Monday, December 23, 2013

Filled Under:

merinduimu..sungguh!

bismillah..assalamualaikum kepada semua saudara muslim dan saudara yang bakal menjadi muslim. selawat dan salam ke atas Nabi saw..moga aku dan kalian sentiasa dalam lindunganNya..

ya Allah..hebat penangan rindu ini!
merindui dirimu..sungguh aku rindu padanya..si sahabat yang tidak pernah jemu dan bosan dengan setiap telatah dan sikapku..kali ini lain pula ujian dan dugaan rindu yang terpaksa ditanggung..walau kami berjauhan beribu-ribu batu, namun tak pernah kami berenggang walau sehari, (paling lama 2 hari). teknologi sentiasa ada untuk menghubungkan kami..namun buat masa sekarang, sudah masuk hari kelima aku tidak bertanya khabar mahupun menerima khabar darinya..oh ini bukan kerana kami berantakan..tapi si dia sedang berjihad di jalan Allah..memerah keringat untuk ummah bagi memperoleh barakah Illahi..murni sungguh pengorbananmu sahabat..namun aku di sini tetap merindui! =(

rindu Ya Allah..sangat.amat.sungguh! hanya Dia Yang Maha Mengetahui..hanya doa yang mampu mengubat rindu di hati ini..ummi, ketahuilah bahawa sesungguhnya hati ini tengah menderita rindukanmu..ohoi!

 Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, “Tidaklah (sempurna) iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”



0 comments :

Post a Comment

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .