Wednesday, November 20, 2013

Filled Under:

Bingkisan buat kalian..

Bismillah..assalamualaikum kepada kalian yang sentiasa ku kasihi kerana Allah..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..baik, entry ini ditujukan khas buat adik2 yang ku kasihi dan rindu nun jauh di seberang, di Uitm Tapah. :') oleh kerana entry ini buat adik2, lebih sopan kiranya ku bahasakan diri sebagai 'akak'..

jiwa pasti meronta2 sekarang, kerana Uitm Tapah kata mari, rumah kata pergi. haha..akak juga pernah merasai dan melalui saat tersebut..lagi2 tinggal jauh di seberang, dipisahkan oleh Laut China Selatan, perasaan ENGGAN pulang ke Tapah amatlah membuak-buak. namun itu dulu, ketika akak masih jahil dan kurang kenal erti ukhwah,perjuangan dan semangat dalam mengejar ilmu Allah.

adik2 yang akak kasihi kerana Allah,
lakukan anjakan paradigma dalam diri kalian! jangan jadikan kehadiran adik2 di uitm tapah hanya sekadar ingin menghabiskan sisa2 semester. jadikan ia sebagai perjuangan! perjuangan dalam mengejar redhaNya! buat adik2, jagalah agama kalian. jangan terlalu mudah terjebak dalam perkara yang dilarang Allah. sedarlah dik, dunia kita sudah tua, kiamat semakin menghampiri! perbaiki cara penampilan kalian, hatta ingin ke DM untuk membeli makanan sekalipun,janganlah sekadar sarung apa yang ada, hingga memperlecehkan aurat masing2. aurat tetap aurat walau di mana kalian berada! selangkah kakimu keluar dari bilik masing2, peliharalah aurat sebaik mungkin! percayalah, mata harimau, mata keranji, mata serigala dan segala mata sangat tajam memerhati kalian dari blok Siswa di seberang! fuhhh....

adik2ku,
dalam kalian sibuk mengejar ilmu dunia, sibukkanlah juga diri dengan ilmu Allah. buka hati kalian sepenuhnya untuk ilmu Allah di Uitm Tapah. akak selalu pesan kepada sahabat2, "andai ada test sekalipun esok, kalau malam ini ada aktiviti yang melibatkan ilmu Allah,kita kena datang! " alhamdulillah, urusan kami Allah permudahkan..subhanallah hebatkan Allah? :) USRAH, jangan dipandang ringan. SOLAT BERJEMAAH, jangan sesekali kalian perlecehkan.imarahkan surau siswi yang comel itu..terlalu banyak jasa surau tersebut kepada akak dan sahabat2 akak. jangan jadikan alasan BILIK JAUH, BUSY, MALAS (ini pantang sekali dengar), QUIZ, TEST, ETC, untuk tidak hadir berjemaah di surau. kuatnya ikatan ukhwah kami kerana jemaah. cintanya akak pada sahabat2 akak kerana jemaah. itu yang menguatkan kita semua adik2 ku sayang. andai tiada yang mengimarahkan surau comel itu, kalian nantikan sahaja soalan dari Yang Esa di padang masyar kelak. (nauzubillah, termasuk akak sekali). surau siswi itu tanggungjawab siswi, andai tiada yang menghidupkannya, maka akan disoal setiap seorang daripada kalian. maka oleh itu, ayuh jadi generasi cintakan rumah-rumah Allah! ^^

adik2 yang comel lagi anggun,
perbaiki akhlak kalian..perbaiki percakapan kalian. perbaiki hubungan kalian dengan Allah dan manusia! ini yang paling penting. jaga hubungan. andai tengah sibuk menelaah pelajaran dan azan berkumandang, tinggalkan sebentar buku2 tersebut dan segeralah berwudhu dan ke rumah Allah. andai masih leka menelaah, itu petanda syaitan tengah riang gembira menghasut adik2! selain itu, jaga hubungan dengan sahabat2 kalian. jangan lah terlalu mudah terasa hati dengan sikap mereka. berlapang dadalah adik2. bukankah peringkat paling rendah dalam ukhwah adalah berlapang dada? berusahala untuk menjaga hati setiap mereka yang bergelar sahabat. sayangi mereka, cintai mereka, kasihi mereka. sentiasa bersangka baik! sikap suka berkecil hati dan memfitnah sahabat ini adalah sikap abang-abang monyet di hutan. eh? hehe..sorry..=P

dan yang terakhir adik2ku,
tanamkan semangat mnuntut ilmu yang tinggi dalam diri kalian! jangan asyik sebut perkataan "aku lemah. aku tak pandai. aku tak reti. susahlah.susahlah.susahla! " sampai bila takkan berjaya. jadi muslim yang cemerlang dunia dan akhirat! sebelum kaki melangkah ke kelas, niatkan kerana Allah dan Rasulullah! bukannya niat nak tunjuk jubah/baju kurung/tudung baru dekat budak kelas! eh? study,study,study! study kerana Allah. kerana redha Allah! kalau susah,pergi bertanya pada yang tahu.jangan dok diam macam tunggul! nak berjaya kena rajin dik! islam amat menggalakkan kita untuk cemerlang! tunjukkan islam itu cemerlang! bukan sekadar hebat di medan dakwah, tapi juga di medan akademik! fuhh..tolong dik, tolong buang segala kanser mazmumah dalam diri. jangan malas! jangan merungut! kalau asyik complain tentang tempat adik2 mununtut ilmu, macam ilmu nak berkat?? itu tak cukup, ini tak cukup, oh please stop! ok adik2 sayang?? =)

adik2..percayalah kalian amat beruntung untuk berada di uitm Tapah. gunakan masa yang ada untuk menghargai mereka yang berada di sekeliling kalian. anggaplah entry ini sebagai pesanan dan sharing daripada seorang sahabat kepada sahabat2 yang dirinduinya nun jauh di sana..segala pesanan dan teguran adalah untuk diri akak juga. moga kalian sentiasa kuat dan cemerlang dalam ibadah,ilmu dan kehidupan di dunia dan akhirat! wassalam...

moga bertemu di syurgaNya..:)



0 comments :

Post a Comment

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .