Assalamualaikum sahabatku semua..alhamdulillah, hari ini
sudah 9 Ramadhan, bermakna maghrib nanti sudah 10 Ramadhan..subhanallah sekejap
sahaja rasanya kita sudah masuk ke fasa baru pada bulan Ramadhan ni..selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..syukur syukur syukur! Kerana
sampai ke saat ini kita masih hidup dalam nikmat iman dan islam. :D
Persahabatan..perkataan yang memberi nilai yang amat
berharga dalam hidup semua manusia..selepas keluarga, mereka yang bergelar
sahabat inilah yang menjadi tulang belakang dalam kehidupan kita semua. Ana juga
punya sahabat, antum pun begitu, malahan semua orang di bumi ni punya sahabat
masing2..namun persoalan nya sekarang, bagaimana kita mendefinasikan maksud
persahabatan itu?
Indahnya ukhwah andai segalanya kita sandarkan pada
Allah..namun syaitan, memang licik sejak dari azali lagi..bisikan syaitan itu
sudah cukup untuk menimbulkan perasaan iri hati dan dengki dalam diri setiap anak
Adam! Perasaan cemburu pada sahabat ini bukan satu amalan yang sihat dan boleh
menyebabkan virus-virus dan sel-sel mazmumah tersebar dengan riangnya! Cemburu kenapa?
Kerana sahabat kita rapat dengan orang lain..Allahu….bukankah lebih indah andai
skala ukhwah itu kita perluaskan lagi? Labih manis dan lemak berkrim la
rasanya! =D
Hati memainkan peranan yang penting dalam masalah
sebegini..andai hati marah, geram, sakit hati dan menyampah dengan persahabatan
orang lain, haaa recheck balik iman! Kita seolah2 mengongkong sahabat untuk
bersahabat dengan orang lain…buang perasaan itu sejauh yang mungkin sayang…tak
kesian ke dekat sahabat tu? Hurrmm..:(
insyaAllah, apa yang ana sampaikan ini hanyalah untuk
perkongsian bersama..andai terkena batang hidung sesiapa, ana mohon seribu
kemaafaan..diri ini hanyalah insan kerdil yang sentiasa inginkan syurga
Illahi..wallahualam…
“ jadikanlah penjual minyak wangi sebagai sahabatmu, nescaya
dirimu akan mendapat bau wanginya.. lets start finding the one who cares about
ur akhirah..”
Seorang sahabat,
-noor erma juperi-
0 comments :
Post a Comment