Tuesday, May 15, 2012

Kau SUPERWOMAN!

assalamualaikum warrahmatullah..bismillahirrahmanirrahim.. salam dan selawat kita hadiahkan kepada junjungan besar kita,nabi Muhammad saw.=) tidak lupa,ucapkan alhamdulillah pada Allah kerna masih memberi kita kesempatan untuk bernafas dalam nikmat IMAN dan ISLAM. syukur ya Rabb. =D


entry kali ni lain agak berlainan daripada entry2 sy yg sebelum ini.=) sy nk cite sikit tentang SUPERWOMAN yg sentiasa di sisi saya baik dalam senang dan susah. yeaa superwoman? haha.ni super duper wow! SUPERWOMAN  sy ni tak lain tak bukan adalah mak saya sendiri. hehe makkkkkkk!! mak sy lah..yg cantik menarik kau memang da bomb gitu! haha..orang ramai cakap mak sy mcm wajah sy.( eh? bukan sy mcm wajah mak? haha) hmm tp sy selalu mengDenykan sbb mak putih.hihi. anak ny kurang putih..kelabu2 sikit,haha..


Nabi pun pernah cakap, dengan melihat sahaja 4 perkara ni,kite memang dah comfirm dapat pahala. Antaranya ialah :
1. Melihat Kaabah
2. Melihat wajah Ibu
3. Melihat kitab suci Al Quran
4. Melihat Laut (Antara kekuasaan Allah SWT)



ok sy nak highlight MELIHAT WAJAH IBU ni. yes! ni lah kerja sy malam2. sebab mak selalu tertido kat depan tv.( tv yg tengok dy, bkn dy yang tengok tv.hihi ) so,sy ambil la kesempatan untuk tatap wajah mak yg letih tu puas2. benar kata orang,mak mungkin dapat sembunyikan keletihan dy dari anak2, tp ketika mereka tidur, kita dapat dengan jelas betapa letihnya mereka memerah keringat untuk kita. subhanallah! baiknya mak! =')


seterusnya aktiviti yang sy rasa sy seorang je yg buat dalam kalangan adik beradik. kalau mak nak masuk tidur, sy pun akan menyelinap masuk ke bilikny untuk baring di sebelahnya.=) mak cakap dy nak tido, tp sy tetap ganggu sebab nak 'lepak' dengan mak.hihi. mak tetap layan sy. subhanallah baikny mak! =D bila mak dah ngantuk, sy akan salam tangan mak sebagai tanda minta maaf. mak pernah cakap, sy seorang je yg selalu buat mcm ni.hehe.( muka tersengih )


Tapi, waktu Hari Ibu 13 May yg lepas, mak pun cakap sy seorang je anak yg tak buat ap yg adik beradik lain buat. sy tahu bahawa hukum menyambut hari ibu tu haram. jadi sy bercadang untuk tak meraikkannya. tp, waktu breakfast pagi tu, mak cakap. "era (adik bongsu) pagi2 lagi dah send sms kat mak, ucap hppy mother's day". hmm sy diamkan diri je n terus tukar topik. tak lama lepas tu hp mak berbunyi agy. ad msej masuk! arggh ni mesti abg yg send sms pulak! yeaa jangkaan sy betul sama sekali. abg sulung pulak yg wish happy mother's day. ok sy sabar.hihi.mungkin mak pelik kot sbb selalunya sy yg beria2 nk ucap benda2 cmni. waktu tengah syok tengok tv dengan mak, tetiba abg second pulak yg call. aihh mampus ak! haha.. hmm dy pun wish kat mak. then adik pun call pulak, ( sms je xcukup ) nk wish jugak. hmmm ok sy diam! haha. petang tu tetiba mak cakap, " semua anak mak dah wish mak.tp anak mak yg sorang kat rumah ni je yang tak wish. kenapakah??" hahah..sy terus jawab, " sy tak sambut hari ibu sebab sy sambut hari ibu tiap2 hari.jadi tak yahla wish." lpas tu mak jwb pulak, " ala wish je.bukannya kite nk sambut bagai." ok sentappp! huhuhu. sy buat mak kecil ati ke?=( sy pun pike,haah la..kite bukannya sambut pun. mungkin mak cuma nk wish dari ktorng supaya dy tahu ktorg care pasal dy.hmm jadi sy pun atur strategi camne nak ambil semula hati mak. jeng jeng jeng....hihi


usai solat maghrib berjemaah dengan mak n ayah, macam biasala. sesi bersalaman sebagai tanda kasih dan maaf. sy cium tangan mak, n slowly whispering to her ears, "selamat hari ibu mak.sy org paling last wish.hihi" terus je mak cium pipi sy. yes! hehe..lega terus hati lepas tu. alhamdulillah.=)


sy juga tak nafikan, semenjak memasuki alam universiti, sy akan pastikan sy mesej and call mak tiap2 hari. yep! sy memang call mak sy setiap hari. biarlah orang nk cakap sy anak mak, tp sy rasa itu adlah tnggungjawab sy terhadap mak sy. sebagai tanda sy sentiasa ambil berat psal mak walaupun  kadang2 tak tau nak borak pasal ap sebab dah takde topik.hihi..sehari tak dengar suara mak, sy rasa hari sy tak lengkap.=')


“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Q.S Al Ahqaaf, 46:15)



“Dan menjadi kosonglah hati ibu Musa. Sesungguhnya hampir saja ia menyatakan rahasia tentang Musa, seandainya tidak Kami teguhkan hati-nya, supaya ia termasuk orang-orang yang percaya (kepada janji Allah)”. (Q.S Al Qashash, 28:10)
“Maka kami kembalikan Musa kepada ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita dan supaya ia mengetahui bahwa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”. (Q.S Al Qashash, 28:13)

ok,itulah je lah cerita tentang SUPERWOMAN sy kali ini. semoga kehidupan mak n ayah sentiasa dilindungi Allah.sy syg mak n ayah! muah2! moga kita menjadi keluarga yg bahagia di dunia dan di jannah kelak.amin..=D

sy anak mak,
-noor erma juperi-

Friday, May 11, 2012

Jari Menjadi Juri!




Bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum warrahmatullah.. salam dan selawat kepada junjungan besar kita, nabi Muhammad saw. alhamdulillah, syukur pada Allah kerna kita masih diberi nikmat yg HOT lagi CUN ini iaitu IMAN dan ISLAM. syukur ya Rabb. =D



Jari menjadi juri! yeaa..selalu je dengar artis2 kat luar sana guna ayat ni..nak meraih undi la, nk menang pertandingan la,ap sume bagaila..hmm,tapi entry kali ni bukan ny nk cakap pasal artis ke ap. rasanya tu semua kerja media kot. saya bukan wartawan ye.harap maklum.=)



wokeh! entry kali ni nk sentuh sdikit pasal status yg acap kali kita coretkan di dinding2 FACEBOOK dan TWITTER kita. haa,setakat ne 2 acc ni je la yg famous amous slaen dari skype n sgala bagai laman sosial yg lain. tp entry kali ni hanya akan fokus pada fb n twitter je. fuhhh,sakit rasanya mata dan hati membaca dan melihat status2 umat Islam di dlm 2 laman sosial tersebut. mak oiii, memang la laman sosial bukan milik abah sapa2 sampai nk post benda2 sencored la, mencarutla, mengutuk , mengaib dan segala men..ehh makcik, pakcik, ingat malaikat kat bahu kite ne xreti ke bace ap yg kite dok tulis kat fb n twitter tu? kalau ap yg kite tulis tu benda baik, pasti lenguh tangan malaikat di bahu kanan kita ni mencatatkan kebaikkan yg telah kita lakukan. masyaAllah! tetapi, kalau asyik nak post pasal gf bf, kata2 lucah, mengaib orang lain, malah ada yang kutuk mak dan ayah secara depan2 dalam fb and twitter! fuhh! sampai habis ink pena malaikat bahu sebelah kiri kite ni mencatatkan keburukkan yang telah kita lakukan! nauzubillah..=(

pada minggu lepas, pelbagai status yg telah sy jumpa di fb. ok kes pertama, sorang anak yg xpuas dengan mak ny sebab mak dy ni larang percintaan dy dgn gf dy..then free2 dy kutuk mak dy kat status fb..diri ini pulak yg sebak membaca status tersebut.=( betapa mulia nya darjat ibu kita, tetapi anak sendiri telah membuka aib ibunya di hadapan masyarakat.='( hanya kerana seorang perempuan yg tidak halal bagi dirimu, engkau telah memaki dan mencaci satu2nya pintu syurgamu..nauzubillah..moga Allah membuka pintu hati hamba2 Nya untuk bertaubat..

seterusny, ternampak pulak gambar sahabat lama yang dengan bangganya mengupload gambar dirinya sedang dicumbu dan dipeluk oleh c boyfie..astaghfirullah! xsanggup melihat gambar tersebut! huhuhu. mengapa perlu ditambah lagi dosa dengan menayangkannya kepada masyarakat. hmm mungkin bangga kot yg dirasai.

beberapa hari selepas tu, terbaca pulak di laman twitter, seorang sahabat tanpa perasaan bersalah telah mengumumkan kepada masyarakat bahwa dy sangat benci kepada darah dagingnya sendiri iaitu ayah kandungnya! huhuhu.='( ap sudah jadi pada dunia?? ya mungkin sy langsung tidak mengetahui masalah keluarganya, tp tindakannya yang menghina ayahnya sdemikian rupa amatlah menyakitkan hati dan mata yg membaca! sekali lagi, moga Allah membuka dan melembutk
an hati2 mereka ini untuk bertaubat.=(

1..2..3!!
Dan setiap orang memperoleh tingkatan sesuai dengan apa yg telah mereka kerjakan, dan agar Allah mencukupkan balasan perbuatan mereka, dan mereka tidak dirugikan.
                                                                                                                   surah al-ahqaf, ayt 19

niat di hati ni bukan nk membuka aib mana2 pihak. sekadar ingin mengingatkan, takut kita tidak sempat untuk memohon keampunan pada Allah SWT. sy akui, sy bknlah manusia yg begitu sempurna sehingga ingin mengkritik umat Islam yg lain. tidak terlintas langsung d hati untuk mengaibkan! apalah salah sekiranya fb dan twitter tersebut dijadikan sebagai medium untuk berdakwah. mungkin kita tidak petah berkata2, tp cukupla sekadar menyampaikan perkara yg baik2 sahaja. bukan kah lebih molek jika begitu?? saudara Sham kamikaze juga sering mengingatkan saudara2 Islam di twitter supaya menjaga perkara yg ingin di tweet. kerana Allah juga membaca ap yg kite tweet. eyy bukan kite je yg reti tweet2 ni, Allah lagi hebat tweetNya taw!


Dan Dia-lah memperlihatkan tanda-tanda ( kebesaran-Nya ) kepadamu. Lalu tanda-tanda ( kebesaran ) Allah yg mana yg kamu ingkari?
                                                                                                                         surah Ghafir, ayt 81


okilah,tu je lah pesanan2 penaja untuk entry kali ini. mintak maaf jika ad yg terasa dengan entry kali ini. sekali lgi, bukan niat untuk mengaibkan orang lain, tpi sekdar memberi peringatan bersama sebagai saudara muslim. wassalam.




TAK NAK MASUK SYURGA SORANG2,
-noor erma juperi-

Copyright @ 2013 Daie Jiwa Kacau .