Tuesday, May 15, 2012

Filled Under:

Kau SUPERWOMAN!

assalamualaikum warrahmatullah..bismillahirrahmanirrahim.. salam dan selawat kita hadiahkan kepada junjungan besar kita,nabi Muhammad saw.=) tidak lupa,ucapkan alhamdulillah pada Allah kerna masih memberi kita kesempatan untuk bernafas dalam nikmat IMAN dan ISLAM. syukur ya Rabb. =D


entry kali ni lain agak berlainan daripada entry2 sy yg sebelum ini.=) sy nk cite sikit tentang SUPERWOMAN yg sentiasa di sisi saya baik dalam senang dan susah. yeaa superwoman? haha.ni super duper wow! SUPERWOMAN  sy ni tak lain tak bukan adalah mak saya sendiri. hehe makkkkkkk!! mak sy lah..yg cantik menarik kau memang da bomb gitu! haha..orang ramai cakap mak sy mcm wajah sy.( eh? bukan sy mcm wajah mak? haha) hmm tp sy selalu mengDenykan sbb mak putih.hihi. anak ny kurang putih..kelabu2 sikit,haha..


Nabi pun pernah cakap, dengan melihat sahaja 4 perkara ni,kite memang dah comfirm dapat pahala. Antaranya ialah :
1. Melihat Kaabah
2. Melihat wajah Ibu
3. Melihat kitab suci Al Quran
4. Melihat Laut (Antara kekuasaan Allah SWT)



ok sy nak highlight MELIHAT WAJAH IBU ni. yes! ni lah kerja sy malam2. sebab mak selalu tertido kat depan tv.( tv yg tengok dy, bkn dy yang tengok tv.hihi ) so,sy ambil la kesempatan untuk tatap wajah mak yg letih tu puas2. benar kata orang,mak mungkin dapat sembunyikan keletihan dy dari anak2, tp ketika mereka tidur, kita dapat dengan jelas betapa letihnya mereka memerah keringat untuk kita. subhanallah! baiknya mak! =')


seterusnya aktiviti yang sy rasa sy seorang je yg buat dalam kalangan adik beradik. kalau mak nak masuk tidur, sy pun akan menyelinap masuk ke bilikny untuk baring di sebelahnya.=) mak cakap dy nak tido, tp sy tetap ganggu sebab nak 'lepak' dengan mak.hihi. mak tetap layan sy. subhanallah baikny mak! =D bila mak dah ngantuk, sy akan salam tangan mak sebagai tanda minta maaf. mak pernah cakap, sy seorang je yg selalu buat mcm ni.hehe.( muka tersengih )


Tapi, waktu Hari Ibu 13 May yg lepas, mak pun cakap sy seorang je anak yg tak buat ap yg adik beradik lain buat. sy tahu bahawa hukum menyambut hari ibu tu haram. jadi sy bercadang untuk tak meraikkannya. tp, waktu breakfast pagi tu, mak cakap. "era (adik bongsu) pagi2 lagi dah send sms kat mak, ucap hppy mother's day". hmm sy diamkan diri je n terus tukar topik. tak lama lepas tu hp mak berbunyi agy. ad msej masuk! arggh ni mesti abg yg send sms pulak! yeaa jangkaan sy betul sama sekali. abg sulung pulak yg wish happy mother's day. ok sy sabar.hihi.mungkin mak pelik kot sbb selalunya sy yg beria2 nk ucap benda2 cmni. waktu tengah syok tengok tv dengan mak, tetiba abg second pulak yg call. aihh mampus ak! haha.. hmm dy pun wish kat mak. then adik pun call pulak, ( sms je xcukup ) nk wish jugak. hmmm ok sy diam! haha. petang tu tetiba mak cakap, " semua anak mak dah wish mak.tp anak mak yg sorang kat rumah ni je yang tak wish. kenapakah??" hahah..sy terus jawab, " sy tak sambut hari ibu sebab sy sambut hari ibu tiap2 hari.jadi tak yahla wish." lpas tu mak jwb pulak, " ala wish je.bukannya kite nk sambut bagai." ok sentappp! huhuhu. sy buat mak kecil ati ke?=( sy pun pike,haah la..kite bukannya sambut pun. mungkin mak cuma nk wish dari ktorng supaya dy tahu ktorg care pasal dy.hmm jadi sy pun atur strategi camne nak ambil semula hati mak. jeng jeng jeng....hihi


usai solat maghrib berjemaah dengan mak n ayah, macam biasala. sesi bersalaman sebagai tanda kasih dan maaf. sy cium tangan mak, n slowly whispering to her ears, "selamat hari ibu mak.sy org paling last wish.hihi" terus je mak cium pipi sy. yes! hehe..lega terus hati lepas tu. alhamdulillah.=)


sy juga tak nafikan, semenjak memasuki alam universiti, sy akan pastikan sy mesej and call mak tiap2 hari. yep! sy memang call mak sy setiap hari. biarlah orang nk cakap sy anak mak, tp sy rasa itu adlah tnggungjawab sy terhadap mak sy. sebagai tanda sy sentiasa ambil berat psal mak walaupun  kadang2 tak tau nak borak pasal ap sebab dah takde topik.hihi..sehari tak dengar suara mak, sy rasa hari sy tak lengkap.=')


“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Q.S Al Ahqaaf, 46:15)



“Dan menjadi kosonglah hati ibu Musa. Sesungguhnya hampir saja ia menyatakan rahasia tentang Musa, seandainya tidak Kami teguhkan hati-nya, supaya ia termasuk orang-orang yang percaya (kepada janji Allah)”. (Q.S Al Qashash, 28:10)
“Maka kami kembalikan Musa kepada ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita dan supaya ia mengetahui bahwa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”. (Q.S Al Qashash, 28:13)

ok,itulah je lah cerita tentang SUPERWOMAN sy kali ini. semoga kehidupan mak n ayah sentiasa dilindungi Allah.sy syg mak n ayah! muah2! moga kita menjadi keluarga yg bahagia di dunia dan di jannah kelak.amin..=D

sy anak mak,
-noor erma juperi-

1 comments :

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .