Who has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).
< 2 >
Al-Islami
In the Name of ALLAH, Who has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).
< 3 >
Al-Islami
In the Name of ALLAH, Who has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).
< 4 >
Al-Islami
In the Name of ALLAH, Who has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).

Monday, October 27, 2014

Khas buatmu yang bernama Ummi Zulaikha Khairunnisa Zainulabidin

Bismillah..alhamdulillah..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..syukur masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah..

coretan kali ini? sungguh khas buat insan ini..entah apa yang mendorong hati untuk membuat nukilan untuk insan ini..ok mungkin sebab malam dah terlalu panjang and saya tak tau nak buat apa.haha

assalamualaikum cik Ummi ku, :)

pernah terfikir kenapa Allah hantar aku kepada kau and kau kepada aku?*haha nak muntah.

ok ummi..kita berkawan kerana Allah..ingat Allah dalam setiap nikmat yang kita dapat sepanjang bersahabat..sungguh, jujur, hati selalu terguris dgn tingkah laku kau, tapi itu semua nikmat dari Allah. siapa aku untuk berkecil hati?? take it easy man! ckp nak masuk syurga sama2? :)

kadang2 hati risau andai kebahagian dalam bersahabat ini bisa membuat aku lalai dan leka dari Allah..ummi tolong ingatkan aku..tegur aku.hentam aku.ketuk aku.hentak aku sampai aku sedar!
orang kata kasih sayang itu perkara yang subjektif..sukar untuk diluahkan. namun kau tahu aku bagaimana, kasih sayang itu akan aku zahirkan seboleh yang mungkin walaupun kau stone! hahaha..

ummi, sepanjang kita bersahabat, kau banyak berhabisan wang ringgit untuk aku yang miskin. *nangis. aku mohon halalkan yang terlebih dan terkurang..sungguh! amalan setiap anak Adam akan tergantung di langit apabila dia mati sehingga hutang tersebut dilangsaikan..

ummi, aku sokong setiap keputusan kau..i support everything u do!just remember Allah in every step..banyakkan amal soleh, amal sunat, sedekah, jaga mak, jaga diri. study smart and study hard darling! semoga Allah pertemukan pasangan hidup yang soleh untuk kau..insyaAllah! aku mok jadi pengepit!

ingat and kenang daku dalam doamu..jangan gatal. jangan ngegeh..i love u to the max! hoho..pesanan: mohon jangan stone and feelingless please??ok bye love u muah2! :)

Tuesday, May 27, 2014

Detik Bahagia

Bismillah..assalamualaikum kepada seluruh warga bumi! ( excited ) salam dan selawat atas junjungan besar, Rasulullah saw..allahumma solli a'la muhammad!

bahagia bahagia bahagia! :) anugerah dan nikmat yang Allah pinjamkan buat seketika kepada diri beberapa hari yang lepas. terima kasih kepada yang Maha Membahagiakan...terima kasih Allah :) dan terima kasih yang membahagiakan hati ini..semakin bahagia, semakin sayang! semoga Allah memelihara diri dia yang membahagiakan :) (ayat belit2)

semoga kewangian ros sentiasa mekar dalam hati  :)

mode* terlebih bahagia

Friday, May 16, 2014

inspirasi Ahmad Ammar

bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah, allahumma solli a'la sayyidina muhammad!

Syukur syukur syukur! Allah masih memberi kekuatan untuk menulis dan menaip dalam keadaan iman dan islam.

pada hari pertama kematian Ahmad Ammar ini, hati telah tergerak untuk mengetahui setiap detik perjalanan hidup arwah..alhamdulillah, tersentap, tertampar dan tersepak rasa diri ini apabila membaca semangat jihad yang dibawa arwah..semenjak itu, hati ini sentiasa beringat bahawa jiwa dan raga ini hanyalah untuk Allah dan jalanNya..insyaAllah!

namun, apabila diri mula sibuk seperti semut di alam universiti, kisah arwah mula hilang dan aku lupakan..balik bilik, penat terbongkang! bangun pagi, andai sempat bertahajjud alhamdulillah..kalau tak, hmmm..fikirlah sendiri..segalanya perlukan kekuatan di sini! hari demi hari, semangat Ammar yg dulunya membara, mula hilang ditelan kesibukkan..pheww..

tiba2 suatu masa si sayang mengesyorkan untuk membaca buku Ahmad Ammar..pada mulanya diri menolak kerana bukunya agak tebal..tp entah mcm mana hati ini gatal jugak membeli di PWTC tempoh hari..nak dipendekkan cerita, hati ini hidup semula dengan semangat arwah..insyaAllah moga kekal hendaknya! al kisah, khatam sahaja buku tu, ibu dan ayah Ammar datang ke universiti kami untuk berkongsi cerita arwah..nampak caturan Allah di situ? :)

sepanjang perkongsian, sungguh aku kagumi akhlak dan jiwa kedua-dua ibu bapa arwah..membuatkn diri terfikir dan berazam untuk melakukan perkara yang sama kepada bakal zuriat nanti..hehe..:)

alhamdulillah juga, Allah beri kesempatan kepada diri untuk bersalam dengan ibu Ammar dan bergambar dengan beliau. walaupun pada mulanya sudah pasrah dan tawakkal kerna manusia begitu teruja mengerumuni Puan Azliana..namun rezeki Allah kpda diri, siap dpt request nak bergambar lagi.heheh..

semoga hati aku dan kalian sentiasa hidup dengan jihad Islam!! hati ini untuk Allah, badan ini untuk Allah, dan jiwa ini untuk Allah! insyaAllah! Allah yusahillakum! assalamualaikummm..

Friday, April 18, 2014

beratnya Ya Allah!

beratnya untuk melafazkan padamu..namun aku masih lemah,tidak cukup kuat untuk lakukannya..tidak sanggup merasai ketiadaanmu di sisi..maafkan aku sahabat..maafkan aku...sungguh,maafkan aku..erma selfish.teruk!

Thursday, April 17, 2014

for you..

Another day without your smile
Another day just passes by
But now I know how much it means
For you to stay right here with me
The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurt so bad, I can't take it any longer
I wanna grow old with you
I wanna die lyin' in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be lookin' in your eyes
I wanna be there for you
Sharin' in everything you do
I wanna grow old with you
A thousand miles between us now
It causes me to wonder how
Our love tonight
(Our love tonight)
Remains so strong
(Remains so strong)
It makes our risk right all along
(It makes our risk)
The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurt so bad, I can't take it any longer
I wanna grow old with you
I wanna die lyin' in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be lookin' in your eyes
I wanna be there for you
Sharin' in everything you do
I wanna grow old with you
Things can come and go, I know
(Things can come and go)
But baby I believe
Something's burnin' strong between us
It makes it clear to me
I wanna grow old with you
I wanna die lyin' in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be lookin' in your eyes
I wanna be there for you
Sharin' in everything you do
I wanna grow old with you
I wanna die lyin' in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be lookin' in your eyes
I wanna be there for you
Sharin' in everything you do
I wanna grow old with you




well basically, and to be honest i just copy and paste the lyric above..hee im not that puitis to write any such loving and sweet quote..anyway, this is for u..yes u..that someone special in my heart..:)

Sunday, April 13, 2014

geleng-geleng kepala

bismillah..assalamualaikum kepada sahabat-sahabat seislamku dan yang bakal islam..:) allahumma solli 'ala sayyidina muhammad..subhanallah,alhamdulillah,lailahaillallah,Allahuakabar..syukur, kalian sudah berselawat serta berzikir memuji Allah dan Rasulullah saw..ahaa dapat pahala free!

geleng geleng kepala. geleng geleng kepala. geleng geleng kepala..tidak mampu rasanya untuk mengangguk kepala melihat keadaan yang berlaku pada agama Islam di tempat sendiri...masing-masing nak menjadi tok imam, tok mufti, tok ulama, tok janggut dan segala tok-tok..tok tok tokkkkk...uish pening!



kira-kira 2 bulan yang lalu, taman permainan kita digemparkan dengan isu kalimah ehem...Allahu..kalimah ehem..kalian faham? mohon faham..diri ini pelik,pening dan musykil melihat golongan yang terlampau marah dan bengang dengan isu ini..katanya, kalimah 'itu' hak mereka..jadi golongan yang lain ini tidak berhak untuk menggunakannya..aik???? Allahuakbar..mari kita belek tafsir Quran sebentar..tengok ayat ni..baca, hadam, ingat sampai Izrael datang menjemput!

 1. Firman Allah s.w.t dari Surah al-Ankabut,29:61 (teks asal ayat, sila rujuk al-Quran)
maksudnya; "Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?". Sudah tentu mereka akan menjawab; "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)?".


2. Firman Allah s.w.t dari Surah Luqman,31:25
maksudnya; "Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu; "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?". Sudah tentu mereka akan menjawab; " Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).


baik baik..saya sememangnya bukanlah seorang yang begitu hebat untuk mentafsirkan ayat ini..tapi bagi saya, secara peribadinya saya amat gummbiiraaa sekiranya nama Allah Yang Maha Hebat ini digunakan oleh mereka yang bukan muslim..masalah? my answer is no..sekurang2nya, mereka yang bukan Islam ini turut didedahkan dengan nama Allah..mereka tidak menghina.mereka tidak memperlekehkan. tidak sama sekali..bahkan mereka menganggap Allah Taala ini adalah pencipta! haa ni la masalah manusia yang tidak mahu mengkaji dan meyelidik terlebih dahulu..issh2..'my shoes lost!'

lagi satu, di sarawak khususnya, terdapat banyak gereja and setiap gereja menggunakan bahasa yang berlainan ketika mereka beribadat..contoh, gereja orang iban akan menggunakan kalimah Allah Taala yang bermaksud pencipta bagi mereka..dan jika gereja tersebut menggunakan medium bahasa Inggeris, maka perkataan 'God" lah yang akan digunakan..mereka yang tidak berpuas hati ini seharusnya letakkan diri kalian di tempat saya atau kami yang hidup dengan yang bukan muslim..kami faham agama mereka bagaimana..kepercyaan mereka bagaimana..kalian risau anak2 akan menjadi keliru sekiranya kalimah Allah ini diguna oleh pihak lain? Allah..kami di sini hampir setiap hari terdedah dengan lagu2 sembahyang mereka.tiap hari dengar mereka dok sebut 'in the name of father blablabla'..itu tanggungjawab ibu bapa itu sendiri dalam mendidik..andai iman kukuh, akidah takkan goyang..insyaAllah,,:)

hangpa dok bising2 depan mahkamah..loklak sana sini sebab isu ni.tapi bila mat jenin dan mat tikar terbang datang bersama buah kelapa di airport, hangpa semua senyap! ohhh pengsan.........
isu ni sungguh maha memalukan..satu dunia mentertawakan taman permainan kita..ok to be specific, mentertawakan negara kita..Allahu..malu dehh..mana pihak berkuasa? mana mufti? mana? mana????? sekali lagi nak pengsan.

tepuk dada, tanya iman..itu masalah umat sekarang..sibuk mencanang sana sini, tetapi perkara yang sudah jelas merosakkan akidah orang islam sendiri dipandang sebelah mata..sedihla macam ni sayang oii...semoga Allah sentiasa pelihara diri ini dan kalian..moga Allah bimbing hati kita..moga kita sendiri sentiasa usaha untuk capai mardhotillah..insyaAllah..prayforMh370,prayforummah,prayforeveryone..wassalamualaikum..peace! :) 

Thursday, March 27, 2014

aku yang minta diuji

bismillah..assalamualaikum warga bumi..alhamdulillah, Jumaat penuh barakah. penghulu segala hari, hari yang mulia bagi umat Islam..syukran Ya Allah..:)

kiranya sudah hampir sebulan diri ini berjuang di bumi Shah Alam untuk meneruskan jihad menuntut ilmu..sekali lagi membawa diri jauh dari keluarga dan tanah Sarawak tercinta. tempoh sebulan banyak mentarbiyah diri dengan kekuasaan Allah..andai diri rapuh, pasti sudah lama tenggelam!
PENAT. itu yang dirasai setiap hari di kampus ini..penat sehingga mengalahkan perdana menteri.haha..

dan dalam masa yang sama,Malaysia sedang diuji hebat oleh Allah..bermula dengan isu air, seterusnya jerebu, disusuli kehilangan pesawat MH370, seterusnya? Allahu..hebatnya kuasa Allah! sementara di Mesir, saudara Islamku dibunuh sesuka hati! namun itu berita gembira bagi mereka kerna mereka tidak sabar untuk bertemu Allah! subhanallah terpancar senyuman kegembiraan di wajah mereka saat hukuman ingin dijatuhkan! mampukah aku menamatkan usia sebegitu rupa?? dengan amalan yang sekecil semut. ilmu cetek, belum ditambah dengan leka dan lalai! Allahu...



hati tersentap saat menonton sebuah video ceramah seorang ustaz..katanya, pihak saintis telah membuat satu kajian dan mendapati pada tahun 2015, matahari akan terbit dari arah barat..bagi saintis barat, kejadian ini merupakan satu fenomena..namun bagi umat Islam?? ia suatu yang sangat besar!! sudah bersediakah kita? :(
video tersebut berjaya membuatkan hati luluh, lantas memohon agar diri ini lebih diuji olehNya agar iman mampu disental dan diberus lebih kuat! seperti firmanNya dalam surah al-ankabut, ayat 2,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? "
ternyata
ternyata Allah Maha Mendengar dan bertalu-talu ujian yang menimpa diri..Allahu..hebatnya Allah..di situ iman teruji..semoga aku,kau dan kalian mampu kembali sepenuhnya kepada Allah..bersihkan hati, gandakan taubat kita! ayuh! wallahualam..

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .