Monday, December 30, 2013

Filled Under:

Memoir-memoir 2013

BIsmillah..assalamualaikum wbt..alhamdulillah, selawat dan salam atas junjungan besar kita, Rasulullah saw..:) salam sayang buat kalian saudara islam dan bakal islam..moga di bawah lindungan Allah..amin



2013 mula melabuhkan tirai..sekejap nya masa berlalu! 2014 sudah mari, 2013 kian mengundur diri..terdetik di hati untuk mengukir kenangan2 manis pahit sepanjang 2013 di blog kesayangan..agar di tahun2 mendatang dapat mengimbau semula kenangan 2013! baik, cuba untuk meng'refresh' kembali kenangan dari Jan-disember..andai ada yang tertinggal, itu kelemahan daku selaku hamba Allah. andai mampu mengingat, sungguh itu atas izin Allah!

- menjadi orang pertama dalam keluarga yang dapat naik kereta abang! hee kereta bau cina, so adik tersayang dia tolong rasmikan on 1st Jan 2013..:)

- berpeluang melawat Terengganu kite! ziarah ke rumah cik Wasi selama 9 hari, berat naik mendadak sebab orang Terengganu sumbat dengan macam2 makanan! ^^

- 1st time naik bas selama 8 jam waktu malam tanpa family..sampai tapah jam 5 pagi, bertiga dengan cik wasi dan shafiq kauzi pagi2 buta depan gereja sebab tunggu pakcik Hamid ambik..(ok ini scary, nasib baik ada sorang lelaki)

-Allah hantar seorang insan istimewa di hati..awalnya pandang sebelah mata, sekarang tak cukup mata nak tengok da.hehe..ok ini sahabat ok? bukan org lain..=) ( gara2 nak buat video & poster tour de ilmi punya pasal )

-kena hentam & herdik oleh seorang pakcik depan orang ramai..ok ini sangat tak boleh lupa! ;( anyway, saya maafkan pakcik..semoga berubah ye..hekhek

- Allahuakbar! jumpa Mufti Menk live! subhanallah bercahaya dan tenang wajahnya..hanya berkesempatan mendengar setengah jam ceramah beliau, namun subhanallah! sangat terkesan di hati! ohoi!

-berpeluang ziarah ke rumah Pipah..alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mengenali keluarga dia..jalan2 di Ipoh then balik Tapah jam 11 malam..ish3..

-ahaa..semester 4, beli tiket flight 3 sekaligus..bajet anak menteri sekejap.hihi..ini kali pertama merasa kena tinggal flight! sakit tak terkata rasanya..tapi xpe, senyum tak perlu kata apa2..

-terpaksa dikuarantin di rumah Asma seminggu sebab kena tinggal flight,,hikhik

-sesat sepanjang malam di kota Kuala Lumpur gara2 nak pergi Malam Berselawat di dataran merdeka..last2 tak pergi & perkena char kuey tiaw dgn hati yg lara..

-kereta sewa rosak & tersadai di perhentian mana entah..kena tunggu tepi jalan dalam gelap sampai isya! ini sumpah scary..

-alhamdulillah, berkesempatan berjumpa dan mendengar sendiri ceramah Habib Ali..antara kata2 beliau yang masih tersemat indah dalam kotak minda, "orang yang zalim adalah orang yang menjadikan hari ini lebih teruk dari hari semalam."

-berpeluang menjadi krew TeenAce 2013! dapat berkenalan dengan ikon2 hebat..masyaAllah..Hilal Asyraf, Ameen Misran, Qawiem, AfhodulRahman, Aisyah Shakirah, Anwar Hadi, Amin Idris, Fetih Seferagic, aa ramai lagi!

-untuk pertama kalinya, pakai sedondon dengan cik ummi tersayang setiap kali keluar..hehe dah rasa macam loving couple gituu..hehe

-bermalam semalaman di hospital Pantai sebab mak Athirah masuk icu..:( and berkenalan dengan ayah dy..Allah baik sgt ayah dy! comeii sgt.haha

- kehilangan ibu saudara..alhamdulillah, sempat menzirahi almarhumah seminggu sebelum balik ke kampus..mati tidak mununggu kita..

-melalui fasa yang agak 'mencabar' dalam persahabatan..ok ni xnak cakap lebih2.

-berjaya tamatkan alam diploma dengan jayanya..syukur alhamdulillah..:)

-berpeluang menghantar si dia ke airport sebelum fly..balik2, karok bersama sahabat dalam kereta..ini sumpah manis lagi indah! :)

-diberi kudrat dan ilham oleh Allah untuk menerbit dan mengarah sebuah video pendek, 'Anugerah Illahi'. mencabar baq ang!

-ahaa! ni pertama kali merasa kena saman AES..jalan rm300...kuikuikui..

- ini seronok. dapat cousin baru! baby girl..welcome newbie! :)

-berkesempatan ziarah rumah Intan & Syira..:)

* ini sahaja yang mampu diingat..Allah, tak mampu nak ingat yang lain..namun setiap kenangan, pasti terselit hikmah yang patut kita syukuri setiap masa..jangan pernah mengeluh untuk setiap ujian kerana itu tanda Dia menyayangi diri kita..wallahualam..



0 comments :

Post a Comment

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .