Thursday, November 28, 2013

Filled Under:

L.I.D.A.H

bismillah....assamualaikum....

bila ku coret dan muhasabah kembali apa yang dilakukan semalam, perasaan berdosa datang berduyun-duyun! tak memberi aku ruang walau sedikit untuk berseronok dek teringat akan dosa yang datang dari lidah ku yang tajam! Allahu..benarlah kata Imam Ghazali, benda yang paling tajam adalah lidah manusia!

kerana mulut badan binasa, dan aku tak ingin lemas dalam lautan api neraka. sahabat, maafkan aku kerana menarik dirimu sekali ke lembah hina semalam. maafkan aku! aku leka! maaf sahabat! rasa bersalah padamu membuak-buak..aku bertekad dan berjanji untuk tidak lagi berbicara mengenai perkara sebegitu denganmu..sekali lagi maafkan aku sayang..=(

lumrah alam dan hukum Allah, dosa kepada manusia,kamu mohon kemaafan dari manusia. walaupun aku memang kurang mengenalinya, tapi aku berusaha untuk meraih kemaafannya. maafkan aku,takkan ku ulangi kesilapan ini.insyaAllah..moga Allah lindungi kita semua..pelihara lidah, pelihara iman. astaghfirullah...wassalam..


0 comments :

Post a Comment

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .