Tuesday, May 28, 2013

Manusia berubah

Bismilahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum kepada sahabat ku semua. jom! jom berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..alhamdulillah syukur Ya Allah kerana diri ini masih mampu untuk menghirup udara dengan nikmat Iman dan Islam..=D


“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" 
(Riwayat Abu Daud)

Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin." 
[Riwayat Abu Daud)

selagi mana makhluk itu bernama manusia, maka dia mampu untuk berubah. tak kisah la dari jahat ke baik, atau baik ke jahat..semuanya bergantung pada iman masing2..tapi. lagi pilu rasanya andai manusia berubah dalam sesebuah ikatan ukhwah..ukhwah itu satu ikatan yang sangat manis. indah sekali..subhanallah..tapi, apabila ada hati yang sudah semakin jemu dan bosan dengan ikatan ukhwah, semuanya menjadi pedih, sakit. perit! Allahuakbar! =(  tiada siapa yang tahu betapa peritnya hati kecil seorang insan apabila nilai ukhwahnya semakin tercalar..mungkin lebih pedih andai calar tersebut berpunca daripada acuh tak acuh dalam berukhwah. sakit! =( ana sayangkan semua sahabat ana..tetapi andai ada yang semakin menjauhkan diri, hati ini bagai dihiris sembilu.( perghh ayat Awie ) hati ini, Allah yang pegang..semoga Allah kuatkan hati ini untuk sentiasa bersabar dalam mempertahankan sebuah ukhwah yang sudah lama terjalin..wallahualamm..

ana emosianal sebentar,
-noor erma juperi-

Wednesday, May 8, 2013

just wanna share something

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..alhamdulillah ya Rabb! masih diberi nikmat yang osem dan luar biasa hebatnya iaitu nikmat Iman dan Islam..TQ Allah! =)

wokeh! sementara tengah berdebar-debar nak menunggu result esok hari, ana tetiba tergerak hati nak mencoret kisah seorang sahabat baik ana suatu ketika dahulu..apa orang cakap? sharing is caring kan? hee..so this entry is kind of sharing session la..insyaAllah..




baik, ana namakan si sahabat ni sebagai N la ye..oh ya, jangan risau..ana dah dapat permission dari N untuk mencoret kisahnya..so kisahnya bermula apabila N melangkah masuk ke alam sekolah menengahnya..alam sekolah menengah ni lebih familiar dengan gelaran alam ramaja kan..ana pun rasa macam tu..sekolah menengah adalah waktu untuk mengenali dunia yang penuh fana ini..N masuk sekolah berasrama penuh, so nak tak nak kenalah duduk hostel kan..maksudnya,N bebas dari kawalan keluarga..kali ni, N dah tak terikat dengan parents dah, yela sebab dah duduk berjauhan..

N mula belajar erti hidup berdikari, N mula berkawan dengan pelbagai jenis manusia, baik yang bijak,kurang bijak,hebat,kurang hebat,jahat,kurang jahat, hah senang cerita semua golongan N jumpa di sekolah tersebut. N mengalami cultural shock! alaaa sian dy..:( result akademik N pun kurang memberangsangkan..N bgtau waktu form 1, roomates dy semua dapat 3.0 and above..except dy je yg tercicir ke bawah..hmm :( naik form 2, N mula meliar sebab terikut2 dengan gaya hidup kawan-kawannnya.. kawan ajak ponteng kelas, dy pun join sekaki..kawan ajak ponteng tarawih, dy join sekaki..kawan ajak fly, dy pun join sekaki..kawan ajak lepak dengan bebudak lelaki, dy pun join sekaki..kawan ajak bercouple, dy pun nak join! masih segar di ingatan ana melihat N memanjat bumbung kelas bersama seorang kawan lelakinya semata-mata untuk mengambil gambar..well, itulah N..siapa xkenal N waktu itu! haha..

N terus hanyut dengan nikmat dunia bersama kawan-kawannya..sampai lah suatu masa,mungkin Allah ingin selamatkan hidup N, Allah datangkan hidayah kepada N dalam bentuk mimpi..apa mimpinya? hmm N xnak cerita..katanya,biarlah dy simpan mimpi tersebut bersamanya..dipendekkan cerita, semenjak mendapat mimpi tersebut, N mula berubah sedikit demi sedikit..pencapaian akademiknya pun semakin meningkat..improvement in action! :) and xlama selepas tu, hidup N dihadiri oleh seorang insan yang hebat, baik dari segi ilmu dunia mahupun akhirat..N mula berkawan rapat dengan insan tersebut ( ok ana perkenalkan insan tersebut as M ) ..tapi, dalam masa yang sama N turut hanyut dalam dunia cinta monyetnya..sms dan call daripada si jejaka sentiasa menemani N..uiii tidur xlena, makan xkenyang! hahaha..ramai yang cuba untuk memutuskan perhubungan N dan jejaka tersebut, namun N tetap mempertahankan cinta monyetnya yang sedang bergayut2 di pokok kelapa sambil makan pisang..=P alhamdulillah, sekali lagi Allah selamatkan N daripada terus hanyut apabila si jejaka telah memutuskan perhubungan mereka atas sebab tuuttttttt..hehe...secrettoo...

N semakin berubah, berubah dan berubah..pada masa yang sama, N semakin rapat dengan M..bersahabat, berkongsi suka dan duka sehinggalah sekarang..N telah menjalani pelbagai fasa kehidupan dan setiap fasa tersebut memberi pelbagai pengajaran kepada N..N sedar, banyak dosa yang telah dilakukannya pada masa lalu..terlalu banyak katanya!! jahil katanya! ( ok ni semua N cakap, bukan ana ) N kini sedang menuntut ilmu di sebuah institusi pengajian tinggi dan terpaksa berjauhan dengan M..alaa sian..kini, N mula melabuhkan tudungnya, menjaga tingkah laku, menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan serta mula berjinak-jinak dengan aktiviti dakwah..subhanallah..hebat kan percaturan Allah?? siapa sangka si brutal N kini sudah berubah 360 darjah celcius! haha..

anyway, apa yang ana nak sampaikan dekat sini sebenarnya setiap manusia ada peluang untuk berubah! ana selalu pesan kepada sahabat2, never underestimate people! because we never know how he/she will look like in future! yes, everyone has their right to judge, but! before you judge,please make sure you are perfect enough. hey kawan, even Rasulullah saw kita pun x judge manusia lain walaupun Baginda sangat perfect! subhanallah..:( hebatnya dirimu Ya Rasulullah..Laukanabainana =(

ingat sahabat sekalian..manusia boleh dan mampu untuk berubah..jahat menjadi baik dan baik menjadi lebih baik..semua manusia boleh berubah! i always believe in that..sedangkan ahli ibadah pun boleh mati dalam kekufuran, apatah lagi manusia lain? tetapi! iman yang tinggi dalam hati xkan mampu untuk membuka ruang kepada partikel kejahatan untuk menerjah masuk ke dalam diri kita..insyaAllah! last but not least,

"...Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa kamu kerjakan"
(Qs. Al-Mujadilah 58 : 11)




ana nak masuk syurga dengan N,
-noor erma juperi-

i fall in love with them! =)

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum wbt semuanya..marilah sama2 kita berselawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad saw..moga kita semua sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT dan dipermudahkan untuk memperoleh syafaat Baginda saw. amin!



sekali lagi alhamdulillah kerana Allah masih memberi kekuatan yang luar biasa hebat kepada diri ini untuk masih gagah menaip dalam nikmat Iman dan Islam..( i ll never, EVER tired to repeat the same things! )



I FALL IN LOVE! yes! nah, i cant describe how does it feel..i just, fall in love.=) hew hew hew..(errr??) ok2..let me clear it out..td,ana chat dgn sahabat tersayang..n i told her, "mi, aku dah jatuh cinta.." then boleh pulak si sahabat cakap "dgn siapa? aku?" hahaha..sahabat, ana dah lama jatuh cinta padamu! =)  ana sudah jatuh cinta pada........


tadaaa!!!!! eeee comeyyy!!

yep! ana dah jatuh cinta pada kecomelan dan kegedikkan kucing2 di luar sana.:) sangat comel ciptaan Allah yang bergelar kucing ni kan? hasrat di hati teringin nak pelihara kucing, tapi cuak sebab setakat ni semua haiwan peliharaan ana mati! huhu..animal hunter ke? :(



setiap kali ana nampak kucing2 ni merayu2 a.k.a mengiau2 meminta makanan, terbit rasa simpati yang teramat sangat di hati.huhu..kadang2 rasa bengang bila nampak dengan slumber nya kakak2 abang2 di luar sana sepak terajang kucing2 comel yg merayu meminta makanan di gerai2 makan..ish2..not good not good..*geleng kepala.. tak salah kan kalau nak bagi sedikit makanan kita tu kepada si comel yang tengah mengiau tu..alaa kadang2 awak tu xhabis pun makan kan? haaa perangai syaitan tau kalau membazir! baik kongsi dengan kucing kan? dapat pahala lagi..awak kenyang, kucing pun kenyang...alhamdulillah..=)



 anyway, ana nak kongsi sikit. Rasulullah saw tersayang pun ada pelihara seekor kucing.  nama kucing baginda  ialah Muezza..Baginda amat kasih kepada kucingnya..suatu hari, Muezza ni tidur di atas jubah Baginda saw. ketika Baginda nak memakai jubah tersebut, Baginda sanggup memotong lengan jubah tersebut sebab xnak menggangu tidur kucing kesayangannya..huhuhu..osemnya Rasulullah! agak2 kita nak tak potong jubah kita semata-mata untuk seekor kucing? hmm disepaknya adalah kucing tu...=(

oleh itu, ana menyeru sahabat sekalian untuk menyayangi kucing2 di luar sana! hehe..ok bukan kucing je, haiwan2 lain jugak..mereka pun makhluk Allah yang hebat..insyaAllah, moga kita mampu hidup secara aman, bahagia, ceria dan damai bersama haiwan2 di luar sana! hee..peace! wassalam..
saya pun comel jugak!



nampaknya saya lagi comel..hehe


ana nak masuk syurga,
-noor erma juperi-



Sunday, April 7, 2013

ISLAM TAK AJAR MENYUSAHKAN ORANG! =)


Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum wbt...=)

Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah! diri ini masih bernafas dalam nikmat yang luar biasa hebatnya dan hanya bisa dimiliki oleh seorang yang bergelar muslim, iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.. Subhanallah!

"ISLAM TAK AJARLAH MENYUSAHKAN ORANG!" Yes, memang Islam xpernah ajar kita untuk menyusahkan orang kan? =) sebab Islam tu mudah, indah, cantik, hensem, cun, dan Islam adalah segala2nya..oh, ana teringat dengan satu trademark usrah suatu masa dahulu, "Islam is the way of life yo!" :) Nampak tak betapa hebatnya Islam di situ? hebat2..OSEM CANGAT!



tapi........ramai manusia dan makhluk2 bumi pada masa sekarang yang menyalahkan Islam dek kerana kelakuan rakus umat Islam. chop! kalau nak nilai Islam, jgn nilai pada orangnya,tapi nilailah pada agama itu sendiri. kalau nak sangat lihat betapa indahnya Islam itu pada penganutnya,kita lihat sahaja pada Nabi Muhammad saw. He`s the great great great and awesome idol of Islam! Baginda manusia yang syumul..Baginda manusia yang mulia..indahnya perlakuan Baginda sehingga keindahan bulan purnama pun tak mampu nak menandinginya..

jadi.....sebagai seorang Muslim yang ingin menjaga nama Islam,kita seharusnya memelihara diri kita dengan manusia dan Allah..andai manusia lain melakukan kesilapan, janganlah ditengking sesuka hati sehingga melabelnya dengan perkataan2 yang tak sedap telinga ni mendengar..andai si pesalah bertudung labuh, berpurdah, berpakaian longgar, hah senang cerita mengikut syariat Islam, janganlah disalahkan Islam kerana si pesalah melakukan kesalahan. tegurlah kesalahan si pesalah disebabkan kelakuan dan kesalahannya sahaja. jangan dibangkitkan isu " KALAU MENYUSAHKAN ORANG, BAIK XPAYAH NAK PAKAI MENGIKUT SYARIAT BEGINI! EYYY ISLAM PUN TAK AJARLAH PAKAI MACAM NI..KONON PAKAI IKUT SYARIAT ISLAM!"  oppsssss sentap!! =/  jangalah marah2..=(


الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ



"Yaitu orang2 yang menginfakkan hartanya ketika lapang dan sempit dan menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (QS. Ali ‘Imraan, 3:134)

wahai makhluk bumi, jangan sesekali kita letakkan Islam atas kelemahan Muslim itu sendiri. KAMI TAK SEMPURNA! tp kami ingin jadi sempurna..=) kita sama2 muhasabah diri balik, lihat balik diri kita. diri ana dan diri antum semua..semuanya ingin menjadi penghuni syurga..SYURGA ITU MAHAL. jadi kita kena banyaklah bersabar menghadapi masalah-masalah dunia ni..huhuhu..

lagi indah dan meriah hidup ini andai kita saling memaafkan kesilapan manusia lain. hebat mana pun manusia itu, namun dia takkan pernah lari dari kesilapan dan kesalahan. Firman Allah:

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)


ana muslim,
-noor erma juperi-

Friday, February 22, 2013

penuh KESEDERHANAAN!

assalamualaikum..alhamdulillah, sudah sekian lama tangan ni xmenaip di blog kesayangan. walaupun agak lama x melawat blog yang dah berhabuk dan bersawang ni, ana tetap bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Yang Maha Berkuasa, Maha Agung dan Maha Hebat dua nikmat yang xkan bisa dimiliki oleh orang yang bukan Islam iaitu nikmat IMAN dan ISLAM..alhamdulillah...=)

Cuti baru-baru ni, ana balik bercuti ke rumah seorang sahabat di Dungun, Terengganu. subhanallah satu pengalaman yang xkan ana lupa sampai bila-bila. suasana dan persekitarannya memberi banyak impak kepada diri ana yang kerdil macam lidi.huhu..ana masih ingat ketika sahabat ana ceritakan mengenai sepupunya yang kini menuntut ilmu di Syria. sepupunya belajar ke sana dengan wang keluarga sendiri dan bukannya ditanggung oleh mana-mana badan sosial atau kerajaan ( cth: MARA, JPA, etc ). jadi, expectation ana, sepupunya itu mesti dari keluarga yang berada dan senang.

masih segar di ingatan sewaktu majlis perkahwinan abang sahabat ana, sepupu dan ibu saudara si sahabat datang bertandang ke majlis tersebut. agak impress sebab sepupu dan mak dy berpurdah. menutup aurat dengan sempurna..subhanallah! dalam hati ana, "oh, ni la keluarga yang kaya tu.hantar anak pergi Syria guna duit sendiri. waa hebat!" sebelah petang pulak, sahabat ajak ana hantar ibu saudara dan sepupunya tadi balik ke rumah. yela, ana excited la nak tengok rumah diaorang. mesti GEMPAK! 

Rasulullah bersabda lebih kurang maksudnya, “Jika kamu hendak dikasihi Allah, maka hendaklah kamu zuhud dengan dunia”. 


ternyata sangkaan ana terhadap keluarga tersebut salah sama sekali. rumah yang ana sangkakan mewah, rupanya hanyalah rumah yang berdinding kayu, beratap zink dan tidak bercat. MashaAllah, ana salah! ana melangkah masuk ke dalam rumah, semuanya serba kekurangan. hanya perabot2 yang perlu sahaja ada di dalam rumah. langsung tiada TV, DVD PLAYER, atau mana2 hiburan di dalam rumah. ana salah sekali lagi! masuk ke bilik untuk menumpang solat, ana hanya lihat sebuah tilam terbentang di lantai tanpa katil. dan satu kipas untuk memberi keselesaan semasa tidur. sekali lagi ana salah! 

subhanallah. masyaAllah. betapa hebatnya keluarga itu Ya Allah. sangat bersederhana. sangat merendah diri. melebihkan kekayaan di akhirat berbanding kekeyaan di dunia. walaupun mereka sekeluarga hidup serba sederhana, namun ddidkan agama yang sempurna telah berjaya membimbing hati anak-anak mereka kepada Allah. kesemua anak-anak perempuannya berpurdah.ada yang berjaya ke Syria untuk menuntut ilmu Allah. anak-anak lelaki pula ada yang mencari wang lebih dengan menjahit sendiri sejadah. hebat mereka ya Allah!
walaupun hidup penuh kekurangan, namun Allah bantu mereka sehinggakan mereka mampu untuk menghantar salah seorang anak ke Syria. Syria juga turut merupakan bumi yang dirahmati Allah dan terdapat ramai ulama2 hebat di sana. ana xpernah henti kagum dengan pengajaran yang Allah tunjukkan kepada ana melalui kehidupan keluarga ini. hebat kuasa Mu Ya Allah!!




pengajarannya, jangan sekali kita bagi tanggapan yang hebat atau teruk berdasarkan luaran sahaja. kerana sesungguhnya kita tidak tahu sejauh mana letaknya zuhud di hati setiap insan. insyaAllah, moga kita semua mendapat manfaat. sama-sama kita berubah menjadi yang lebih baik! Allahuakbar!

ana nak masuk syurga,
-noor erma juperi-


























Wednesday, October 31, 2012

dia kata RINDU itu ANUGERAH..=)

bismillah..assalam wbt..alhamdulillah ya Rabb,masih diberi nikmat dan kekuatan untuk bernafas secara normal, berjalan dengan sempurna dan menaip dengan bahagia! =D dan yang PALING penting, masih diberi nikmat IMAN dan ISLAM  yang luar biasa hebatnya.=)

pejam celik pejam celik, dah sebulan lebih si sahabat tersayang mengembara ke United Kingdom, meninggalkan diri ini di bumi Malaysia.;( ok jangan sadis2! sebab si sahabat bilang rindu itu satu anugerah! hohoho...ia boleh menjadi anugerah kerana kita dapat merasakan nikmatnya saling merindui,mungkin agak menyakitkan namun semuanya ujian Allah terhadap hamba-hambaNya yang bersabar ( noor erma, 2012). hihihi..




tapi diri ini perlu sentiasa beringat, rindu terhadap si sahabat jangan sesekali melebihi rindu pada Allah dan RasulNya. yup! mulut cakap memang senang kak, tapi hati manusia ni lemah,kadang2 cinta dan rindu pada manusia seringkali melebihi segala-galanya.=(  pernah sekali saudari Yani (sahabatku di Tapah) berbincang mengenai perkara ni denganku..agak terkesan dengan perbincangan tersebut sebab kadang2 kita lupa siapa yang terbitkan rasa rindu itu pada kita. Allah! yes, Allah! 

ok back to the topic.hee..wahai sahabat yang jauh di mata,tapi sentiasaaaaaaaa dekat di hati. percayalah,perpisahan kali adalah satu ujian dari Allah buat kita. mungkin orang di luar sana memandang perkara seperti ini adalah biasa.yela, kawan nak sambung belajar je pun,bukan ny nak berperang dekat medan Palestin or Syria.buat apa nak sedih macam nak mati? eh? hmmm...


bagi diri ini, perpisahan kali ini memerlukan kepercayaan sepenuhnya.sebelum ni,kita texting,calling,chatting, 24 jam! haha..sekecik2 benda pn nak heboh..tp perkara sprti inilah yang memantapkan ukhwah kita.kan sahabat?? hee.. tp sekarang,semuanya agak susah.kalau dapat berhubung sekalipun, semuanya kerana KEBETULAN! oh sadis..huahuahua..itulah ujian,Allah ingin lihat sejauh mana kesabaran kita dalam bersahabat,kelak pasti Allah berikan balasan yang lebih baik..insyaAllah..=)


wahai si sahabat, ketahuilah bahwa namamu tak pernah lekang dari doaku setiap hari..pelihara imanmu di sana.diri ini sentiasa berdoa agar Allah bukakan rezeki untuk kita berjuang bersama2 semula seperti di zaman persekolahan! aaaa serunuk! hihi...


hei sahabat! rindu itu memang satu anugerah..=) i love u sahabat! uhibbuka fillah abadan abada..=D






sahabat tersayang si sahabat,
-noor erma juperi-


Sunday, October 21, 2012

i wanna be like him!!

Bismillah.....Assalam wbt..alhamdulillah! setelah sekian lama x update, akhirnya hari ini Allah beri kekuatan dan kerajinan kepada diriku untuk update n memuntahkan segala isi hati! =)


Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq maksudnya : “Konstantinopel (Instanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Hadis riwayat Imam Ahmad. 

.yes! acap kali ku dengar mengenai hadis ni..telinga sering mendengar perkataan Konstantinopel dan Muhammad al Fateh. yup, diri ini amat mengagumi kehebatan beliau kerana berjaya menakluk kota yang menjadi idaman semua orang ketika masih berumur 21 tahun! HEBAT! jujur, itu yang sebenarnya membuatkan aku kagum suatu masa dahulu apabila mendengar nama sultan yang hebat ini......tetapi,masih samar2, bagaimana beliau boleh menjadi sehebat ini? konstantinopel ni dkt mna? tahun bila penaklukannya? ok sumpah blur! =/


ALHAMDULILLAH! segalanya terjawab pada 6 oktober yang lepas. Allah aturkan satu seminar mengenai sultan yang hebat ni di Universiti Teknologi Petronas..Laila yang sampaikan berita mengenai seminar ni padaku,tp agak dilema sebab final exam hari isnin,seminar hari sabtu, dpt study satu hari je? nak cover all the chapters in a day? T_T

astaghfirullah, huhu..hebatnya syaitan memujukku untuk lebih memikirkan exam berbanding ilmu agama yang lebih penting untuk menunjukkan kehebatan Islam! erma! kau selalu pesan dekat orang lain, luangkan masa untuk Allah, nescaya Allah akan beri masa yang lebih banyak pada diri kau! SENTAP!

alhamdulillah, ak nekad untuk luangkan masa seharian untuk seminar yang ak sendiri xpasti akan tahap keboringannya nanti..tp erma pergi jugak? drive jauh2 pulak tu?aishh..Allah pilih diriku, asma, yani n laila untuk merantau jauh ke Tronoh semata-mata ingin mendengar kehebatan Sultan Mehmet ni..

Nak dipendekkan cerita, sepanjang seminar fikiranku, hatiku, telingaku dan seluruh anggota badanku sentiasa fokus dengan apa yang disampaikan oleh Ustaz Shaari di hadapan! MasyaAllah, hebatnya Al Fateh! semangatnya kuat! keinginannya keras! konstatinopel sentiasa di hatinya! 

KEINGINAN YANG KERAS! yes! itu sikap sultan ni yang membuatkan diri ini sangat bersemangat! ak ingin menjadi sepertinya,lakukan segala2nya untuk mencapai apa yang diingini. setiap langkah dan keputusan disandarkan kepada redha Allah! untuk berjaya, memang pelbagai kegagalan dan dugaan yang Allah beri. jika nak dibandingkan diri ini dengan semangat sultan tersebut, bagai planet pluto n marikh! ak terlalu mudah lemah jika ditimpa ujian Allah, terlalu cepat down, terlalu cepat underestimate diri sendiri! tp,semangat yang dtunjukkan oleh sultan ni membuatkan semangat ku membuak2! fuhhh...

ak akui, hari ini ak masih belum berpuas hati dengan diriku, tp ak tetap bersyukur kepada Allah! kerna ak percaya, Allah ingin ak lakukan sesuatu walaupun agak berliku jalannya! erma, ap sngatlah yang kau perlu lalui jika nak dibandingkan dengan Sultan Muhammad ni?! tp sikap dan semangatnya lah yang akan ku contohi untuk mengejar redha Allah.

solat 5 waktu nya tidak pernah ditinggalkan, solat sunat rawatibnya sentiasa dijaga, solat sunat tahajjud nya tidak pernah diabaikan! hubungannya dengan Allah sentiasa terpelihara..tp diri ini?? 

perbaiki diri! usah hiraukan keangkuhan dan kejayaan orang yang bongkak! contohi kejayaan orang yang berakhlak mulia, nescaya dirimu akan berjaya!



" jangan biarkan manusia mengagung2 kan dirimu yang telah berjaya menperoleh kejayaan padahal Allah masih murka terhadap dirimu. itu lebih hina berbanding orang yang sentiasa gagal dan dpandang rendah oleh manusia tetapi sentiasa diredhai Allah! "

insyaAllah, moga diri ini mampu untuk mencontohi semngat juang Sultan Muhammad al Fateh. jatuh hari ini, bukan bererti jatuh selama-lamanya.. wallahualam.


contohi Al fateh,
-noor erma juperi-

Tuesday, May 15, 2012

Kau SUPERWOMAN!

assalamualaikum warrahmatullah..bismillahirrahmanirrahim.. salam dan selawat kita hadiahkan kepada junjungan besar kita,nabi Muhammad saw.=) tidak lupa,ucapkan alhamdulillah pada Allah kerna masih memberi kita kesempatan untuk bernafas dalam nikmat IMAN dan ISLAM. syukur ya Rabb. =D


entry kali ni lain agak berlainan daripada entry2 sy yg sebelum ini.=) sy nk cite sikit tentang SUPERWOMAN yg sentiasa di sisi saya baik dalam senang dan susah. yeaa superwoman? haha.ni super duper wow! SUPERWOMAN  sy ni tak lain tak bukan adalah mak saya sendiri. hehe makkkkkkk!! mak sy lah..yg cantik menarik kau memang da bomb gitu! haha..orang ramai cakap mak sy mcm wajah sy.( eh? bukan sy mcm wajah mak? haha) hmm tp sy selalu mengDenykan sbb mak putih.hihi. anak ny kurang putih..kelabu2 sikit,haha..


Nabi pun pernah cakap, dengan melihat sahaja 4 perkara ni,kite memang dah comfirm dapat pahala. Antaranya ialah :
1. Melihat Kaabah
2. Melihat wajah Ibu
3. Melihat kitab suci Al Quran
4. Melihat Laut (Antara kekuasaan Allah SWT)



ok sy nak highlight MELIHAT WAJAH IBU ni. yes! ni lah kerja sy malam2. sebab mak selalu tertido kat depan tv.( tv yg tengok dy, bkn dy yang tengok tv.hihi ) so,sy ambil la kesempatan untuk tatap wajah mak yg letih tu puas2. benar kata orang,mak mungkin dapat sembunyikan keletihan dy dari anak2, tp ketika mereka tidur, kita dapat dengan jelas betapa letihnya mereka memerah keringat untuk kita. subhanallah! baiknya mak! =')


seterusnya aktiviti yang sy rasa sy seorang je yg buat dalam kalangan adik beradik. kalau mak nak masuk tidur, sy pun akan menyelinap masuk ke bilikny untuk baring di sebelahnya.=) mak cakap dy nak tido, tp sy tetap ganggu sebab nak 'lepak' dengan mak.hihi. mak tetap layan sy. subhanallah baikny mak! =D bila mak dah ngantuk, sy akan salam tangan mak sebagai tanda minta maaf. mak pernah cakap, sy seorang je yg selalu buat mcm ni.hehe.( muka tersengih )


Tapi, waktu Hari Ibu 13 May yg lepas, mak pun cakap sy seorang je anak yg tak buat ap yg adik beradik lain buat. sy tahu bahawa hukum menyambut hari ibu tu haram. jadi sy bercadang untuk tak meraikkannya. tp, waktu breakfast pagi tu, mak cakap. "era (adik bongsu) pagi2 lagi dah send sms kat mak, ucap hppy mother's day". hmm sy diamkan diri je n terus tukar topik. tak lama lepas tu hp mak berbunyi agy. ad msej masuk! arggh ni mesti abg yg send sms pulak! yeaa jangkaan sy betul sama sekali. abg sulung pulak yg wish happy mother's day. ok sy sabar.hihi.mungkin mak pelik kot sbb selalunya sy yg beria2 nk ucap benda2 cmni. waktu tengah syok tengok tv dengan mak, tetiba abg second pulak yg call. aihh mampus ak! haha.. hmm dy pun wish kat mak. then adik pun call pulak, ( sms je xcukup ) nk wish jugak. hmmm ok sy diam! haha. petang tu tetiba mak cakap, " semua anak mak dah wish mak.tp anak mak yg sorang kat rumah ni je yang tak wish. kenapakah??" hahah..sy terus jawab, " sy tak sambut hari ibu sebab sy sambut hari ibu tiap2 hari.jadi tak yahla wish." lpas tu mak jwb pulak, " ala wish je.bukannya kite nk sambut bagai." ok sentappp! huhuhu. sy buat mak kecil ati ke?=( sy pun pike,haah la..kite bukannya sambut pun. mungkin mak cuma nk wish dari ktorng supaya dy tahu ktorg care pasal dy.hmm jadi sy pun atur strategi camne nak ambil semula hati mak. jeng jeng jeng....hihi


usai solat maghrib berjemaah dengan mak n ayah, macam biasala. sesi bersalaman sebagai tanda kasih dan maaf. sy cium tangan mak, n slowly whispering to her ears, "selamat hari ibu mak.sy org paling last wish.hihi" terus je mak cium pipi sy. yes! hehe..lega terus hati lepas tu. alhamdulillah.=)


sy juga tak nafikan, semenjak memasuki alam universiti, sy akan pastikan sy mesej and call mak tiap2 hari. yep! sy memang call mak sy setiap hari. biarlah orang nk cakap sy anak mak, tp sy rasa itu adlah tnggungjawab sy terhadap mak sy. sebagai tanda sy sentiasa ambil berat psal mak walaupun  kadang2 tak tau nak borak pasal ap sebab dah takde topik.hihi..sehari tak dengar suara mak, sy rasa hari sy tak lengkap.=')


“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Q.S Al Ahqaaf, 46:15)



“Dan menjadi kosonglah hati ibu Musa. Sesungguhnya hampir saja ia menyatakan rahasia tentang Musa, seandainya tidak Kami teguhkan hati-nya, supaya ia termasuk orang-orang yang percaya (kepada janji Allah)”. (Q.S Al Qashash, 28:10)
“Maka kami kembalikan Musa kepada ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita dan supaya ia mengetahui bahwa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”. (Q.S Al Qashash, 28:13)

ok,itulah je lah cerita tentang SUPERWOMAN sy kali ini. semoga kehidupan mak n ayah sentiasa dilindungi Allah.sy syg mak n ayah! muah2! moga kita menjadi keluarga yg bahagia di dunia dan di jannah kelak.amin..=D

sy anak mak,
-noor erma juperi-

Friday, May 11, 2012

Jari Menjadi Juri!




Bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum warrahmatullah.. salam dan selawat kepada junjungan besar kita, nabi Muhammad saw. alhamdulillah, syukur pada Allah kerna kita masih diberi nikmat yg HOT lagi CUN ini iaitu IMAN dan ISLAM. syukur ya Rabb. =D



Jari menjadi juri! yeaa..selalu je dengar artis2 kat luar sana guna ayat ni..nak meraih undi la, nk menang pertandingan la,ap sume bagaila..hmm,tapi entry kali ni bukan ny nk cakap pasal artis ke ap. rasanya tu semua kerja media kot. saya bukan wartawan ye.harap maklum.=)



wokeh! entry kali ni nk sentuh sdikit pasal status yg acap kali kita coretkan di dinding2 FACEBOOK dan TWITTER kita. haa,setakat ne 2 acc ni je la yg famous amous slaen dari skype n sgala bagai laman sosial yg lain. tp entry kali ni hanya akan fokus pada fb n twitter je. fuhhh,sakit rasanya mata dan hati membaca dan melihat status2 umat Islam di dlm 2 laman sosial tersebut. mak oiii, memang la laman sosial bukan milik abah sapa2 sampai nk post benda2 sencored la, mencarutla, mengutuk , mengaib dan segala men..ehh makcik, pakcik, ingat malaikat kat bahu kite ne xreti ke bace ap yg kite dok tulis kat fb n twitter tu? kalau ap yg kite tulis tu benda baik, pasti lenguh tangan malaikat di bahu kanan kita ni mencatatkan kebaikkan yg telah kita lakukan. masyaAllah! tetapi, kalau asyik nak post pasal gf bf, kata2 lucah, mengaib orang lain, malah ada yang kutuk mak dan ayah secara depan2 dalam fb and twitter! fuhh! sampai habis ink pena malaikat bahu sebelah kiri kite ni mencatatkan keburukkan yang telah kita lakukan! nauzubillah..=(

pada minggu lepas, pelbagai status yg telah sy jumpa di fb. ok kes pertama, sorang anak yg xpuas dengan mak ny sebab mak dy ni larang percintaan dy dgn gf dy..then free2 dy kutuk mak dy kat status fb..diri ini pulak yg sebak membaca status tersebut.=( betapa mulia nya darjat ibu kita, tetapi anak sendiri telah membuka aib ibunya di hadapan masyarakat.='( hanya kerana seorang perempuan yg tidak halal bagi dirimu, engkau telah memaki dan mencaci satu2nya pintu syurgamu..nauzubillah..moga Allah membuka pintu hati hamba2 Nya untuk bertaubat..

seterusny, ternampak pulak gambar sahabat lama yang dengan bangganya mengupload gambar dirinya sedang dicumbu dan dipeluk oleh c boyfie..astaghfirullah! xsanggup melihat gambar tersebut! huhuhu. mengapa perlu ditambah lagi dosa dengan menayangkannya kepada masyarakat. hmm mungkin bangga kot yg dirasai.

beberapa hari selepas tu, terbaca pulak di laman twitter, seorang sahabat tanpa perasaan bersalah telah mengumumkan kepada masyarakat bahwa dy sangat benci kepada darah dagingnya sendiri iaitu ayah kandungnya! huhuhu.='( ap sudah jadi pada dunia?? ya mungkin sy langsung tidak mengetahui masalah keluarganya, tp tindakannya yang menghina ayahnya sdemikian rupa amatlah menyakitkan hati dan mata yg membaca! sekali lagi, moga Allah membuka dan melembutk
an hati2 mereka ini untuk bertaubat.=(

1..2..3!!
Dan setiap orang memperoleh tingkatan sesuai dengan apa yg telah mereka kerjakan, dan agar Allah mencukupkan balasan perbuatan mereka, dan mereka tidak dirugikan.
                                                                                                                   surah al-ahqaf, ayt 19

niat di hati ni bukan nk membuka aib mana2 pihak. sekadar ingin mengingatkan, takut kita tidak sempat untuk memohon keampunan pada Allah SWT. sy akui, sy bknlah manusia yg begitu sempurna sehingga ingin mengkritik umat Islam yg lain. tidak terlintas langsung d hati untuk mengaibkan! apalah salah sekiranya fb dan twitter tersebut dijadikan sebagai medium untuk berdakwah. mungkin kita tidak petah berkata2, tp cukupla sekadar menyampaikan perkara yg baik2 sahaja. bukan kah lebih molek jika begitu?? saudara Sham kamikaze juga sering mengingatkan saudara2 Islam di twitter supaya menjaga perkara yg ingin di tweet. kerana Allah juga membaca ap yg kite tweet. eyy bukan kite je yg reti tweet2 ni, Allah lagi hebat tweetNya taw!


Dan Dia-lah memperlihatkan tanda-tanda ( kebesaran-Nya ) kepadamu. Lalu tanda-tanda ( kebesaran ) Allah yg mana yg kamu ingkari?
                                                                                                                         surah Ghafir, ayt 81


okilah,tu je lah pesanan2 penaja untuk entry kali ini. mintak maaf jika ad yg terasa dengan entry kali ini. sekali lgi, bukan niat untuk mengaibkan orang lain, tpi sekdar memberi peringatan bersama sebagai saudara muslim. wassalam.




TAK NAK MASUK SYURGA SORANG2,
-noor erma juperi-

Sunday, April 22, 2012

Panggilan di Akhirat

assalamualaikum wbt. alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw. =D para sahabat baginda, keluarga baginda dan yg sama waktu dengannya..alhamdulillah sekali lagi, diri ini masih diberi nikmat IMAN dan ISLAM yg sememangnya merupakan nikmat yg extravaganza bagi mereka yg bergelar muslim. yeah! =)


PANGGILAN DI AKHIRAT. hmm,entry kali ni sebenarnya nak cite sikit pasal panggilan baik and buruk. seperti yang kita sedia maklum, sekiranya kita dipanggil dengan sesuatu gelaran sebanyak 40 kali, maka Allah akan memanggil kita dengan paggilan tersebut di akhirat kelak.Wallahualam. tetapi, masalahny sekarang kak, kenpa masih ramai yg memanggil saudaranya dengan penggilan yg buruk ehh? musykil sungguh beta! /hihi


sebenarnya semalam tersinggah sebentar kat wall seorang sahabat ni,saja nak wish 'gembira lahir hari (happy birthday.haha..silly ) tetiba terpandang satu komen ni, selamat hari lahir k****. uih??? sahabat tu manusia, ad sepasang mata,satu hidung, satu mulut, hah! memang sah2 manusia kot. tapi boleh pulak disamakan dengan binatang???? masyaAllah!

kita kena sedar, kata2 tu satu doa. kalau gelaran yg kita pnggil itu elok dan molek, maka semolek itu jugalah pandangan Allah pada kita, tetapi sekiranya panggilan itu kurang enak berkrim,hmm maka begitulah sebaliknya.nauzubillah!

teringat ketika di zaman sekolah dahulu, ramai yg menggelarkan diri saya BAKONG( pengakuan ikhlas) sampai ad yg hantar mms gambar bawang besar.haha.. yes,zaman itu memamg fun. extremely fun weh! kita anggap gelaran2 ni sekadar menghibur hati. tetapi sedarlah, nanti effect kat akhirat weh! huhuhu..

selain bakong, antara gelaran2 yg agak famous waktu di sekolah dulu( gelaran kwn2 sy lah) KUDA(haha), PAU, GONJENG, KATAK, PINGU, GALAH, GHOST RIDER, MANOK, TAMBI, PENYU, dan macam2 lagi! nauzubillah..huhu.betapa jahil ny diri ini pada saat itu. maafkan hamba ya Allah.=(

oleh itu,ingin ku susun sepuluh jari pada sahabat2 yg pernah ku gelar sedemikian rupa. sy hanya insan biasa, sntiasa melakukan kesilapan dan ingin memperbaiki kesilapan untuk menikmati air sungai yg mengalir indah di taman syurga dan bukannya menikmati air yg mendidih panas di neraka jahannam! ={
sooo sorry pren!

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olok), dan janganlah pula perempuan-perempuan (mengolok-olok) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada perempuan (yang memgolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) sesudah beriman. Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Hujurat: 11)


ingat ni...

insyaAllah, entry kali ini bukanlah untuk menunding jari pada sesiapa pn. saja, sekadar peringatan bersama., adios! WASSALAM...

buang jauh2 gelaran buruk!
-noor erma binti juperi-

Friday, April 20, 2012

apa khabar saudaraku di sana???

assalamualaikum wbt. alhamdulillah,selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad saw,keluarga baginda,para sahabat,dan yang sama waktu dengannya.insyaAllah.. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas dalam nikmat yang FUYOO dan OSEM ini iaitu IMAN dan ISLAM. alhamdulillah..=D

allrite! apa kabar saudaraku di sana? siapa2???? orang kampung kah? cowok banglaku kah?(haha) siapa2 kah? kah kah? haha..

ok,(serius mode) hmm,entry kali ni adalah berkisar tentang saudara2 islam kita yang tengah menderita jiwa,raga,mental,fizikal,iman,takwa dan segala bagai nun di SYRIA, PALESTIN, AFGHANISTAN, dan...di mana saja mereka berada yg kini diseksa oleh musuh Islam! masyaAllah, setiap hari kita mendengar dan menyaksikan penderitaan saudara kita di sana! huhuuhuh...gambar2 bayi yang meninggal, ibu2, orang2 tua, sheikh2 dan pelbagai lapisan masyarakat Islam yg telah SYAHID di sana! bom meletup di sana sini! tiada lagi ruang untuk bergembira seperti sebelum ini.



kesian..=(













cuba bayangkan masyarakat kita, dok suka sangat minum kedai kopi,ha melepak then buat aktiviti entah pape, then... KABOOOOMMMMM!! meletup kedai mamak..kesian...itulah yg dialami oleh rakyat Islam di sana sekarang.huhuhu.. bukan mcm kita, sedap je baring atas katil empuk, dengar lagu kpop kuat2( entah pape, menyampah) pastu facebook lagi,twitter bagai, updte sttus yg merapu, tp bukannya nak mengenang saudara kita kat sana. yup alhamdulillah, skrg Allah bagi kita nikmat itu, tp tugas kita adalah turut berjuang bersama mereka! caranya bagaimana??

huhu..kejam!


teringat kepada tazkirah ustaz zarir sewaktu di kampus, ustaz cakap wajib bagi kita umat Islam berjuang bersama rakyat Islam di palestin( yg sewaktu dengannya.) sana! err mula2 garu kepala juga dengar ustaz cakap macam tu. nk berjuang cmne ustaz? tambang ke pekan pun xmmpu nk bayar,ap lagi nak naik flight ke sana?? haha. jap,tadi ustaz ckp WAJIB kan? so mksudnya kalau xbuat dosa la kan?? adus ustaz.cmne?

ustaz cakap, bagi kita yang xmmpu untuk ke medan perang bersama2 dengan mereka, kita BERDOA untuk kesejahteraan mereka. maksudnya kita mintak agar Allah sentiasa melindungi umat2 Islam di sana.huhu.. sebak rasanya bila mengenangkan mereka di sana.=(

YA ALLAH. SELAMATKAN MEREKA!

Sabda Nabi, 'barangsiapa tidak mengambil kira urusan umat Islam, maka dia bukanlah dari kalangan mereka.'

Dalam satu riwayat daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).
 
Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
oh ya! lagi satu, antara caranya ialah kita boikot segala macam barangan atau produk israel! contohnya McD kan? yla sy tau ramai bbno yg gemar mkn burger kat situ,tapi tegar kah kita menyumbang even sebutir peluru kepada israel untuk membnuh saudara kita di sana??!! fikir! jangan ingat nak kenyangkan perut je, ikut nafsu, ye mmg makanan kat situ sedap! sedap jugak la nyawa saudara kita di sana melayang cik kak!
insyaAllah, marilah sama2 kita doakan kesejahteraan saudara2 Islam kita di sana. jangan ambil remeh mengenai perkara ini. kelak di akhirat Allah akan tanya kepada kita, ap yg telah kta lakukan untuk menyelamatkan saudara Islam kita yang tengah menderita seksa di syria,palestin dan seupamanya. InsyaAllah doa2 kita lah yg mampu membela kita kelak. wallahualam. Beruntungnya saudara kita di sana, kerana Allah telah memilih mereka untuk gugur syahid! masyaAllah! entah bagaimana pula nasib kita kelak? bagaimana keadaannya ketika kita mati? nauzubillah..semoga sentisa dilindungi Allah..amin ya Rabb..
insyaAllah setakat ini shaja entry untuk kali ini, sekadar ingin mengingatkan, dan beta mohon ampun sekiranya ad yg terasa hati membaca wasiat beta ini..hoho...wassalam...
hamba Allah,
-noor erma juperi-
 

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .